Wednesday, October 28, 2009

Yey.. dh jumpa rumah sewa

Uolss... i akan mula berpindah minggu ni. Sebab i nak mulakan hidup baru yang lebih bermakna dan sejahtera. Tiber... bermakna dari segi apa? Tak tau...
OK.. i am back to Damansara again. But this time kat Emerald. Kat mana tu? Rakan2 forumer yang pernah pegi mini gath tahun 2008 tak silap mesti tau kan. Masa tu i dah tanam dalam jiwa raga yang i nak duduk kat situ and own terus the house overthere. Tungguuuu....
Anyway, takde topik menarik i nak share sebab I rasa cam I ni busy tapi tak la berapa busy tapi busy la jugak. Pening dah ni... tetiber!

Monday, October 26, 2009

Weekend yang memberangsangkan

Kalau tak memberangsangkan memang sia2 la aku chow dari Labuan awal kan. Owh.. nak dijadikan cerita bodohku. Hari Jumaat tu aku punya flight pukul 10:40am (AirAsia) makanya aku patut ada di airport at least sejam awal. Sebab tangan aku secara refleks stopped the alarm maka aku tersedar sebab ada orang call aku pukul 9:40am. Vavis sangat kan. Dah la beg tak kemas. Kelam kabut jadinya aku. Sebab aku taknak miss the flight sbb aku kan gigih nak balik KL. Lagipun difahamkan kalau aku miss this flight aku akan balik ke KL semula on Monday sebab flight dah penuh. It took me 20mins to get ready and sampai airport. Mujurlah kaunter masih buka lagi. Damn giler kan....
Sampai KL jumaat aku lepak2 di rumah and petang gi lepak dengan Yan di KLCC. Lepak dalam tempat favourite aku KinoKuniya lah.. mana lagi. Lepas belek dan beli buku, Yan pegi jumpa gf dia and aku tunggu kawan aku sorang lagi sebab weols ada networking-biz meeting harus di-attend di Damansara. Sebab aku ni tak cukup tido maka beberapa kali aku 'tersungkur' masa meeting berjalan. Sampai nak drive balik rumah pun tak larat.
The next day Sabtu, plan nya jumpa rakan kongsi bisnes aku buat kali pertama cik Kupu and cik Ijat. SEXCITED ok!!!! Bila dah berkumpul and sharing idea yang mencurah2 membuatkan aku bersemangat sangat nak jadikan bisnes cafe/bistro ni menjadi reality. Lepas makan2 and bincang2, weols pun pegi check the place. Memang lagak bisnesman abis. By the way, untuk perkembangan dan motivasi cik Ijat telah membuat satu blog untuk menunjukkan progress cafe ini. Sila lawati... http://smallpeoplebigdream.blogspot.com/
Around 3pm aku dah nak kena gerak sebab aku kena jumpa network biz aku pulak di Midvalley. Gigih.. gigih.. Around 5pm dah abis sesi dengan geng2 network biz aku tak tau nak buat apa. So aku pun jalan2 la dalam midvalley.
Aku memberanikan diri texting cik L ku untuk bertanyakan dirinya sedang buat apa. Dia sedang menemani mak dia. Tapi malam katanya free. So aku pun set date kali ke-2 dengan dia dan weols pun ke Urban Attic @ Capsquare to check out the place sebab konsep cafe/bistro aku kelak lebih kurang begini. Wahh... 2 benda yang sungguh sexcited berlaku. First sebab cik L date dengan aku dan kami 2 orang saja and 2nd sebab aku dapat lagi byk idea nak menjayakan cafe aku ni kelak. Borak2, layan band and usik mengusik.. auwww.. Tapi aku tak berani nak lebih2 sebab its too early to make a move. So layan jer la disamping enjoy the moment.
Ahadnya pulak, pegi workshop tinted keta aku and singgah office jap ada urusan keja. Then macam biasa Fanta yang gedik ini tak penah puas dengan date ke-2 so bertanyakan jika cik L free ke tak. Happy lagi sekali sebab dia free and sudi nak lepak di Starbuck Midvalley. Ngeh ngeh ngeh.... Lepak la weols sampai pukul 9pm.
Begitulah weekend ku yang sangat memberangsangkan itu. Best ke boring? Best sebab pasal biz and korang mesti boring sbb aku asyik citer pasal cik L kan... sukati aku la. Kan ni blog aku. :P

Thursday, October 22, 2009

I told you kan!!!

