Korang penah tak satu hari tu korang rasa bagai nak pitam sebab ke sana ke mari tanpa henti. Even dah lunch time pun kalau boleh makan sambil berjalan. Pasti kepala rasa weng2... then rasa mcm nak pitam dan duduk amik nyawa.. mesti ada kan?
Yess... aku baru jer sebentar tadi amik nyawa terus aku set2 pose mengadah kat Starbucks KLCC. Kelass kan... tarik nafas 3 kali dan hembus bagai nak terkeluar paru2 gitu.
So duduk la sambil layan vanilla latte suam dalam tumbler kegemaran. Ehh.. perlu kah? Sambil2 tu cuci mata. Dengan kebolehan scanning 270 deg. (penggunaan deria melihat yang maksimum katakan) then terus pandangan stop kat satu meja. Ada dua orang mamat ni very handsome boy ok. Ntah apa2 diorg borak kan. Motif la kan aku nak join semeja walaupun nak sangat. Erkk.. mak stret ok. Lumrah manusia kan suka nak pandang yang comel2, cantik2 belaka. So apa lagi kira cuci mata la jugak kan takyah bayar pun. Sesekali mata ni scanning jugak tempat lain mana tau ada lagi da bomb. Anyway, about this 2 handsome boys/gentlemen. Perwatakan very the kemas, gaya bercakap sungguh sopan. Raut wajah very rapi, janggut manja gitu yang sorang lagi rambut cacak kemas.. Pakaian takyah cakap lah.. memang tip top.
Sekali na kan.. tak semua yang indah2 itu perfect. Lama2 ku pandang, ntah angin mana meniup... aku perasan gerakan tangan liuk lintuk, tutup mulut pun gaya manja. Gay boy weii... aku pun perasan diorg beberapa kali pandang2 aku. Mesti gaydar baek punya. Kalau tak kerana time office hour aku dah ngejoin dah diorg borak2... berani ke? Kekekeke....
Ok itu saja citer ku harini mengenai diriku yang membuat pernafasan dari mulut ke mulut sendiri. Sekian.
No comments:
Post a Comment