Wednesday, September 30, 2009

Tenteramkan jiwa kacau buat sementara

Buat sementara ni, kalau boleh aku nak cuba segala method untuk membuatkan aku tak teringat2 saat2 manis bersama dia. Aku lepak dengan Black sebab sekarang ni aku menumpang kat rumah dia. Tapi aku rindu sangat dengan si Mocky. Aku rindukan kecomelan dan keletah dan ngiauan dia. Mesti dia dah kurus. Kesian dia. Aku kena cari tempat tinggal cepat2 supaya aku boleh bawa semua hakmilik aku pegi. At the same time sekali lagi aku terpaksa menanggung rugi and belanja yang besar untuk berpindah semula. Aku sekarang dalam proses membeli kereta di KL. Yang murs2 dan within budget saja. Aku tak kisah janji aku ada mode of transportation. Ingat nak beli scooter jer tapi aku cam cuak jugak nak merempit di KL ni. Tunggu jer lah apa yang ada within budget.
Semalam balik keja agak lambat. Aku memang takde mood nak keja tapi nak buat camne kan. Inilah periuk nasi ku. Takkan sebab perempuan aku jadi hancur. Life must go on. Black la yg banyak 'sekolahkan' aku. So aku ajak Black teman aku minum kat luar. Sebab kalau aku balik rumah aku tak dapat tido and teringat kat dia nanti bengkak lagi teruk mata aku. So lepak la weols di Changkat BB. Sedar tak sedar aku dah minum melebihi limit. Tak la sampai mabuk ok. Just aku rasa cam high and ringan and yang aku tau aku lupa yang aku ni sebenarnya ada masalah besar. Balik rumah aku terus tido terbongkang kat couch. Black sangat happy mendengar aku berdengkur means aku dapat tido dengan tenang.
Bangun pagi aku rasa ok sikit tapi bila si dia msg aku tanya apa khabar bagai and citer pasal Mocky mencari2 aku. Motif??? Aku jadi tak keruan balik. Sikit2 asyik nak keluar air mata. Aweksss sangat la lu bro. Sikit2 nak nangis. I memang emo. Jenis lembut jiwa and sangat setia (promote siap) Harus setia babes.. kita tak suka karma buruk kena kat kita. Tapi asyik2 la aku dapat karma buruk kan.
Horoscope sangat tepat (walaupun aku ni susah la nak percaya benda2 camni) menyatakan aku harus menenangkan jiwa aku, membawa diri membuat sesuatu yang aku suka sangat nak buat supaya aku melupakan bebanan (masalah aku sekarang) yang aku lalui ini. Tepat kan...?
So im thinking weekend ni aku nak pegi lepak Genting. Sejuk2 and main kat taman tema. Takde sesaper nak menghalang. Kalau dulu si dia memang la tak suka aku pegi taman tema. Sekarang, ada aku peduli. Dah aku memang suka nak menguji jiwa kental aku. At this point aku rasa Solero Shot tu la yang paling aku nak naik berkali2...
So kekawan yang membaca blog ini, mana2 yang nak pegi menemani dan bermain2 di taman tema dengan ai minggu ni, roger2 ok!!!

Tuesday, September 29, 2009

Im so f*cking upset and frustated!!!

