Tuesday, November 23, 2010

Prawning

Last weekend aku gi mancing udang... best giler. And disebabkan beginner's luck la kata orang makanya berhasil la jugak penangkapan aku. Walaupun kalau dengan RM50 untuk 4 jam tu aku boleh beli berkilo2 udang di Tesco tapi experience itu tak sama. Pengalaman menarik udang sampai terhempas ke dinding tu yang paling best.
Well.. not bad la udang2 di sana. Very good looking, gentlemen and social skills up to date. Giler!! Perlu ke nak describe udang begitu? Aku nak cakap udang2 kat sana besar2 la jugak. Tetapi kawan ku gitau ada satu tempat di shah alam untuk mancing udang galah (yang ada sepit biru panjang tu) RM10 sejam dan udang2 paling kecik pun 200gram sekor. Amikkk!!!.. Terus aku sexcited!!!...
Sebut pasal udang aku tak sempat lagi nak fikir masak apa udang2 tersebut. Was thinking of udang grilled atas pan tambah butter and garlic.. perghhhh!!!.... feeling2 BBQ dalam rumah la aku malam ni... slluurrrrppppp.....

Monday, November 15, 2010

Rabu cuti yey!

Hari ni isnin tapi excited sebab Rabu cuti. Bukan cuti yang aku excite tapi sebab Hari Raya Haji aku pun sekali nak menumpang beraya bersama si dia. Membeli barang dapur dan memasak dan apa yang patut dan hari tersebut plan nya ke rumah makcik dia. Yeahuuu.. aku dijemput! Baju kurung pinjam (sebab stok baju kurung ku di Kuching dan Labuan masih ada lagi)

Anyway, kepada yang datang bowling Sabtu lepas, uols memang marvellous. Walaupun ada yang tak sempat nak daftar main sebab tak confirmkan dan aku pun dah booked 2 lane sahaja dengan 14 orang peserta kesemuanya. Yang menahan hati nak baling pin tu diharap bersabar kerana weols akan anjurkan lagi mini-bowling masa akan datang dan make sure confirm siap2 at least sehari sebelum. Okayy... yang penting jugak, makan sebelum main so takde lah nak salahkan perut kosong la, takde tenaga la thats why tak dapat nak strike. Nak salahkan bola tu sbb lubangnya pecah diterima lagi.. Chucky ko salahkan kasut yer sebab kasut ko lain kaler kan dpd yang lain... nah.. itu aku takleh nak komen yer... :P

Aktiviti seterusnya aku organize is................. White Water Rafting!!! (with Waterfall Abseiling package)... On 27th Nov ni aku dengan budak ofis (3 org) dah setuju untuk ekspedisi Sungai Kampar, Perak. Woohooo... I am expecting Stage 4 at least. Musim hujan jer dapat!

No worry kekawan sengetian, i akan cuba anjurkan lagi kelak k. Dan sesiapa yang berminat boleh hubungi i di sini atau facebook supaya aku boleh buat booking untuk tarikh2 yang sesuai. Aku rasa awal tahun depan mungkin sesuai memandangkan air sungai still mengganas lagi tu.
Sungai Kampar, Perak tidak la seganas yang disangka. Bagiku seperti mendayung sambil beriadah. Kalau musim panas kederasan airnya dalam stage 2-3 sahaja. Kiranya seperti sungai biasa lah.
Capsize adalah masa yang aku tunggu2 kalau Water Rafting. Syok weiii...

Double decker hanya ada di Sungai Padas, Sabah dan musim biasa (bukan hujan) air boleh mencecah stage 3-4 dan kalau musim hujan stage 5 ok!
Attention: The only Stage 6-7 in the world is Grand Canyon. Berani kaw?!
I loike!! I loike!!

Thursday, November 11, 2010

Gym sangat meriangkan

Bila pukul 5 pm jer aku cepat2 amik beg gym dan kalau boleh pecut terus aku pecut ke gym belakang ofis aku ni. Sebab ada satu mesin tu aku nak chop awal2. Giler tamak.. Korang tau mesin apa? Tummy-cruncher. Nah.. ada satu jer di gym itu. Yang untuk sit-up tu ada 6 buah tapi aku tak minat sebab tak best macam tummy-cruncher. Aku kan feeling2 nak ada at least 2-4 packs. Tapi mana aku nak buang beer-belly aku ni. Haduihhh... makin banyak aku crunch makin ber-pint2 aku bedal. Well.. seimbang la kan.. :P (Ayat senangkan hati)
Ouhh.. kepingin punggung sebegini....
Juga body seperti ini...

Mari lah kita bersama2 menuju ke arah gaya hidup yang sihat... oppss.. (aku telah perli diri sendiri)

Tuesday, November 9, 2010

Bowling lagi...

Mari kekawan kita berkumpul bermain bowling lagi... yey... kepada yang membaca post ini.. sila war-warkan kepada kawan yang nak datang dan confirmkan kehadiran melalui laman blog ini or Facebook.
Ini lah sebab kenapa Chucky teruja bermain bowling... tapi bro.. ini berlaku 10 tahun sekali jer itu pun kalau bertuah...


Berikut adalah butiran:

Tarikh: 13th Nov 2010 (Sabtu)
Masa: Lepas lunch berkumpul dalam pukul 1pm. Game start pukul 1:30pm.
Venue: e@curve Mutiara Damansara (tak tau sila google maps)
Dresscode: Seperti di atas. Ehh.. tak lah!!.. pakai seselesa anda mau.. nak berkemban pun boleh kalau itu petua anda untuk strike the whole 10 frames.
Game rules: 2 games/set per person. Cross-lane.
Bayaran: RM20 per person (Not finalize yet)
Pesanan penaja: Ini bukan pertandingan serious.. just for fun! Sambil lepak dengan kekawan forumer/non-forumer yang penting senget...

