Punya lah lemau aku nak bangun pagi tadi. Nasib baik aku beli tiket flight petang sikit so takde la aku terkocoh2 nak ke airport. Sempat la aku teman sang partner bersahur walaupun dengan mata separuh pejam dan dia pun hampir terlambat nak bersahur. Sempat la dia memanaskan baki makanan semalam. (Thanks to Microwave's technology)
Selepas menyediakan makanan buat Mocky ku sayang dan mengucapkan selamat tinggal dengan mencium hidung pink nya maka sang partner pun menghantar aku ke stesen KTM Serdang yang tak berapa nak jauh dari rumah dan on the way ke UPM.
Hampir sejam menunggu train KTM yang unreliable sambil mendengar satu couple indon ini bergaduh gara2 si gf nya disyaki mempunyai skandal lain. Nampak la si gf itu sedaya upaya meyakinkan si bf nya. Lepas keadaan kembali ok diorg pun berpelukan. Pada pandangan aku lah, maybe si gf itu tinggal serumah dengan housemate dia yang juga ada bf lain dan masa bf nya menelefon si gf, maka si bf housemate nya yang menjawab telefon. Itulah rumusan yang dapat aku buat daripada percakapan loghat Jawa mereka. Sibuk jugak aku nak dengar perbualan orang kan. Alahh.. bukan aku sorang yang dengar. I bet kebanyakkan yang disekitar pun turut sama membuat kesimpulan masing2.
Juga masa aku sedang duduk tunggu train, minah sebelah aku sedang berbual dengan kawannya mengenai kes ragut yang baru saja berlaku di stesen tersebut. Aku agak maybe baru aja berlaku dan mangsanya adalah perempuan mengandung. No wonder la aku melihat 2 buah kereta peronda polis sedang parking depan stesen tersebut masa aku masuk tadi. Phewww.... sungguh la kesian mangsa tersebut. Kalau aku la nampak kejadian tu, sure aku tolak peragut tu jatuh dalam kawasan railway tu. Biar mati digilis train. Aku berharap la tiada kejadian seperti itu berlaku di depan mata ku sebab aku ni boleh jer nak jadi hero kat situ and end up aku yang jadi mangsa... touch wood!
Sekarang ni aku berada di LCCT dan flight aku around 3:30pm nanti. So aku amik kesempatan online lah. Nampak la kebanyakkan tempat2 makan spt McD, MarryBrown, Restoren2 tak berapa nak sibuk dan penuh sebab inikan bulan Ramadhan. Haaa.. Haruslah semua umat Islam berpuasa. Aku tak amik pot la saper2 yang tak puasa tu nak makan ke merokok ke tapi sebagai rakyat yang bertimbangrasa, aku sedaya upaya tidak makan dan merokok depan umat2 yang berpuasa itu. Hormat la beb...
Anyway... perjalanan 1 jam 45min ke Kuching nanti aku rasa aku akan tido jer dalam flight. Sebab aku rasa lemau giler ni. Hahaha.... ok.. itu saja update aku yang sepi tapi excited nak balik Kuching hari ini. Sekian.