Sunday, March 27, 2011

Kembali bersiaran dari lautan sepi

Last post; end of January 2011. Alah.. baru 2 bulan. Relax la.. tak bersawang lagi kan. Actually takde mende sangat nak update, kecuali hormon extremist aku ni membuak2 nak organize White Water Rafting lagi. Kali ni nak ajak kawan2 sekalian. Sebelum ni dengan budak2 ofis.
Tak tau la kenapa aku takleh nak update blog dari ofis. Dengan facebook dan youtube apatah lagi porn site semua di banned. Salah satu cara untuk mengelak ofis-met (termasuk aku) mengular agaknya. Teettt... salah... tetap jugak mengular mereka tu dengan aktiviti lain. Konon pegi jumpa client tapi bila call tetiba bunyi macam di KL Sentral - ada announcement train ke Rawang. Haaa... motif? jumpa client di KL Sentral ka kamu?? Bijak2...
Owh.. tidak lah aku mahu menceritakan perihal rakan2 sekerja ku dengan aktiviti 'luar keja' mereka itu kerana tiada kepentingan buat ku. Lebih kepada ketidakpuashatian ku terhadap semua site telah di banned. Nevermind.
Pasti ada yang tertanya2 kenapa aku masih berada di lautan sepi padahal aku benci (tidak lah 100%) dengan lautan sepi itu. Sebenarnya kadang2 aku merindui kehidupan di lautan sepi (seperti dulu) dan dengan tugasan ku yang hanya beberapa hari saja kemudian aku kembali ke darat - terus ke KL maka aku tidak keberatan untuk kembali ke lautan sepi sesekali. Terperap saja di ofis akan membuatkan aku lebih banyak idea untuk mengular. Oppps.... SALAH! Aku lah antara pekerja dedikasi kerana aku sanggup back to back job ke lautan sepi dan bekerja dari lautan sepi berurusan dengan clients dari Malaysia/Brunei dan Thailan juga Labuan/Kemaman Bases. Haaa... mana nak carik?? Kalau aku nak mengular pun boss bagi green light lah..
Aku merungut sekarang kerana job tak start lagi dan aku tak buat apa2... This is not right. I'm getting paid to work! Walaweiihh.....