Nahh... I told you kan.. Ni lah cik L. Ada saper2 kenal? (Gambar aku copet dari FB) keji tak aku? Sharing is caring la kaedahnya kan. Ada aku tipu aku cakap dia ada iras cam Umie Aida.. wuarghh.. wuarghh.. wuarghh... *Tolong!!!*

Wednesday, October 21, 2009

Labuan mariii...

Yeah.. dah lama tak bersiaran dari Labuan. Harini aku sampai Labuan around 10am. Sesungguhnya selama lebih setengah tahun aku chow dari Labuan, begitu banyak sekali perubahan. Ni baru area yang jarang aku pegi. Malam nanti baru aku meronda2 Labuan and lepak2 di sana and biasa la pegi cuci mata. Harus ke ada orang tu tanya samada aku boleh behave ke tak? Concern nya awak cik bakalku (tiber)... motif?
Happy sangat aku dapat ke Labuan sebab aku dah lama tak jumpa kawan2 di sini. Malam ni plan nak lepak tapi tak tau dengan siapa dan di mana sebab byk sgt invitation ni. Im so glad diorg masih ingat and happy dengan kedatangan aku di sini.
Anyway, aku tak dapat nak hapdet byk sebab aku datang sini bukan utk update blog tapi untuk keja. Hahaha... :P

