Wednesday, March 31, 2010

Fanta kembali dgn post baru

Selepas setahun tak hapdet.. (tipu!) Baru sebulan, aku rasa blog aku dah takde orang nak singgah. Whatever... thanks kepada yang sudi nak singgah mengharap dapat membaca carutan dan makian dari Fanta kepada sapa? Tak tau.. sapa2 jer yang boleh membangkitkan kemarahan.
Anyway, harini badan sengal lagi sebab semalam pindah rumah. Merasa aku ponteng keja. Nasib baik ofis ni bapa aku ada share (lagi sekali Fanta tipu).
Tak jauh aku pindah. Dari depan ke belakang jer. Eid, mak dah jadi jiran noks! Lepas ni merasa ai selalu skodeng uols.. oppss...
Ingatkan barang aku sikit, punyalah banyak macam orang yang dah berumahtangga. Konsep lif ya. Satu tan lori tak muat. Actually sekali dengan barang housemate aka law-ladyku. Dengan tangan masih tak sembuh lagi maka barang untuk dua orang aku sorang la yang uruskan. Nasib baik la Fanta dah terbiasa keja berat masa di lautan sepi dulu maka tu semua takde masalah disamping dibantu oleh movers.
So lepas ni, sebelum aku ditugaskan dengan jawatan baru dalam company bapakkkk aku yang ada share ini, weols akan menjemput rakan2 sekalian lepak di rumah weols yang buat masa ni si Eric masih busy and belum ada masa nak buat interior design kat rumah weols lagi.. oppss.. (aku la Eric tu). Kalau uols sudi la kannnn...
Anyway, badan sengal2 ni mcm mana yer nak bagi segar semula?

Thursday, March 4, 2010

Food for soul, pls!

Fanta tidak pernah terfikir nak berdiet. Sebab dia pemakan yang sangat enjoy dengan hidangan apa saja except Itallian food. Paling dia suka ialah ulam-ulaman. Daripada kecoh2 terus terdiam mengadap ulaman kegemarannya. Senangkan nak menjinakkan si Fanta? Nah ini tips untuk bakal partner Fanta ya.
Tapi sejak akhir2 ni dia dah kurang makan. Makan pun jamah sedikit sahaja sekadar isi perut. Kenapa dengan Fanta ni? Kalau kawan2 ajak lunch hanya menemani sahaja dan minum air. Bila kawan tanya dia akan cakap dieting. Laju jer mulut tu cakap... tapi dia memang takde selera nak makan. Selalunya kalau dia takde selera nak makan tu atas bbrp sebab lah. Memang diakui Fanta ada masalah, bukan semua orang takkan lari dari masalah ke?
Anyway, hari ni Fanta tak tau nak makan apa jugak. Lunch pun dengan buah betik, ciku dan mango. Ada benda yang merisaukan beliau sebenarnya, as dia sedang berusaha untuk yang terbaik sahaja sekarang.
Kawan2... semoga apa yang kita buat harus dilakukan dengan ikhlas nescaya Tuhan akan memberkati. Amen.