Nahhh.. kaw! Mana pigi sebulan lebey tarak update blog? Jawapannya, mak busy owkay! Busy apa? Tak tau... Takde citer la uols. Nanti i buat review pasal VARNISH 2.6cc (u know i know) tak pasal2 blog kena terjah ISA la.. KDN la.. PDRM la.. oppss.. yang penting I cuci baju guna serbuk pencuci Trojan. Berkuasa menanggalkan kotoran degil kari kepala ikan Uptown Damansara. Hoii.. bila nak lepak sana lagi?
Harini Khamis sungguh tak terasa. Kerana aku masuk keja semalam. Merasa 2 hari cuti takde la blues sangat. Saja2 cuti. Tak bley ka? Boss aku ok jer approved ko lak sibuk2 tanya pesal?? Sorry emo. Bukan nak period lah.. cuma STRESS dengan roadblock di sana sini ni sampai Ahad ni. Nak pakai baju kuning pun fikir 2-3 kali. Bawak post-it note pun teragak2. Tak pasal2.
By the way, sesiapa yang masih sudi membaca blog gua ini, kecil tapak tangan, pinggan Ikea i tadahkan. Thanks uols. Meatball Ikea dah kembali. Ada bran?
Sebelum tu.. i nak update di sini sekiranya ada yang tak masuk forum or tak mendapat invitation lagi.
Bowling for Fun (sambil2 beriadah) akan diadakan Sabtu ini 9th July. Ya betul kita berhimpun.. oppss.. berjumpa dan ber-bowling di e@curve Damansara pukul 3pm. Bayaran RM20 untuk 2 games. Nak lebih games kita diskas later ok. Uols belanja i. I like!!! Sayang uols. Jumpa di sana yer.

