Monday, July 27, 2009

Demam... huhuhu..

Sengetians Gath'09 kali ni sangat meriah dengan kehadiran rakan2 forum yang lama dan baru. Walaupun tak sempat join activity ptg tersebut sebab I terpaksa menunggu sang partner Black si Sara habis perlawanan Hoki (tahniah sebab menjadi juara) kami bertolak lambat sangat dan tiba around 7:30pm tapi tetap tak sempat nak pegi dinner sebab terkocoh2 nak check in and si Sara pulak rasa tak sedap badan. Haduii....
Pada mulanya pagi tersebut badan I seperti tidak mengizinkan untuk pegi tapi I gagahi jua and sekarang badan I lagi lenguh2. Rasa cam nak baring2 jer. Huhuhu...
Tahniah buat organizer Gath'09 iaitu cik Dian dan cik Erin juga pembantu2 mereka kerana berjaya menganjurkan progam yang meriah ini demi mengumpul rakan2 forum untuk mengenali satu sama lain.
Harap tahun depan kita berkumpul lagi sekali dan I berjanji dan berikrar untuk turut serta menganjurkan program seperti ini. Oppss... I taknak la jadi organizer tapi kalau kita tunggu dan lihat sahaja nanti siapa yang layak sebab tugasan ini sangat berat dan I sangat memahami sebab I pun pernah menganjurkan program2 semasa di bangku dan kerusi sekolah dan masa study dahulu. Damn tired....
So sekalung dan sejambak bunga Ros Merah buat Organizer kita yang bertungkus-lumus memerah segalanya demi menjayakan aktiviti ini. Tahun depan buat la lagiiii......

Saturday, July 25, 2009

Off to PD for gathering

Uolsss... kitorang akan ke PD jap lagi. Jap amenda nya... dah pukul 3pm baru nak gerak ke PD. Rakan2 forum pun dan siap main2 dalam swim pool. Haiyoo... sekarang ni mengharap si Black speed up driving 150km/j. Menangissss.....
Demam la pulorkkk. Camne??
Jumpa uols di sana!

Thursday, July 23, 2009

Tips kewangan


Walaupun aku ni bukan la jutawan mahupun bisnis-woman yg berjaya tapi aku suka la nak share2 apa2 jua tips aku dapat dari mana2 sumber dengan kawan2. Sharing is caring la kan.

Ok hari ni aku nak citer sikit pasal credit card. I bet ramai kawan2 yang pengguna credit card luar sana kan... and i bet tak semua boleh settle sejumlah amount yang digunakan itu dengan sepenuhnya dalam masa yang singkat. Majoriti bayar the minimum amount tak pun seberapa byk yang mampu dibayar.

Sebab aku ni bukan la akauntan mahupun pakar kewangan maka aku tak leh la nak explain dengan detail camne interest bercambah dengan gila babinya tanpa korang sedari walhal tiap2 bulan korang bayar. Mesti ramai yang tak sedar and yang tak sedar ini adalah bagi pengguna kad kredit yang seperti aku. Masa swipe memang la ringan tangan jer tapi bila tang nak bayar tu buat2 la lupa atau bayar amount yang minimum jer. Bagi kes aku yang tak bekerja lagi sekarang ni maka harus la aku minimize penggunaan kad kredit itu.

Maka sila lihat dengan teliti di bawah macam mana nak settle credit card dengan cara yang lebih cepat dan menguntungkan anda.


