Thursday, September 3, 2009

Back to Nature.... work!!!

3 hari lepas yakni bersamaan dengan 1st Sept 2009 (Selasa) aku memulakan tugasan baruku yang berpusat di KL. Impian aku nak keja di KL sebab dapat dekat dengan yang tersayang. Chewah.. tapi punya la aku kena bangun awal, seawal 6am dan bertolak dari rumah ke ofis 6:30am. Awal ke? Biasa.. biasa...
Macam biasa, first day keja sesi perkenalkan diri tapi sebelum itu harus aku dibawa ke working space ku yakni sebuah bilik bersaiz ntah.. aku tak tau. Yang penting takde blinder so takleh la aku nak curik2 tido kalau lepas lunch tu rasa lemau. Sekian terima kasih la kerana memberikan aku bilik yang sangat lutsinar. Lepas amik laptop, access card dan apa2 yang penting maka aku pun touring ketiga-tiga tingkat ofis. Shake hands with almost everyone walaupun sekarang ni aku masih lagi tak kenal dan tak ingat pun diorg tu. Biasa la tu.
Lepas tu kira2 lepas lunch aku pun ngular.. hahaa.. keji!! Giler apa... mana la aku berani nak mengular on first day. Berani mati sungguh kau ya si Fanta. Anyway, lepas lunch aku diberitahu mentor ku, sebelum tu biar aku terangkan sedikit environment sini. Mostly aku keja dengan orang2 berumur. Engineer2 lain ada la yang muda tapi sebab diorg bukan selevel dengan aku dan department lain maka diorg tak sudi nak kawan dengan aku. Huhuhu.. takpe2... aku lone ranger. So mentor ku ini yang aku boleh anggap macam bapa aku sebab dia memang ada gaya macam bapa aku, nama dia En. Zulmuthi, orang Ganu tapi tak penah nak cakap Melayu ngan aku, motif taknak aplikasikan konsep 1Malaysia? Dia ajak aku pegi client meeting kat Menara ExxonMobil melalui Traders hotel. Aku dalam masa yang sama mencari2 la CikPIKI and CikHAZA tapi diorg tu gigih keja so tak nampak la diorg berkeliaran mengular. Ye ke uols?
Balik meeting aku terus disuruh En. Zul ni buat quotation la.. pricing la.. bla bla bla la... "OK?! En. Zul I DONT HAVE ANY FUCKING IDEA WHAT ARE YOU TELLING ME TO DO!'' kataku dalam hati.
Merasa la aku balik pukul 8pm di hari pertama ku bekerja....
Semalam yakni hari kedua aku Back to Nature, seawal pukul 8:30am sampai pukul 11am meeting dengan client di KLCC. Pening la jugak aku naik turun beberapa kali lif di sana. Lif no. genap tukar ke lif no. ganjil laa.. then ke aras tkt lain la..
Lepas meeting dah lunch hour then dah agak2 petang tu aku pun pack barang and chow awal sebab En. Zul pun lesap dari ofis dia. Kekekeke....
Balik rumah main Black Jack sampai pukul 2am. Dan harini aku lemau!!!... Pasni ada meeting di Nikko Hotel. Anyone pulak keja kat sana aku leh carik?
Anyway... Selamat bekerja uols!