Monday, October 19, 2009

Hidup kembali ceria

Wahh.. semakin ceria ke? Harus beb.. Hidup mesti diteruskan. Begitulah setiap pagi bila bangun tido nak pegi keja aku akan ulang ayat ini disambung dengan ayat, aku mesti jadi kaya. Muahahah...
Mari sini aku nak citer perkara menarik yang berlaku pada diriku last weekend. Kalau ada yang sudi nak tau la kan. Hero-ku Payid sila baca yer..
Bermula Jumaat petang, lepas berjumpa dengan 'potential client' aku pun set a date untuk jumpa dengan blind date aku aka 'potential partner'. But not too soon la aku nak mengakhiri zaman single. Aku nak enjoy dulu being single ni. Di sini aku hanya namakan dia cik L sahaja. Punya lah nervous aku. Harus la babe!!! Macam mana aku boleh contact dia ni. Actually aku ada kawan senget yang prihatin dan mengoffer aku untuk berkenalan dengan cik L ini. Katanya sure ini taste aku. Wah.. tau2 jer taste aku kan. Maka aku sebagai seorang yang gentle-andro pun memulakan ayat yang baik punya untuk berkenalan. Lepas half an hour takde reply so i assumed dia malas la nak layan. Bila aku dah kembali khusyuk dengan keja masuk la sms. Wahh.. riangnya bila si dia cakap ayat introduction aku sangat menarik. Flattered sekejap sebab aku sekali karang jer. Takde la macam tulis then padam then tulis lagi. I am being myself OK. <--- angkat bakul sendiri. Sapa nk tolong angkat? So lepas berbalas sms aku pun set la kalau dia sudi nak have a cup of whatever drink. Dia pun setuju. Memandangkan ofis dia dekat Jalan Sultan Ismail (lokasi rahsia) so aku berjalan kaki la berjumpa si dia ini. Sebelum sampai aku call kawan2 aku ni bertanya sedikit sebanyak pasal dia ni, status, rupa, gaya dan general thing la. Bila dah jumpa, dia ni sangat la best diajak berbual. Sangat senang dan selesa melompat dari satu topik ke satu topik. Tak penah paused kecuali masa nak light roks. Ye lah.. lawyer katakan.. oppss.. Lariikk... (dari saper tak tau?) So lepas blind date yang berjaya itu then blah dengan hati yang berbunga2 (aku la tu kan) Malamnya lepak dengan kawan2 ku yang berwawasan di area Ampang shj. Tengah malamnya lepak dengan big dude ku si Black dan around pukul 3am aku hantar Yan balik rumah kat area Ampang jugak. Plan nya aku nak tido rumah dia jer sebab malas nak balik. Tup2 ada sms masuk lagi. Dari cik L. Dia baru bangun tido sebab tertido semasa buat assignment nya. Aku dengan gentle-andro sekali lagi mengoffer apa2 yang aku boleh buat. Si dia ajak kalau aku dapat teman dia early breakfast. Gigih ni dari Ampang ke Jalan Klang Lama. Mcm tau2 jer jalan kan. Ikut signboard kan ada. Dating la weols dalam keta sambil sesi luahan masalah dengan ex masing2. Dia pun break dgn ex dia lebih kurang dengan aku punya tempoh. Pukul 7am aku pun balik rumah. Tido dengan hati riang ni. Sabtu - 4pm baru aku bangun. Aku pun try call cik L mana la tau dia nak pegi dinner dengan aku ke. Tapi si dia ni tido lagi. So aku pun kemas2 rumah and berjumpa dengan rakan kongsi niaga ku cik K. (Anda tau anda siapa yer) Perjumpaan tidak rasmi yang sekejap di Jusco Equine itu sangat la bermanfaat dan bersemangat aku dibuatnya untuk lebih gigih lagi menyiapkan dan mengumpul data dan apa2 yang patut juga berkaitan mengenai bisnes The Planet aku ni. Thanks cik K sebab memberikan banyak sumber inspirasi. Kita mesti gigih!!!... Lepas meeting dengan cik K aku sepatutnya berjumpa dengan si B mengenai bisnes lain pulak. Wahh.. aku jadi sangat berwawasan di kala ini. On the way ke Sunway, si B ni pulak ada hal lain so kensel la dan kebetulan kawan2 senget (bukan forumer) mengajak aku lepak di Borneo Rainforest. Memandangkan area Sunway jugak maka aku pegi lah berhibur. Aku text cik L kalau dia nak ngejoin. Tapi takde reply. Hurm... Lepas sejam di sana aku nampak kelibat sorg awek ni yang mcm cik L. Punya lah aku angau sampai semua awek aku pandang macam cik L. Bahaya ni cik Fanta G. (Gedik sungguh) So aku pun tanya la kawanku. And diorg senyum2 jer. Rupanya memang cik L pun. Diorg ni keji ok. Cik L sebenarnya tau aku akan datang just dia nak suprisekan aku katanya. Hurm.. motif??? Lepak dengan riang sebab ada orang yang kita suka sampai satu masa tetiba suasana jadi sepi. Music off sebab technical problem. Belum climax lagi dah off. Damn betul la. Tak sempat aku nak berdansa dengan cik Lia. Tapi yang penting climax jugak sbb dapat la kiss kat pipi 2 kali dari si dia. Indahnya dunia. Dia yang nak ok.. I tak minta! Tapi I menerima dengan hati berbunga rafflesia. Well.. begitulah weekend ku. Ahad seperti biasa aku bangun lambat.