Hello all,
First of all, as mostly korang semua tahu yang I ni dah punya kekasih hati. Tetapi nampaknya sekarang I dalam proses bercerai. Sedih bukan...? Air mata sudah tiada lagi utk dibazirkan. Sedihhh woo.. pegi keja mata bengkak camne nak cover.
Anyway, kesnya mcm ini.... I have the instinct that dia sedang menduakan I tapi i biarkan saja sebab I ni boleh jer become paranoid because of past relationship. Tetapi.... sebab dah tak tahan dengan instinct I yang kuat sangat menyatakan apabila bukti2 sudah nyata dan jelas. Antaranya, bila I call jer asyik waiting call and malam2 sblm tido pun ligat lagi ber-msg. Harus sangsi kan...
So nak dipendekkan citer, lepas raya dia balik and gitau yang dia kena pressure family suruh kawin la apa la.. bertanya sapa kekasih hati la. Tak dinafikan family memang sentiasa akan macam ni tapi dalam kes ini I merasakan family hanya dijadikan alasan semata2.
So I balik and nampak dia masih lagi bermsg2 ntah dgn saper.. bila tanya cakap kawan. Tapi ke mana2 selalu bawa hp sampai nak mandi and pegi dapur pun bawa hp. Sangsi beb...
Bila tgh malam pulak i pura2 tido (the whole evening I balik keja tu) I memang takde mood sangat. Ye lah.. ingatkan bila si dia tu balik semula ke KL dapat la lepas rindu lepas almost 2 minggu tak jumpa. Tapi alih2 dia macam layan tak layan jer. So bila dia dah tido I pun bangun and check laptop dia. Semua ym and msn dia dah sign out tapi hanya satu email dia i boleh buka. And to be soooo much suprised.. the whole thing revealed there... dia email kawan2 dia bertanyakan pendapat and citer dari awal dia kenal that guy sampai ke dia dating (ni masa balik raya hari tu I assumed) ... I menggigil ok...
That night jugak (around 2am) I kemas barang2 I untuk kegunaan seminggu dan contact Black. Nasib la dia sudi bawa I ke rumah dia.
Si dia hanya nangis tapi tak berapa nak menghalang I pegi as she have nothing much to say and its over.

Question is... why???? I'm so heartbroken right now!!!.. I cannot take this anymore... I feel bad... so bad... I miss her yet I hate her for doing this to me... I dont know what to do... huhuuuhu...

Help me all my friends to get through this... i rasa sungguh tak bermaya... I tahu dia akan melalui saat2 bahagia dengan that person and I will be miserable again sampai I boleh through this which I dont know for how long.

Friday, September 25, 2009

Predictable Unpredictable KL

Semenjak aku dah keja di KL ni, banyak benda di darat yang aku pelajari. Wah.. macam la aku tak penah di darat sebelum ni. Ye la aku di darat pun sekejap2 jer. Tapi nak kata aku arif pasal lautan tu aku tak tau la. Emotionally nya aku boleh la describe how boring it is lautan sepi tu. No offend pada nelayan2 and mereka yang setia nak keja di lautan tu.
Anyway, apa yang unpredictable nya adalah kesesakan lalulintas. Sepanjang aku pegi keja selama sebulan dah ni, aku biasa keluar luar around 6:30am. Drive ke KL around 20-25mins. Maka aku akan sampai ofis around 7:10am la camtu termasuk masa aku parking dan jalan ke ofis. Tapi kalau aku gerak dari rumah around 7.00am maka aku akan sampai ofis lagi 5min pukul 8.00am. Lagi lama sebabnya.. semua orang dah keluar rumah dan jalan dah jadi sesak. Punya la sakit hati. Nasib baik la keja aku agak fleksible so aku takde la kena maki boss kalau aku lambat sampai. Sebab boss aku lagi lambat sampai dari aku. Hahaha.. keji tak? Tak keji. Sebenarnya boss aku tak tau dia sampai pukul brp sebab ofis dia di hujung so dia tak nampak aku pun sebenarnya. Hahahhaa.. ni aku merasakan diriku keji.
Anyway, next week semua warga kota dah kembali bertugas. Sure jalan akan jadi sesak seperti sedia kala. Minggu ni memang heaven sangat aku pegi keja. Jalan takde jam yang terlampau. Alangkah bagusnya kalau KL macam ni setiap masa. JANGAN HARAP!!!...

Monday, September 21, 2009

Senget ke?