Monday, November 8, 2010

Long weekend yang separa produktif

Masih tak lambat kan aku nak wish Happy Deepavali. Perayaan sebulan jugak ke?
Akak, nak duit raya ley?

Anyway, tengah malam tersebut ramai yang tak dapat tido karena bunyian mercun bagai nak rak sempena sambutan Pesta Cahaya ini. Nasib la area rumah kitorang sepi je.


Aku mengambil kesempatan di hari cuti umum begini dengan memanjakan diri membuat facial treatment bukan sebab aku nak manjakan diri sangat tetapi aku rasa muka aku ni dah penuh dengan kepala hitam... erkk.. black head? Dah sekian lama muka ku tak disental. Patut lah make up tak masuk. :P

Dari 3pm sampai 3am sabtu menghabiskan masa dengan 2 orang kawan rapat masa study dulu. Dari sekolah menengah sampai masuk kolej then keja kilang sama2. Then yang sorang tu sama keja dengan aku di Labuan dan sorang lagi di Sabah... then dalam pertemuan hari tersebut kitorang pegi karok sampai nak terkeluar anak tekak nyanyi lagu2 kegemaran weols masa study dulu. Dulu kitorang feeling2 Spice Girls...

Sabtu hari paling best, hari mengemas rumah dan memasak sedunia dan menu weols adalah laksa sarawak. Yummy... Nak lagi! Nak lagi! Lepas tu seperti biasa movie marathon sampai lebam.

Owh... sedapnya..
Ahad... bangun lambat dan movie marathon lagi.

Produktif tak? OK la kan.....

Thursday, November 4, 2010

Enjoying my gym session

Dulu aku sangat tak suka benda2 berkaitan gym. Bagi aku gym ni untuk orang yang desperate nak kurus dan bina badan. Dah tu yuran mahal...

Tetapi lepas aku dah start keja di ofis dan kurang membuat kerja-kerja melibatkan angkat benda2 berat, aku rasa badan aku semakin lemah. Nak angkat cawan pun malas. Camne? Pakai straw la..

So, kawan aku yang seperti aku jugak (start keja di ofis) weols decided untuk enroll gym. Memandangkan gym centre ni sebelah ofis aku jer so tidak ada alasan untuk aku takde masa dan malas nak drive ke gym. The reason aku masuk gym adalah untuk keep fit. Bukan nak kurus or bina badan ok.. tapi 4 packs maybe.. :P (get rid of my lovely belly-boroi aka 1 pack)

Dengan tawaran yuran bulanan yang menakjubkan, maka weols pun enroll (end of September). Lepas enroll jer, timbangan dan ukuran lilit semua dilakukan. (Dirahsiakan di sini)

Selama sebulan (October) aku menggigihkan diri pergi gym yakni seminggu at least 3 kali. Sekarang ni Fanta adalah seorang yang gigih bangun pagi dengan semangat sebelum ni, punya lah liat nak bangun pagi dan sentiasa lemau. Ulang alik KLCC tu 3-4 kali sehari pun takde masalah. Dan sedikit demi sedikit ukuran berkurangan tetapi berat maintain kerana otot dah kembali pejal tidak besar tidak kecik. I Loike!!!

Dalam semua kelas aku paling suka body-pump. Bagi yang tau routine classes for Fitness First, pasti tau kelas2 lain seperti body-attack, body-jump, body-step, body-vive, body-combat dan tak kurang yang nak busy-body saja.
Tu dia Fanta *feeling2 aweks*

Sebelum kelas aku akan buat cardio exercise selama 10min lari atas treadmill dengan kelajuan seperti dikejar anjing kontot then stretching muscle (especially upper part and thigh) then dah panas sikit, aku usha orang.. oppss... pastu baru join class.

Uols yang nak keep fit dan sentiasa kekal cergas dan cerdas, marilah kita bersenam sentiasa.

Wednesday, November 3, 2010

Noticed

Hampir setiap hari aku ke KLCC untuk client meeting. Kalau tak Tower 1 harus Tower 2. Sampai nak muntah dah aku turun naik lif. Adakalanya sehari tu 3-4 kali aku ulang alik dari ofis aku yang tidak la jauh tapi cukup untuk membasahkan ketiak dan belum kering lagi ketiak dah kena pegi lagi.
Dianggarkan ratusan pengunjung (berkaitan bisnes) keluar masuk Tower2 tersebut (bukan yang pegi shopping ya) dan ada 2 tempat mengambil pas masuk dan diuruskan oleh at least 3-4 orang gadis manis setiap reception area.
Last week, seorang daripadanya menegur gaya rambutku. I was like.. you notice jugak I walaupun rambut sahaja. Then dua hari lepas, yang sorang lagi gadis menegur baju ku plain colour. Well aku ni memang stok baju kalau tak belang, petak2, polka dot jer belum ada lagi... tapi semalam aku pakai plain colour (ye lah stok baju sendat - konon nak cakap diri sudah kurus sikit). So si gadis ini menanyakan samada aku membeli baju baru sebab tak penah tengok aku pakai baju satu kaler takde corak. OK..
Dan sebab masa daftar keluar masuk Tower KLCC sebelum ni kena letak no. phone makanya data tersebut ada dalam rekod. Dan semalam, text msg masuk bertanyakan aku sebab tak nampak aku pegi meeting di KLCC? Owhh... siapa stalk aku ni???? Takut jerrr...
Anyway, pada saat menulis ini... aku merindui seseorang... these few days weols jarang bercakap.. masing2 busy. Balik rumah stress jer dengan keja. *sigh*