Friday, October 16, 2009

Unexpected

Apa yang unexpected tu? Selama sebulan aku keja di sini, and make friends dengan kawan2 seopis walaupun sebenarnya tak dapat nak buat ramai kawan sezaman sebab kebanyakkannya mat salleh dan berumur. Takkan aku nak join diorg happy hour and bincang pasal benda2 berat yang haram aku tak tau or nak join derang main golf. Kalau pun aku main, aku main dengan geng2 aku la kan. Apa barang main dengan orang tua... Tak pasal2 orang ingat aku caddy.
Anyway, aku jugak keep in touch dengan member dari company aku sblm ni sebab kebetulan company weols sebangunan. Memang hari2 la aku jumpa ex-bosses aku. So kalau aku takde teman roks, aku akan roger teman dari tingkat 16 ler si Partner-in-crime (PIC) dengan geng2 dia. Muahaha... so boleh dikatakan aktiviti roks, bfast, lunch and dinner weols bersama.
Dah seminggu my PIC balik Labuan and aku lepak la dengan geng2 dia (Ez and K.Wa). Aku tak kenal diorg ni sebab sebelum ni aku pun kenal PIC dari Labuan and dia accounting dept as kawan2 dia pun dept lain. Tapi sebab PIC takde maka aku lepak2 la dgn Ez and K.Wa. Layannn..
Semalam adalah kejadian yang paling melucukan. My PIC and Ez ni senget but they have their own real dark secret life. Hahhaa...
OK. Nak dijadikan citer semalam aku nak dinner and Ez saja yang available dan belum balik keja so dia teman aku makan kat kedai mamak bawah ofis weols. Biasa la weols akan duduk kat bahagian luar sebab nak cucsmats. Owh.. Ez ni femme. So usya la preference masing2 kan. Sambil citer pengalaman senget masing2. Since si Ez ada secret life dia sendiri so citer dia pun lain gak but we do understand the situation. Pastu tetiba I tersebut yang I agak aktif dalam forum ni (sengetian lerr) Tapi before that I didn't mention the forum's name. Pastu dia pun cam terkejut sbb dia pun katanya ada masuk satu forum senget. To be suprised... rupanya selama ni i bergeng dengan budak forum yang sama. Haduii.. Punya lah weols gelak sampai bergegar kedai mamak tu. Katanya dia dah lama tak aktif forum (I guess sebab dia dah lupa password) dan hanya sekali dua berjumpa dengan budak2 forum masa di NZ. Siapa lepak masa tu?
Trivia : Kalau i sebut ciri2 dia ni korang boleh agak tak? Perasan celebrity yang suka amik anak angkat ramai2 tu. Seksi, Tua setahun dari I (berapa umur I?) Dah tu jer i punya clue. Lebih2 karang baik I gitau jer nickname dia. So korang yang forumer Sengetians cuba teka saper? Sapa betul I bawa jumpa korang.. hahaha...

Wednesday, October 14, 2009

Busy-kan diri

Sejak bergelar single ini, walaupun masih tak dapat menerima kenyataan berstatus single, tapi apakan daya, hidup harus diteruskan jua. Kalau ada yang sudi menerima cinta aku kelak2, aku kan cuba consider tapi for the time being, still feels numb. Biasa la kan. Ada ke lepas putus cinta terus gigih nak bercinta lagi.
I hate the fact that bila jumpa orang baru yang dirasakan berpotensi menjadi partner, kena start all over again. Dating and vacation, sms-ing dan merancang segala benda dan juga mengenali dengan lebih mendalam. Boring weii.. Tak tau lah kelak2 kan. Sure bila hati dah terbuka untuk bercinta, aktiviti di atas sure dirasakan thrill. Mandi tak basah, tido tak lena and makan tak kenyang. Cloud nine katakan. I sangat rindukan kenangan berkenalan dengan si dia. Malah aku ingat setiap detik pertemuan, makanan di-order, citer kat wayang dan mall2 tempat weols dating. *sigh*
Aku yang numb sekarang dan asyik la tak cukup tido. Ni la padah kalau bermalam di rumah kawan2 and borak sampai tak hengat dunia. Alahh.. aku balik rumah pun aku tido lambat. Tak tau la buat apa. Tapi sebab kata; home sweet home maka tak terasa semua penat. Tapi sekarang aku tak rasa sweet dah.. aku rasa bitter. Yang sweetnya hanya Mocky. Comeyy...
Nasib la sekarang ni keja pun dah banyak masuk dan aku akan membusykan diri juga balik lewat. Seboleh2nya taknak sampai rumah awal. Pernah aku rasa cam nak buat keja gila, tido di ofis. Tapi sebab takde blanket dan tak selesa aku balik jugak. Macam terfikir jugak nak bawa blanket dan bantal busuk ke ofis. Just in case next time banyak keja and malas nak balik. Ofis weols pun ada bilik mandi.
Harini dah rabu. Esok khamis.. then weekend lagi. Aktiviti-aktiviti please!!!...

Tuesday, October 13, 2009

How now?

