Pagi2 pegi keja jer cuaca mendung.. kadang2 hujan. Terasa nak tarik lagi selimut tapi apakan daya, alarm sudah berbunyi menandakan kena bangun pagi dan bersiap pegi keja. Bagi yang kena redah jem (ada ke yang tak redah jem?) kena bangun lagi awal.
Aku selalu berangan (tak salah kan?) rumah aku sebelah/depan/belakang ofis. Memang dekat ofis aku ni ada banyak servis apartment untuk disewa. Tetapi adakah yang sudi nak nge'share sewa dengan aku kerana kadar sewanya melebihi gaji sebulan. Macam mana tu? Depan ofis aku ni Crown Regency.. oppss tau sudah korang di mana ofis Fanta. Sewa sebulan dalam RM5K-8K. Aku penah duduk di situ sebulan dua (company tanggung) memang masyuk. Pagi2 pegi keja bangun 10min sblm pukul 8am. Then get ready ke ofis, sarapan dulu kat coffee bean bawah tu then lintas jalan... walllaaa.. dah sampai ofis, lunch tengah hari leh balik rumah layan tido sejam dua (oppss terlebih sudah..), then petang nak balik, takyah risau lah, lintas jalan, naik lif and sampai rumah sudah. Heaven weiii!!!!....