So, ktakan hutang c/credit RM5000, jadi kalau korang:

1. Bayar 5% of outstanding balance or RM50 whichever is higher:
*Total of months to settle outstanding amount = 69 months (atau 5 3/4 tahun!)
*Jumlah interest SAHAJA = RM1875.87

2. Pay fixed RM 250 sbulan:
*Total of months to settle outstanding amount = 24 months
*Jumlah interest SAHAJA = RM987.60

3. Apply personal loan (2 yrs / 6.8% per annum by Bank Islam), dan byr lump-sum c/credit:
*Total of months to settle personal loan = 24 months
*Jumlah interest SAHAJA = RM680

4. Balance Transfer with other bank (Fixed 24-Month Instalment Plan / 6.88% per annum by Alliance Bank)
*Total of months to settle Alliance’s credit card = 24 months
*Jumlah interest SAHAJA = RM688

5. EZ Payment 0%
Atau lbh dikenali ngan EPP (Ez Payment Plan). Setau aku, xde bank yg offer EPP, hanya merchandise je. Plan ni mmg bgus, tp aku dgr BNM (Bank Negara Malaysia) da banned EPP ni, sbb merchandise salahguna. BNM ni pun, klw bnda yg mnyusahkan dia mmg cpt dia banned. So, klw korang ada dpt offer utk EPP, baca dulu terma n syaratnye..lain kali aku citer psal EPP ni.

6. Bank OverDraft Service (OD)
Ni mmg pilihan terbaik. Tp masalahnye utk dptkan OD ni, korang kena ada simpanan ASB atleast RM11k atau properties yg dah habis bayar atau FD (Fix Deposit). Nilai OD akan diberi ikut clause bank.. Kalau tak silap aku, utk cagaran ASB, bank blh bg 95% dari nilai ASB. Property lak, 65%, ni kena cek.. korang blh byr c/credit RM5000 tu one shot, and interest rate dia dlm RM35 je kot sebulan. then nilai OD lak blh topup guna duit gaji..Interest OD hanya akan dicaj klw kite withdraw OD sahaja..No more interest after korang topup nilai OD..ni pun aku citer lain kali..

Note: Smua kire2 kat atas rough figure je, utk find out more, sila ke bank or tanya orang yg lebih arif..huhuu.. any idea, blh kongsi..


Hasil kongsian junior aku si Fairuz Rizan.

Ketagihan

Weii.. jangan salah anggap. Aku tak ketagihan benda2 haram tu ok. Bila dah diberi peluang untuk online aku akan gunakan masa sepenuhnya. Lagi2 la sekarang ni aku tak buat apa2 pun lagi. Tapi online guna laptop Ninong jer. Aku belum ada laptop lagi sebab aku kedeks nak beli utk diri sendiri. Hehehe...
Hari ni jer aku dah buang masa aku yang sememangnya terluang sangat ni dengan online kat restoren kat area rumah aku selama 5 jam la aku rasa and sekarang ni aku sambung lagi online kat kedai mamak kat tpt Ninong sedang buat home tusyen kat budak2 Korea area Pelangi Damansara ni.
Selalu gak la aku lepak sini sambil menunggu si Ninong abis tusyen. Macam biasa la kedai mamak. Bising dan penuh dengan orang2 yang kelaparan mahupun yang just lepak2 sambil shisha.
Pernah satu masa dulu aku sedang syok2 online kat kedai mamak ni tetiba pihak majlis pembandaran serbu restoren ni sebabnya meletakkan meja kat luar premis. Biasa la... nak kaut untung lebey haruslah lebey jugak meja makan nya kan. Dengan aku sekali kena halau abang MPPJ tu. Dengan kecut perut aku pack laptop and berambus. Cuak jugak ok. Pundekkk...

Welkam onboard!


Sekalian yang sudi menjejak kaki ke sini dimaklumkan bahawa I telah mewujudkan blog baru ini menggantikan blog I yang lama yang berkaitan lautan sepi. Boring kan? Sekarang ini tak sepi lagi sebab I dah berada di daratan yang merrisss.... Owh indahnya!

Bagi yang tak penah melayari kehidupan di lautan sepi memang tak tau la camne perasaannya bila semua tu takkan berulang kembali.

Anyway.... welcome uols!

Nantikan post2 menarik I (menarik ke?) mengenai apa2 saja. No more story about lautan sepi OK!!! Nyah la engkau. Tak hingin ku kembali. Sesekali maybe ok!