Semalam balik keja, aku usha kawan2 yang free ajak lepak sebab aku taknak balik rumah awal. Ley? Si dia sepanjang hari tak call and msg aku dah. So akhirnya dapat gak berjanji-temu dengan kawan lepak semalam dan diorg sudi nak menemani diriku ini.
Maka sampai tempat kejadian sesi kaunseling pun bermula. Mula2 tu aku takde la bercakap byk sgt sbb aku tak berapa kenal diorg ni sblm ni. Diorg ni kawan si dia tapi sebab dah jadi kes camni thank God diorg sudi nak lepak ngan aku and kaunseling aku dengan memberi sedaya upaya support sebab diorg ni lebih kenal si dia and lagi lama sejak sekolah dulu kot. Banyak aku dengar dari diorg ni yang aku sendiri tak discover lagi si dia tu mcm mana. Ye lah.. setahun aku dengan si dia compare to kawan2 sama sekolah mana nak tercover semua.
Lebih kurang pukul 10 dekat pukul 11pm si dia call aku. Nak check out aku kat mana la tu. Aku memang tak jawab phone and balas msg dia pun.
Tapi aku takleh la nak lepak lama2 kan, kawan2 tu pun ada urusan esok paginya. Mementingkan diri sendiri namanya kalau paksa org lepak dengan kita melebihi had. So 20min sebelum tengah malam, weols pun berambus dari tempat kejadian. Aku drive balik dengan perasaan bercampur2.
Sampai rumah aku terus bagi Mocky makan. Kesian dia. Macam tak dihiraukan anak aku tu. Si dia pun kuar dari bilik and tanya kenapa aku tak balas msg dia. Aku dengan selamba jawab sambil mengutip tahi si Mocky, "Ada aku kisah?" Wahh.. lancang mulut aku ketika itu. Tanpa memberi dia peluang bercakap aku terus bagitahu yang aku nak move out and taknak stay connected dengan dia for the time being. Aku tengok wajah dia berubah.. Reaksi aku spontan sungguh. Aku tak sangka aku mendapat kekuatan untuk melafazkan apa yang terbuku di hati. Ni takde pengaruh alkohol k. Dia terus berlalu and masuk bilik tak terkata2.
Hurm.. ada aku kisah? So aku pun mandi2 and nak tido dah. Aku patutnya tido sekatil dengan dia tapi aku dah rasa kurang senang, so aku pun amik bantal busuk ku and masuk bilik ke-3. Mujurlah dalam bilik tu aku dah sediakan tilam dan bantal. Ini bilik tetamu sebenarnya. Dan tido lah aku sampai pagi ni.
Pagi aku bangun agak lambat. Sebelum berkemas2 nak pegi keja aku kemas barang2 extra in case aku tak balik malam karang. Si dia just tengok jer and masih lagi tu nak tanya aku tak balik ke malam karang. Harus aku jawab, "balik ke tak balik ke... apa kaitan dengan u?" Kan? Diam lagi. Sentap agaknya dia terus masuk bilik mandi. Aku pun chiow dari rumah. Aku dah la asyik lewat je masuk ofis kebelakangan ni. Takleh jadi ni....