Seperti biasa wartawan di Malaysia, benda kecik dibesarkan untuk menlariskan penulisannya. Kenal ke saper dalam gambar di atas. Difahamkan aweks tersebut dikenali sebagai Ramona Zamzam. Pernah membintangi filem Nana Tanjung (citer yang membosankan....) Macam tak glamer jer dia ni. Hurm.. takpe.. nasib baik cun. Sekarang ini hangat (hangat ke?) diperkatakan yang awek ni senget? Sebabnya? Ada di antara wartawan ternampak masa si awek ni lepak2 clubbing and kissing2, hugging2. Aik.. wartawan pegi clubbing uols. Lepas tu buat citer artis ni la.. artis tu la.. Sendiri pun sama. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Air apa.. tak tau...
Terpulang lah.. setiap orang ada penilaian mereka sendiri. Senget ni pun macam dah jadi satu trend pulak. Selain nak melariskan diri sendiri yang tenggelam dalam dunia seni so kalau ada cara nak menaikkan nama tu semua dicuba termasuk lah being senget.
Whatever lah...
Saper nak kena hugs dia sila pegi ke bar berikut... sebab dikatakan dia selalu lepak di sana... Barrr... rahsiaaaa... Hehehe.. merasa nak tau kan!

Cuti panjang yang melemaukan

Haduiii.. Semua orang balik beraya ke kampung halaman masing2. Sungguh la kebosanan aku di KL ni. Harapan untuk balik beraya bersama sang partner tidak kesampaian kali ni sebab difahamkan semua adik beradik dia balik and aku taknak mengkalutkan suasana family sedang berkumpul. So aku mengambil keputusan untuk tinggal sorang2 di KL dengan harapan aku akan menggunakan cuti ini sepenuhnya dengan berehat di rumah. Ye lah.. berehat jer la. Gaji pun takde lagi so tak dapat la aku nak shopping2 or joli2.
Nasib la malam Jumaat tersebut kawanku si Syida and husband dia sudi nak teman aku tgk 3D Final Destination. Walaupun citer tersebut hampeh berdasarkan review kawan2 tapi sebab takde benda maka aku tonton jer la.
The next day aku hanya lepak dalam rumah dan online sampai lebam. Sampai dah tak tau nak surf apa dah. Semalam aku mengajak si Feez teman aku tengok wayang citer G-Force 3D. Sakit tengkuk sebab seat yang ada hanya barisan hadapan. Keji. Thanks Feez sebab raya pun u sudi nak temankan diriku ini.
Hari ini pun aku lepak di rumah jer. Layan Astro sampai lebam. Takde citer menarik aku tengok DVD. Abis se-movie aku online balik.
Sesungguhnya cuti ini sangatlah tak produktif, tak tau nak buat apa sampai semua baju2 dalam almari aku seterikakan.
Haduiiii.... bosannn!!!

Wednesday, September 16, 2009

Best tapi bosan

Apa yang best tapi bosan tu? Yang best nya aku kat Singapore ni aku punya apartment (staffhouse) di Sommersat Cairnhill betul2 di tengah2 bandar and di Orchard road. Kalau korang nak tau, ni la area yang paling ALIVE di malam hari besides Clarke Quay tu. Anyway, sebab aku ni lepas balik dari ofis di sini aku terus merasa penat dan takde mood nak kuar so tu yang aku tak jalan2 sekitar bandar menyaksikan kehidupan bandar.
Hari ni aku dari Loyang ke Novena. Basically Loyang base tu macam kalau di Msia, base di Kemaman or Labuan dan Novena tu macam KL office.
Setelah padat otak aku dengan input dari boss aku di sini maka aku memohon diri untuk balik apartment pukul 6pm camtu.
So aku yang suka adventure ni pun bercadang untuk menaiki MRT. Dari Novena station sampai Somerset station pelbagai ragam manusia ku lihat. Suasana di train station memang ramai dengan warga kota yang nak balik ke rumah seperti di KL jugak tetapi setiap train yang dinaiki takde pulak aksi padat memadat dan menolak2. Samada warga di sini memang berdisplin (konon) or sistem pengangkutan di sini sangat efficient. Paling aku kagum dengan sistem teksi diorg. Just call nombor taxy company then takyah nak bercakap dengan sesaper just press #1 untuk lokasi teksi akan amik yakni lokasi anda berada sekarang. Everything is connected and dalam masa kurang 30saat terdengar suara operator menyatakan taxi no. dan masa ketibaan which less than 10min. So anda just tunggu saja and taxi akan muncul depan anda. Kagum.. kagum.... Taxi di Msia bila lagi?