Tuesday, August 25, 2009

Online dari LCCT

Punya lah lemau aku nak bangun pagi tadi. Nasib baik aku beli tiket flight petang sikit so takde la aku terkocoh2 nak ke airport. Sempat la aku teman sang partner bersahur walaupun dengan mata separuh pejam dan dia pun hampir terlambat nak bersahur. Sempat la dia memanaskan baki makanan semalam. (Thanks to Microwave's technology)
Selepas menyediakan makanan buat Mocky ku sayang dan mengucapkan selamat tinggal dengan mencium hidung pink nya maka sang partner pun menghantar aku ke stesen KTM Serdang yang tak berapa nak jauh dari rumah dan on the way ke UPM.
Hampir sejam menunggu train KTM yang unreliable sambil mendengar satu couple indon ini bergaduh gara2 si gf nya disyaki mempunyai skandal lain. Nampak la si gf itu sedaya upaya meyakinkan si bf nya. Lepas keadaan kembali ok diorg pun berpelukan. Pada pandangan aku lah, maybe si gf itu tinggal serumah dengan housemate dia yang juga ada bf lain dan masa bf nya menelefon si gf, maka si bf housemate nya yang menjawab telefon. Itulah rumusan yang dapat aku buat daripada percakapan loghat Jawa mereka. Sibuk jugak aku nak dengar perbualan orang kan. Alahh.. bukan aku sorang yang dengar. I bet kebanyakkan yang disekitar pun turut sama membuat kesimpulan masing2.
Juga masa aku sedang duduk tunggu train, minah sebelah aku sedang berbual dengan kawannya mengenai kes ragut yang baru saja berlaku di stesen tersebut. Aku agak maybe baru aja berlaku dan mangsanya adalah perempuan mengandung. No wonder la aku melihat 2 buah kereta peronda polis sedang parking depan stesen tersebut masa aku masuk tadi. Phewww.... sungguh la kesian mangsa tersebut. Kalau aku la nampak kejadian tu, sure aku tolak peragut tu jatuh dalam kawasan railway tu. Biar mati digilis train. Aku berharap la tiada kejadian seperti itu berlaku di depan mata ku sebab aku ni boleh jer nak jadi hero kat situ and end up aku yang jadi mangsa... touch wood!
Sekarang ni aku berada di LCCT dan flight aku around 3:30pm nanti. So aku amik kesempatan online lah. Nampak la kebanyakkan tempat2 makan spt McD, MarryBrown, Restoren2 tak berapa nak sibuk dan penuh sebab inikan bulan Ramadhan. Haaa.. Haruslah semua umat Islam berpuasa. Aku tak amik pot la saper2 yang tak puasa tu nak makan ke merokok ke tapi sebagai rakyat yang bertimbangrasa, aku sedaya upaya tidak makan dan merokok depan umat2 yang berpuasa itu. Hormat la beb...
Anyway... perjalanan 1 jam 45min ke Kuching nanti aku rasa aku akan tido jer dalam flight. Sebab aku rasa lemau giler ni. Hahaha.... ok.. itu saja update aku yang sepi tapi excited nak balik Kuching hari ini. Sekian.

Monday, August 24, 2009

Balik kampung soon

Esok aku balik Kuching. Happynya... Last month pun balik gak. Tapi kali ni aku balik sebab aku nak uruskan pembayaran rumah aku melalui EPF. Kan senang camtu. Ada la budget extra aku untuk aku memikirkan camne nak jadi kaya. Hahaha.. macam la budget extra tu boleh buat aku kaya sangat. Well.. segala kemudahan yang disediakan harus digunakan secara maksima yang mungkin.
Maklum baru start keja banyak lagi benda nak diuruskan especially financial issues. Nak bayar balik hutang2 kredit kad sikit2, maybe nak beli keta ke di KL ni. Sebab kalau aku nak mengharap KTM untuk pegi kerja, memang hari2 la aku datang lambat ke ofis. So buat masa ni aku terpaksa sewa keta untuk sebulan dua sebelum aku ada payslip untuk beli keta baru. Payslip lama takleh pakai la dong.
Anyway, 1st Sep ni bermula lah kehidupan bekerja aku. Maka selamat tinggal lah cuti2 Malaysia ku unless hujung minggu ni. Aku harap la aku dapat cuti raya nanti sebab aku nak balik beraya rumah mentua. Hikss...
Sekarang pun dah masuk bulan Ramadhan. Selamat berpuasa kawan2 ku. Tak dapat la aku nak ajak lunch sama for the time being. Sure aku pun akan berpuasa jugak. First day puasa weekend tu aku join sekali. Seronok berbuka dengan kawan2. Second day and seterusnya aku tak dapat menahan diriku daripada membuat nescafe panas cecah roti. Tapi aku telah berjanji dengan diriku yang aku akan cuba berpuasa selama yang boleh (except bila aku di Kuching kelak la sebab mak aku mesti masak lunch best2.. hehehe). Balik jer aku ke KL nanti aku akan start keja and cuba berpuasa sebab aku nak merasai kenikmatan berbuka dengan sang partner dan kawan2...
Itu saja hapdet aku yang pemalas seperti Mocky ku ini. Sekian....