Monday, October 12, 2009

Alcohol spill out something

Weekend lepas especially Sabtu aku spend most of the time dengan cousin aku yang chicks dan kendu itu. Motif puji cousin sendiri? Sebab dia memang kendu, kalau dia bukan cousin aku sure la aku masuk line lama dah. Hahaha..
Anyway, dari tengah hari pegi servis keta then later kebosanan petang tu dan tak tau nak buat apa, weols pun decided untuk pegi karaoke dengan voucher free dia. Merasa koroks free and air pun free. Siap ada cabutan bertuah and cousin aku yang lucky itu dapat lagi voucher free. Makanya akan korok free la lagi next week. Layann...
Lepas 3 jam menyanyi segala lagu2 sampai almost hilang suara, jam menunjukkan pukul 9pm. Masih awal lagi. So weols jalan2 dalam LowYatt tu carik apa ntah. Saja jalan2. Tapi sebab takde tujuan weols pun decided utk pegi dinner jer. Pastu sbb malam kan masih muda sangat so weols plan pegi berhibur dan memilih Borneo Rainforest di Sunway sebab weols dah malas nak masuk ke KL balik sure jam punya. Layan jugak la tempat tu. Yang pastinya malam tersebut aku suruh cousin aku berdiri jauh sikit dari aku karang terlepas aku nak usha dan diusha aweks dalam tu. Keji tak??? Sangat ok. Nasib cousin aku memahami and kebetulan kawan dia pun ada ngejoin. Tak la kebosanan dia berdiri sambil melihat aku telah ditarik sekumpulan manusia yang dah high di tengah2 stage. Merasa aku dicium oleh sorg aweks dan lelaki gay. Hadoii.. Cousin aku hanya mentertawakan aku dari jauh dan dia pun nampaknya sedang mengelak dari diganggu sekumpulan lelaki yang agak rempitos dan akhirnya dia berdiri sebelah aku balik. Hurm.. terus aku tak diusha lagi pastu. Keji keji... Apa pun I had so much fun with her. Langsung aku terlupa masalah jiwa ku.
The next day pulak, ada open house invitation. Pegi dengan si Payid. Aku merupakan new-recruited sidekick dia. Hahaha.. Motif nak bagitau kat semua orang?
Anyway, petang tu around 5pm weols terpaksa mengundur diri kerana aku kena amik si dia di KL Sentral dari Ipoh. Kenapa aku masih amik dia? Well, aku masih care pasal dia la ok. Aku tak offer tapi at the same time aku tak tolak jugak. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada sang hero Payid, weols pun meninggalkan KL Sentral itew.
Malam tu, si dia plan nak jumpa kawan lama dia di KLCC. Kawan dia ni senget gak and dengan partner dia. Diorg ni tau mengenai krisis weols (more to krisis si dia actually) tapi masa lepak tu tak berapa menyentuh isu2 tersebut cuma sesekali si partner kawan dia tu bagi sejebik jugak la kan si dia.
Kiranya belum puas lagi lepak weols beralih ke Quattro. Pekena segelas, 2 gelas, 3 gelas bagi aku and deyols pun tak tau brp jug sudah... Masing2 dah mula panas and bermulalah sesi luahan, intervene dan kaunseling. Aku ke tandas dengan partner kawan dia, berluahan seketika. Begitu jugak dgn si dia dengan kawan dia. Aku sangat terharu sebab kawan dia lebih kurang sokong aku in this case. Whatever it is they all cuba nak tau apa sebenarnya keputusan si dia. Akhirnya si dia mengaku yang sebenarnya dia sangat CONFUSE!!! Wtf la kan?? Sblm ni masa kau masih waras kau cakap kau nak jadi straight la, fall out of love la.. hurm.. Dia jugak spilled out that she loves our previous moment yakni LDR dan jarang jumpa sbb bila jumpa dia akan rasa sayang dan cinta sangat dpd hari2 tgk muka aku. Apa aku nak cakap? Difahamkan oleh kawan2 dia, sebenarnya si dia ni suka LDR. Means dia tak ready nak duduk sama dengan partner sebenarnya. WHY?? Kenapa tak bagitau awal2. Sure aku carik keja yang aku leh travel frequently. Damn kan... Dah 5 bulan aku duduk dengan dia baru dia nak cakap dia tak berapa senang dengan duduk serumah. No wonder... So how now???
My bad jugak sbb alcohol level dalam badan aku dah pushing the limit menyebabkan aku spill out jer apa aku nak cakap. Aku jadi out of control. Nasib baik partner kawan dia dapat menenangkan aku. Difahamkan, si dia ni telah terkena janji2 manis, sweet talker that guy. Kawan dia ni and partner dia sangat kenal lelaki tersebut dan sangat tidak setuju dengan tindakan si dia memilih that guy. Tapi sebab kata2 manis spt 'Im yours' la.. bla bla la.. si dia jadi buta. Buta cinta. That guy sangat pandai dalam memujuk rayu demi kepentingan apa? Tak tau.
So aku yang merasakan keadaan sangat stress ketika itu, mengambil keputusan untuk balik sebab kalau weols cakap lebih lagi kelak akan jadi isu yang sangat besar and Im going to lose her forever.
At this stage, kawan2 dia just suruh bagi dia time, tunggu dan lihat. Whatever keputusan CONFUSE dia tu, which aku tak tau apa yang dia confuse kan? Confuse sebab cinta dia terhadap aku fall out sebab kata2 dan janji2 manis that guy or sebab lain? Well, it takes 2 to tango (bak kata Payid) kalau si dia tak melayan sure keadaan takkan jadi camni. Tapi sebab that guy jugak ego taknak kalah kpd golongan PLU ni kononnya dia tetap cuba menabur kata2 manis walaupun dia tau sangat si dia dengan aku.
Well, thanks but no thanks to alcohol sebab sedikit sebanyak membuka mata dan telingaku mendengar almost semua dari mulut dia dan cerita sebenar dari kawan2 dia tu.
Assumption aku, CONFUSE = DENIAL + FEELING WAX & WANE + DEPRESS see me everyday. So she decided to see someone yang jarang dia nampak sbb that guy is in Ipoh and sesekali jumpa akan rasa rindu. Bagitau la awal2 dari dulu. I stay la somewhere area KL ni. Dia boleh duduk di Seri Kembangan tu. Weekend either rumah I or rumah dia. Adoohhh...