Tuesday, September 15, 2009

Fanta in Singapore

Buat apa di Singapore? Visiting and training la kononnya. Tapi lemau. Camne? Kena la sungguh2 kan. Anyway, flight aku ke Kota Singa pukul 7:45am dan seawal 5am aku bertolak dari rumah dengan teksi yang siap ku booking semalaman.
Dalam flight macam biasa aku bantai tido sampai la landing baru aku terjaga. Tapi actually aku tertido balik sampai la kosong flight baru aku bangun. Punya lah mengantuk.
Sekarang ni aku berada di office di Loyang Offshore Supply base. Sepi jer macam takde orang. Tapi aku macam biasa dengan ramah bertegur sapa dan siap ajak lunch sebab hidden agenda aku takde transport dan mana lah tau ada sesaper yang sudi nak bawa aku pusing2 bandar dengan free. Hehehe...
Lepas lunch aku akan melawat... hahaha.. macam poyo jer ayat, macam orang besar just nak datang melawat anak buah buat keja la konon. Tapi ye lah, aku kan baru jer join and aku basically have 10% idea of what's going on with the company, equipment, safety and personnel related. So at least dengan lawatan ku kali ini menambah peratusan pengetahuan mengenai tempat ku keja ini. Isk isk.. aku taknak keja di Singapore. Mcm tak best jer. (Sebenarnya takde kawan lagi..)
Aku masih lagi sebenarnya tak tau apa plan aku pada cuti Raya kelak. Nak balik rumah Ima, rumah dia dah penuh dengan sanak sedara and akak2 dan makcik2 dia yang alim lagi sure la aku jadi kecut. So rasanya aku takkan balik ke Ipoh la nampaknya. Ingatkan nak ikut cik Blackie balik Kedah tapi transportation problem pulak. Haduiii.. nampaknya aku akan beraya di Seri Kembangan sorang2 jer lah ditemani Mocky tersayang ku.
Tapi tunggu dan lihat jer lah macam mana plan bila dah kembali ke KL kelak.

Monday, September 14, 2009

Weekend yang lemau

Last weekend sangat la lemau. Bermula dengan aku makan besar di Shangri La. Company buat dinner dan aku sebagai yang tak penah melepaskan peluang makan free maka aku lah antara yang terawal sampai. Kuikuikui... hampir 6 rounds aku bangun amik makanan sambil pura2 lalu depan meja akak Maria Farida. Usya.. jangan tak usya uols. Balik aku terus terbongkang mengadu perut senak. Hahaha... saper nak layan?
Sabtu adalah hari yang paling bahagia sebab aku boleh bangun lambat. Around tengah hari camtu lah baru aku nak keluar dari bilik. Si Mocky pun sekali tido dalam bilik. Sekejap di katil, sekejap kat kepala aku, then kat tengah2 then tup2 atas almari. Camne la si Mocky ni tido. Hurm...
Petang tersebut, weols plan nak berbuka di hotel sekali lagi. Ni takde orang belanja. Amat la keji kebanyakkan hotel dah fully booked sebab Ima and Zura dah siap called semua hotel sejak dari semalam nya. Cuma yang tinggal Novotel. Novotel pun Novotel lah. Ber-round2 jugak aku cam biasa. Rugi woo dah bayar tapi makan sepinggan jer. Kalau boleh bawa tupperware. Apa nak malu, kan dah bayar. Tapi aku tak buat la.. hahah...
Ahad pulak bangun awal sikit, seawal 10am. Awal ke? Sebab semua dalam rumah tak puasa sebab redflag except I yang memang tak puasa ini maka lunch yang ala kadar pun disediakan. Lepas lunch weols pegi Alamanda sebab Ima nak beli baju melayu utk abahnya. Tapi weols sempat buat foot reflexology dan akhirnya aku jadi lemau dan rasa malas nak jalan2 pastu. Hehehe.... layan woo.. kalau aku kaya, seminggu 2 kali aku buat massage ni. Hurm.. bila nak kaya? Sape nak belanja aku massages? Payid? Picky?
Woooo... Raya dah dekat. Yeyeyeye... (Aku pulak yang riang lebey.. ley? )