Wednesday, August 19, 2009

Everything falls into places

Asyik la aku ni kan.. ada internet pun malas nak update. Bukan malas apa.. aku ni masih la sibuk membuat aktiviti surirumah ku. Seperti mendodoi si Mocky Docky ku dan urusan dalam rumah yang lain. Alah.. tak payah la tanya macam la korang tak biasa buat keja2 rumah kan... kerja sekolah yang korang bawa balik rumah bukan keja rumah k!
Well aku sangat bersyukur selepas penantian 5 bulan (more to percutian sebenarnya) berakhir selepas aku mendapat tawaran kerja. Walaupun aku belum lagi tahu apakah deskripsi kerja aku ni sebenarnya tapi dalam offer letter sampai 2 muka surat, pengsan terus ai nyah!
Paling penting I dapat kerja yang I mahukan yakni tak payah ke lautan sepi lagi dan based in KL walaupun required me to travel inside and outside Malaysia tapi yang penting aku sentiasa berpijak dibumi yang nyata.
Skop kerja agak berbeza daripada kerja aku sebelum ini. More into managing and monitoring a few locations/bases in Malaysia as in Kemaman, Labuan and Miri. And soon once dah boleh standalone and can handle big jobs will expand to manage outside location as in S'pore, Thailand, China and others... pheww... I was expected to be able to handle big jobs in 3 months from now. Gila la weii... tapi ini adalah expectation for mid career personnel.
Paling aku rasa best gilerrr, I am the youngest manager so far. Yang aku tau rata2 around 40 and above. Banyak lagi aku kena belajar...
Ok itu saja post aku untuk kali ini. Lepas ni aku harap dapat la aku hapdet hari2 kalau ada citer menarik berlaku di sekitar aku.

Wednesday, August 12, 2009

2 minggu lebey ai tak hapdet

2 minggu lebey la camtu rasanya i tak hapdet blog. Padahal online memanjang. Tapi walaupun online I jarang depan laptop sebab i sedang membuat aktiviti tak berapa nak halal.. downloading in progress. Please dont stop me!!! Hahaha... ketagihan mendownload sampai penuh hardisk. Nasib ada 2 hardisk 350GB. Merasa tamak!
Anyway.. I dan sang partner juga housemate kita si Zura (bestfren my partner) dah selamat berpindah dari Damansara Perdana ke Sri Kembangan. Jauh la uols tapi nak buat camne la kan. Demi sang partner yang nak dekat dengan tempat keja dia. Penat giler at least a few days untuk pulihkan tenaga. Tongkat Ali satu... motif??
Si dia and Zura dah selamat report duty kat UPM last week. Selamat menjadi tenaga pengajar yang berwibawa.
I pulak semalam baru jer pegi medical check up for pre-employment. Syukur kepada Tuhan sebab akhirnya dapat lah kerja yang memenuhi kehendak i selama ini yakni no more lautan sepi and based in KL. Walaupun akan selalu travel tapi takde la selama sebelum ini.
Anyway... rumah baru weols dah ada Streamyx and Astro. Tu yang paling penting. Tapi tanpa Streamyx pun I dah leh online sebab I dah melanggan WiMax... zasss... king of download kaedahnya...
Ok lah.. nanti la I hapdet lagi kalau tangan ini rajin nak menaip. (ym rajin pulak kan?!)