Friday, October 9, 2009

Weekend is around the corner

Wahh.. pantas sekali masa berlalu. Tak terasa ok. Dah weekend. TGI Friday!!! Woohoo.. Happy sangat si Fanta ni padahal weekend ni takde pun plan yang menarik sangat. Rasanya more to aktiviti membuang minyak keta. Which aku rasa tak berbaloi. Duduk rumah? Lagi la lemau. Si dia dah balik Ipoh dgn cinta baru dia. Damn.. Hate to admit but jeles ok!!! F*ck it. Aku pun ada life sendiri. Kali ini aku nak ajak sesaper jer yang takde aktiviti melepak. Antara mangsa aku ialah cousin ku lah. Tapi dia aweks sangat so tak seswai nak ajak buat aktiviti lasak. Duhh...
Anyway... weekend!!!!!!! Dapat tido lama sikit. Woohooo....
p/s: Sesaper yang bosan and takde aktiviti tu, roger2 la si Fanta yer. Minta contact no. I dari orang lain. Tak pasal2 tetiba ramai peminat kalau I letak no. I kat sini. (Perasan!!!)

Wednesday, October 7, 2009

Awek baru!!!

Wahh.. pantas sekali dah ada awek baru. Dasar sungguh si Fanta ini. Ingin diumumkan bahawa awek baru si Fanta G ialah Purie Andriani. Sila.. sila.. berkenalan. Gerrr... grrr... auuwww..!!!
Hadoi sayangku, tak mau rambut warna camni. Hitam kan molek.



Bayangkanlah dapat dikelilingi awek2 camni?? Takyah buat apa2 dah klimaks berkali2. Ohh Purie.. purrr.... :P