Friday, September 11, 2009

Gossip dari Fortune Park!

Haa... tu dia.. Gossip uols. Fortune Park?? Tu la apartment weols stay di Seri Kembangan. Nanti weols buat open house lepas raya (mudahan ada kesempatan.. hehehe...) barulah I bagi peta nak ke sana. Mana2 yang ada Garmin tu just type jer nama apartment... voila! keluar sudah routes yang korang nak. Unless korang dari Uganda lah..
Anyway, semalam aku balik dengan berlengah2 sebab takde orang di rumah, si partner pegi berbuka puasa dgn Zura (housemate/kwn si partner) kat Shah Alam katanya. So I yang dari KL ni pun malas la nak join. Drive balik rumah around 6:30pm sebab nak elak stuck kat jam depan KLCC and Jalan Ampang tu. So sampai umah, kemas2 rumah sikit (banyak sebenarnya) then....zasss...
Terdengar la punya la kuat bunyi orang di bawah seperti melempar2 barang dan berteriak2. Diamati betul2. Yes uolss.. gaduh ok. Berdasarkan butir2 perkataan, nampaknya pasangan Melayu sebab dengar perkataan, mati la, jahanam la, sial la..
So sebab aku ni tak puas hati dengar dari kejauhan maka aku pun keluar sikit dari rumah. In between pintu dan jeriji besi. (Kak Bedah sungguh ok) Tapi bukan aku sahaja yang sibuk menjenguk, ramai lagi rupanya yang dah bertenggek kat koridor laluan depan rumah aku tu. Sebab pergaduhan tu betul2 di tingkat bawah rumah weols. Reminder: Rumah weols tkt. 20 ok! Pergaduhan tu nampaknya terjadi di koridor bawah. Tu diaaa... nak bagitau satu kampung yang laki ko main kayu tiga. Difahamkan perempuan yang dituduh berkayu tiga dengan laki dia tu pun ada kat situ. Mendidih babeeee!!!... (I tak la sampai tengok adegan tu dgn mata sendiri tapi berdasarkan dialog deyols)
Tetiba I jadi seriau. What if... what if pompuan histeria tu terjun? Harus ngeri and weols la saksi. So.. I pun cepat2 masuk dalam rumah.
Tapi pergaduhan masih lagi berterusan cuma lepas 30mins kemudian keadaan nampaknya aman. Mungkin telah dileraikan oleh security guard. Ye lah.. karang tak pasal2 haunted pulak apartment tu. Eeeeee.... minta simpang la!
I bet uols mesti ada yang penah experience jiran gaduh kan. Kalau yang rumah dinding nipis tu memang boleh la tekap telinga kat dinding utk dengar dari rumah sebelah. Ke ada yang penah dengar org 'main'. Ni kat hotel aku selalu la dengar dulu. Hahaha... keji2. Takpe Iols tak puasa.

