Thursday, July 23, 2009

Tips kewangan


Walaupun aku ni bukan la jutawan mahupun bisnis-woman yg berjaya tapi aku suka la nak share2 apa2 jua tips aku dapat dari mana2 sumber dengan kawan2. Sharing is caring la kan.

Ok hari ni aku nak citer sikit pasal credit card. I bet ramai kawan2 yang pengguna credit card luar sana kan... and i bet tak semua boleh settle sejumlah amount yang digunakan itu dengan sepenuhnya dalam masa yang singkat. Majoriti bayar the minimum amount tak pun seberapa byk yang mampu dibayar.

Sebab aku ni bukan la akauntan mahupun pakar kewangan maka aku tak leh la nak explain dengan detail camne interest bercambah dengan gila babinya tanpa korang sedari walhal tiap2 bulan korang bayar. Mesti ramai yang tak sedar and yang tak sedar ini adalah bagi pengguna kad kredit yang seperti aku. Masa swipe memang la ringan tangan jer tapi bila tang nak bayar tu buat2 la lupa atau bayar amount yang minimum jer. Bagi kes aku yang tak bekerja lagi sekarang ni maka harus la aku minimize penggunaan kad kredit itu.

Maka sila lihat dengan teliti di bawah macam mana nak settle credit card dengan cara yang lebih cepat dan menguntungkan anda.


So, ktakan hutang c/credit RM5000, jadi kalau korang:

1. Bayar 5% of outstanding balance or RM50 whichever is higher:
*Total of months to settle outstanding amount = 69 months (atau 5 3/4 tahun!)
*Jumlah interest SAHAJA = RM1875.87

2. Pay fixed RM 250 sbulan:
*Total of months to settle outstanding amount = 24 months
*Jumlah interest SAHAJA = RM987.60

3. Apply personal loan (2 yrs / 6.8% per annum by Bank Islam), dan byr lump-sum c/credit:
*Total of months to settle personal loan = 24 months
*Jumlah interest SAHAJA = RM680

4. Balance Transfer with other bank (Fixed 24-Month Instalment Plan / 6.88% per annum by Alliance Bank)
*Total of months to settle Alliance’s credit card = 24 months
*Jumlah interest SAHAJA = RM688

5. EZ Payment 0%
Atau lbh dikenali ngan EPP (Ez Payment Plan). Setau aku, xde bank yg offer EPP, hanya merchandise je. Plan ni mmg bgus, tp aku dgr BNM (Bank Negara Malaysia) da banned EPP ni, sbb merchandise salahguna. BNM ni pun, klw bnda yg mnyusahkan dia mmg cpt dia banned. So, klw korang ada dpt offer utk EPP, baca dulu terma n syaratnye..lain kali aku citer psal EPP ni.

6. Bank OverDraft Service (OD)
Ni mmg pilihan terbaik. Tp masalahnye utk dptkan OD ni, korang kena ada simpanan ASB atleast RM11k atau properties yg dah habis bayar atau FD (Fix Deposit). Nilai OD akan diberi ikut clause bank.. Kalau tak silap aku, utk cagaran ASB, bank blh bg 95% dari nilai ASB. Property lak, 65%, ni kena cek.. korang blh byr c/credit RM5000 tu one shot, and interest rate dia dlm RM35 je kot sebulan. then nilai OD lak blh topup guna duit gaji..Interest OD hanya akan dicaj klw kite withdraw OD sahaja..No more interest after korang topup nilai OD..ni pun aku citer lain kali..

Note: Smua kire2 kat atas rough figure je, utk find out more, sila ke bank or tanya orang yg lebih arif..huhuu.. any idea, blh kongsi..


Hasil kongsian junior aku si Fairuz Rizan.

No comments:

Post a Comment