Tuesday, October 6, 2009

Melalui hari2 mendatang dengan tabah

Seminggu sudah berlalu hidupku sebagai seorang nomad. Bermalam di sana sini dan sesiapa yang sudi nak pinjamkan couch nya buat alas tido ku. Aku tak kisah pun kalau takde couch asalkan ada lantai yang selesa untuk aku tido. So far a few yang mengofferkan rumah mereka tapi atas sebab kesenangan aku nak pegi keja, maka aku stay di rumah Black jer. Aku sangat berterima kasih sebab kawan2 sudi membantu di saat kesusahan.
Si dia a few times jugak pelawa aku balik rumah and tido di rumah. Sekali dua jer lah aku balik rumah sebab aku kehabisan stok pakaian untuk keja dan aku terpaksa balik. Berat hatiku dan betapa janggalnya bila melihat si dia on the phone dengan 'orang itu' dan non-stop texting seperti kami mula2 bercinta dulu. Haduiii...
Tetapi sekarang aku macam dah takde perasaan sangat melihat si dia begitu mungkin sebab aku dah terima kenyataan bahawa life must go on.
Tetapi sejak semalam si dia asyik call aku bertanya khabar and menceritakan pasal dirinya yang selalu berasa gundah gulana. Aku faham sebab bila dia berbuat keji begini dengan aku (aku tak tau apa lagi kekejian yang dia dah buat) aku tak dapat nak salahkan dia apa2, tetapi dia merasakan kawan2 dia dah mula memandang serong dan bercakap2 di belakang.
This is the point yang aku rasa nak bagi jer kat dia tapi aku tetap nak remain silent sampai dia sedar sendiri. Point nya, dia asyik nak fikir apa orang cakap. At the very first place aku merasakan instinct aku betul sebab apa yang orang cakap dia decided to kononnya nak jadi straight and mencuba menerima lelaki dalam dirinya eventhough still feels the awkwardness there. Hurm... siapa lah aku nak cakap lebih2 kan. Semua terpulang kepada dirinya sendiri. Apa yang aku boleh nasihatkan, ikut jer kata hati tapi jangan sampai membinasakan diri. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berjatuhan..
Setelah membaca blog noks Dian Wal Qatariah yang penuh dengan info2 yang sangat berharga dan berkeyakinan juga membarakan sanubari ini, sedikit sebanyak aku masih lagi menaruh harapan yang tak berapa nak tinggi untuk kembali bersama si dia. Point2 beliau jelas bahawa aku masih lagi ada harapan. Tapi aku taknak la mengharap sangat, risau aku akan terluka lagi teruk dan tak sembuh2. Parah tu beb!
Whatever it is... aku nak enjoy life aku dengan membuat segala aktiviti yang aku ter-miss selama ini. Furthermore, hari ini aku akan mendapat keta ku. Terus esok aku gigih membeli GPS senang sikit aku nak ke sana ke mari. Haa?? Akakendu? Boley jer...

Thursday, October 1, 2009

Tak tau tajuk apa dah..

Senang untuk bercakap tapi untuk menghadapinya sangat la berat. Itulah yang berlaku kepada aku, dah 2 kali aku melalui keadaan begini. Sedaya upaya untuk sentiasa kekal dalam perhubungan tapi akhirnya aku terbabas jua.
Semalam aku dan dia bercadang untuk berbincang. Walaupun kejadian baru saja berlaku and terus nak berbincang aku merasakan terlampau cepat tapi aku seorang yang optimis. Aku telah fikir jangka pendek dan panjang sekali.
Seperti biasa sesi bercucuran air mata tetapi lepas itu aku tetiba mendapat kekuatan. Aku pun try to act cool dan aku cuba berborak dengan dia seperti biasa. Aku bertanyakan soalan biasa, why?
Why aku biasanya sangat general tapi aku nak jawapan detail. Bila dia memaklumkan yang dia decided untuk menjadi straight, apa lah aku boleh cakap kan. Sebagai manusia dan orang yang paling rapat dengan nya, aku rasa aku tak patut menghukum dia kerana dia membuat keputusan yang betul yakni kembali ke landasan yang benar. Well kalau orang tu dah nak kembali straight dan memikirkan masa depan nya, aku yang pada mulanya sedih, bengang, sakit hati dan segala pun menganalisis kebenaran dan setuju. Tapi di dalam diriku ini aku masih lagi tertanya (why God create us this way, there must be a reason kan and kembali ke landasan yang benar itu tak salah tapi being gay/lesbian salah ke? hanya pada pandangan masyarakat shj. lagi2 budaya sesetengah tempat yang memandang serius anak dara yang dah almost sempurna perjalanan hidupnya and cukup umur mesti kena pressure dengan soalan bila nak kawin... ) Terus terang aku katakan, lepas aku dengar penjelasan dia itu, aku rasa aku boleh terima. Sebab kalau dia mencurang dengan kak-kid or perempuan lain sangat la takleh aku terima. Tapi kes dia aku rasa berlainan dan byk berlaku di luar sana (sebab2nya pressure family dan sendiri rasa pressure bila tengok kawan2 sezaman dah mula mendirikan rumahtangga, sedikit sebanyak ini sangat affecting her situation actually. That part I can't blame her or anyone anymore.
So sebagai kata putus, we decided to be closed friends and cuba utk adapt that situation walaupun aku tau masing2 rasa berat tapi apa salah mencuba. Sebab bagi aku la kan, selagi aku tak jumpa orang lain, I will always have her as a close person to me sebab deep down inside aku masih sayang padanya begitu jugak perasaan dia terhadapku.
Am I doing the right thing? Hurm...