Thursday, September 10, 2009

Happy 1st Anniversary

Hari ini menandakan setahun sudah I dengan sang partner I in a relationship. Semoga banyak lagi anniversary untuk diingati. Di sebabkan ianya jatuh pada weekdays yang busy maka I telah postpone utk celebrate (bersama si dia shj) pada weekend ni.
Sekarang ni semua hotel di sekitar KL untuk promosi buffet buka puasa dah fully-booked. Kebanyakkan hotel I dah call and penuh sampai raya. Picky.. hotel hang jer i belum call lagi which i bet fully booked jugak utk weekend. Hurm...
Anyway, just go with the flow. Kalau rasa nak makan hotel kena la call semua tpt tapi untuk penjimatan maksima (kedekut ke?) maka aku rasa masak2 sendiri or take away KFC, makan dekat area swimming pool+leisure di rumah weols. Sambil menyaksikan tol lebuhraya seremban-kl belakang rumah weols and bau-bau KFC dari seberang exactly belakang apartment cuma dipisahkan dengan pagar tinggi. Kalau tak.. memang senang la aku nak pegi KFC.
HAPPY ANNIVERSARY sayang... I hope we can bring out the best in each other.
For a year now we've been living together
In something less than marriage, more than friends,
Reasonably happy with each other,
Satisfied to serve our separate ends.
There are no promises, nor should there be,
As we pursue our passions day by day,
Needing only love, which we agree
Need not be guaranteed in any way.
In such a case, there is a case for giving
Very little, just enough to keep
Each even with the common cost of living,
Relating what we sow to what we reap.
So does love die, for love loves not the measure
Allocating carefully its treasure.
Reason may with reason count the cost,
Yet love that is not generous is lost.
.
.
.
p/s : HAPPY BIRTHDAY Erin...!!! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Tuesday, September 8, 2009

Tak jadi gi S'pore

Adalah dimaklumkan bahawa aku tak jadi pegi Singapore minggu ni sebab aku sangat diperlukan untuk menguruskan proposal clients di sini. Chewahh.. macam orang penting. Aku ni pencacai jer. Orang nak equipment aku buat proposal dan order. Macam kalau korang nak keta sewa aku akan inform mengenai apa jenis keta aku ada, harga dan brp lama tempoh. Tapi di sini takde la sewa equipment aku sehari dua. Kontrak >90hari kalau molek sampai 2tahun. Baru lah duit roll in every month. Company aku untung aku dapat bonus takde orang yang kena buang keja. Haaa... macam tu lah, tolong menolong.
Aku pegi Singapore next week. Kenapa la tak lepas raya. Kalau tak boleh la aku pegi F1 sekali. Wah.. sekali disuruh terus nak berbuat durja. Camne?
Anyway, hari ni aku pegi keja bertolah dari rumah pukul 7:15am. Sampai ofis 10min lagi pukul 8am. Masuk ofis, masih sepi. Kebanyakkan umat ofis ni muncul dekat pukul 9am. Tak pun ada yang direct terus pegi client office. Soon.. aku akan jadi camtu. Melepek di client office memanjang.
Hoooiii... aku balik beraya di Ipoh tahun ini. Mak beli baju kurung moden uolsss!!! Merasa kemeriahan.. (tiber2 mode bertukar)
Larikk..

Monday, September 7, 2009

Rise and shine

Morning sekalian.. Semoga hari anda hari ini bahagia dan berjalan lancar. Walaupun ramai yang tak suka Monday. Blues la Red la bla bla bla la... whatever colour it is, only you yourself know how to 'colour' your day. Its all start from you.
Seperti orang lain yang pegi bekerja hari ni. (Tapi ada sedikit perasaan berat sebab Selangor cuti tapi KL tak pulak) Hurm takpe la.. so demi mengubat hatiku yang luka sebab housemates ku si Zura dapat tido sampai tengah hari dan sang partner ku pulak di Ipoh balik hari ni, aku bernyanyi lagu2 NSYNC dari track 1 sampai ulang ke track 1 balik. Semasa trafik bergerak agak perlahan depan ofis Black (sbb aku tak tau nama jalan tu) so aku dapat la melihat ragam manusia2 yang sedang memandu. Ada yang non-stop menguap, ada yang sempat lagi touch-up mana yang tertinggal bagi perempuan2, yang pemandu lelaki rata2 ku lihat seperti day-dreaming. Langsung tak pandang kiri kanan. Menonong dan tembus jer pandangan tu. Hurm..
So sebab aku ni selalu gerak awal dari rumah, aku akan sampai ofis kira2 pukul 7-7.20am. Aku akan cuba kekalkan rekod tersebut. Hehehe...
Harini patutnya aku ada Induction Training tapi sebab Kemaman Base cuti dan ada engineers or new-hired personnel tak join maka ianya ditunda ke minggu depan. Hurm... so harini aku akan membusykan diriku bugging En. Zul. Kena buat itinerary sebab akan ke S'pore esok. Dah la dengan En. Zul yang aku memang takleh nak buat geng. Bosan la perjalanan aku ke sana nanti.
Anyway.. selamat bertugas pada yang memulakan harinya hari ini dan pada yang bercuti tu.. Mak jeles ok!!!

Thursday, September 3, 2009

Back to Nature.... work!!!

3 hari lepas yakni bersamaan dengan 1st Sept 2009 (Selasa) aku memulakan tugasan baruku yang berpusat di KL. Impian aku nak keja di KL sebab dapat dekat dengan yang tersayang. Chewah.. tapi punya la aku kena bangun awal, seawal 6am dan bertolak dari rumah ke ofis 6:30am. Awal ke? Biasa.. biasa...
Macam biasa, first day keja sesi perkenalkan diri tapi sebelum itu harus aku dibawa ke working space ku yakni sebuah bilik bersaiz ntah.. aku tak tau. Yang penting takde blinder so takleh la aku nak curik2 tido kalau lepas lunch tu rasa lemau. Sekian terima kasih la kerana memberikan aku bilik yang sangat lutsinar. Lepas amik laptop, access card dan apa2 yang penting maka aku pun touring ketiga-tiga tingkat ofis. Shake hands with almost everyone walaupun sekarang ni aku masih lagi tak kenal dan tak ingat pun diorg tu. Biasa la tu.
Lepas tu kira2 lepas lunch aku pun ngular.. hahaa.. keji!! Giler apa... mana la aku berani nak mengular on first day. Berani mati sungguh kau ya si Fanta. Anyway, lepas lunch aku diberitahu mentor ku, sebelum tu biar aku terangkan sedikit environment sini. Mostly aku keja dengan orang2 berumur. Engineer2 lain ada la yang muda tapi sebab diorg bukan selevel dengan aku dan department lain maka diorg tak sudi nak kawan dengan aku. Huhuhu.. takpe2... aku lone ranger. So mentor ku ini yang aku boleh anggap macam bapa aku sebab dia memang ada gaya macam bapa aku, nama dia En. Zulmuthi, orang Ganu tapi tak penah nak cakap Melayu ngan aku, motif taknak aplikasikan konsep 1Malaysia? Dia ajak aku pegi client meeting kat Menara ExxonMobil melalui Traders hotel. Aku dalam masa yang sama mencari2 la CikPIKI and CikHAZA tapi diorg tu gigih keja so tak nampak la diorg berkeliaran mengular. Ye ke uols?
Balik meeting aku terus disuruh En. Zul ni buat quotation la.. pricing la.. bla bla bla la... "OK?! En. Zul I DONT HAVE ANY FUCKING IDEA WHAT ARE YOU TELLING ME TO DO!'' kataku dalam hati.
Merasa la aku balik pukul 8pm di hari pertama ku bekerja....
Semalam yakni hari kedua aku Back to Nature, seawal pukul 8:30am sampai pukul 11am meeting dengan client di KLCC. Pening la jugak aku naik turun beberapa kali lif di sana. Lif no. genap tukar ke lif no. ganjil laa.. then ke aras tkt lain la..
Lepas meeting dah lunch hour then dah agak2 petang tu aku pun pack barang and chow awal sebab En. Zul pun lesap dari ofis dia. Kekekeke....
Balik rumah main Black Jack sampai pukul 2am. Dan harini aku lemau!!!... Pasni ada meeting di Nikko Hotel. Anyone pulak keja kat sana aku leh carik?
Anyway... Selamat bekerja uols!