Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

I'm back

Nahhh.. kaw! Mana pigi sebulan lebey tarak update blog? Jawapannya, mak busy owkay! Busy apa? Tak tau... Takde citer la uols. Nanti i buat review pasal VARNISH 2.6cc (u know i know) tak pasal2 blog kena terjah ISA la.. KDN la.. PDRM la.. oppss.. yang penting I cuci baju guna serbuk pencuci Trojan. Berkuasa menanggalkan kotoran degil kari kepala ikan Uptown Damansara. Hoii.. bila nak lepak sana lagi?


Harini Khamis sungguh tak terasa. Kerana aku masuk keja semalam. Merasa 2 hari cuti takde la blues sangat. Saja2 cuti. Tak bley ka? Boss aku ok jer approved ko lak sibuk2 tanya pesal?? Sorry emo. Bukan nak period lah.. cuma STRESS dengan roadblock di sana sini ni sampai Ahad ni. Nak pakai baju kuning pun fikir 2-3 kali. Bawak post-it note pun teragak2. Tak pasal2.


By the way, sesiapa yang masih sudi membaca blog gua ini, kecil tapak tangan, pinggan Ikea i tadahkan. Thanks uols. Meatball Ikea dah kembali. Ada bran?


Sebelum tu.. i nak update di sini sekiranya ada yang tak masuk forum or tak mendapat invitation lagi.


Bowling for Fun (sambil2 beriadah) akan diadakan Sabtu ini 9th July. Ya betul kita berhimpun.. oppss.. berjumpa dan ber-bowling di e@curve Damansara pukul 3pm. Bayaran RM20 untuk 2 games. Nak lebih games kita diskas later ok. Uols belanja i. I like!!! Sayang uols. Jumpa di sana yer.

Tuesday, July 20, 2010

Kekar ke?

Sejak akhir2 ni, walaupun selalu tido lambat sebab sampai rumah selalu dalam pukul 12 or 1 pagi. (Ntah apa yang aku buat.. tapi uols aku tak membazir masa begitu saja ya) then aku mandi2 sambil tunggu rambut kering (feeling2 rambut panjang ni) aku akan menonton CSI at least satu episod. Then baru lah aku beradu roughly pukul 2am mcm tu. Kalau ada yang sudi melayan sms dgn aku di malam hari aku lagi bertambah sudi sms diorg especially kalau gadis2 (pelik betul dgn diorg ni pun tido lambat jugak)
Pagi2 aku try bangun awal sebab nak pegi keja awal tapi asyik terbabas sebab sedap sangat tido especially sebab bilik aku facing bukit-hutan. Sejuk jer... tapi kegigihan dan semangat nak sampai ofis awal dari orang lain dan paling penting nak mengelak jam yang gampang di Jalan Duta itu maka aku gagah dan kekar kan jugak diri ini. Alih2 sampai ofis pukul 9am jugak. Kira awal lah tu. :P
Hurm.. nanti2 lah aku nak hapdet pasal gath dan aktiviti kekar ku. Till then, have an awesome day my friends.

Wednesday, June 30, 2010

Stress with NO reason?!

Motif aku rasa stress tanpa sebab? Nak kata keja in fact sekarang aku gi keja seawal 7am aku dah terpacak depan pintu masuk dan aku lah orang pertama yang membuka semua lampu di ofis. Kalau aku rajin lah. Mostly aku akan buka lampu dalam bilik aku jer. Check email and buat to-do-list of the day! Langsung tak membuatkan aku stress. Sebelum ni pukul 10am baru sampai ofis. So apa lagi?
Social life aku? Hurm... sedikit sebanyak menyumbang kot. Malas la pulak nak fikir.. Tak cukup bersosial lagi ni.
Financial? Tiada masalah, monthly commitment semua dah settle.
Mocky & Jake? (Penting diorg ni dalam hidup aku) Sejak Mocky balik daripada treatment minggu lepas si Jake merasa jengkel dengan kehadiran Mocky di rumah.. Ntah apa2 si Jake. Jeles kot sebab Mocky kena manja lebey.
Family? Owh ya.. dah almost a year aku tak balik kampung halaman. huhuhu... ni kot penyebab aku stress which aku dah salah tafsir stress dgn rindu... Huhuhuu.....
OK lah.. aku sebenarnya bukan stress tapi RINDU my family....

Thursday, June 10, 2010

Marvellous nya!

Hello uols.. i dah bangkit dari mimpi ngeri. Amboi.. ngeri jer aku dengar. Ye lah.. hari tu 'jatuh katil'.. kali ni dah pasang 'palang' kat tepi katil so takde la nak jatuh lagi dah. Sampai palang tu roboh baru lah kemungkinan besar aku akan jatuh lagi. So harap2 palang tu bertahan lama la kiranya.
Lama sungguh aku tak hapdet panjang2. Korang nak baca ke? Anyway, takde cerita yang menarik. Cuma di company aku ni ada beberapa manusia dah quitting... jangan tanya aku kenapa diorg quit. Kebanyakkan harus offer baik punya. So... sesaper yang sedang mencari keja tu, sila lah apply yer.
Weekend ni rasanya aku tak beraktiviti luar sebab aku dah beli stok DVD banyak.. muahahahaha... jadi aku nak movie-marathon sampai mata dan telinga aku berdarah dan punggung aku kebas!
Next week aku busy travelling. Kesian kesayangan aku sorang2... takpe.. dia tough girl. she can survive punya!
Yeyeyeyeye... esok World Cup!!! *tiberrr*

Tuesday, May 18, 2010

Wonderful

I feel much better today, in fact seperti dalam hati ada taman... hurm... I dont know why.. Tak kisah.. tapi kalau boleh aku nak perasaan seperti ini setiap masa. Semakin hari semakin sayang. Thanks for makes me feel wonderful everyday. I lap ya!

Tuesday, April 6, 2010

Demam la pulok

Dari semalam aku dah rasa badan sengal2 and tekak sakit2. Itu tandanya nak demam. So macam biasa langkah pencegahan aku akan telan panadol, tapi nampaknya sampai harini aku rasa makin teruk. Tapi aku tak pegi klinik lagi sebab? Ntah... aku tak suka pegi klinik. OK lah.. nanti aku pegi!!
Maybe sebab cuaca yang tak menentu. Panas sejuk dan panas. Dok dalam air-cond, kuar KL panas nak mampus, pegi Genting lagi.. oppss... mana tak demam. Owwwww... aku insan yang lemah anti-bodi.
Sebagai seorang yang prihatin dengan kesihatan masyarakat sekitar maka aku mengenakan face-mask. Terus orang menjadi takut nak berborak dengan aku. Pelik. Padahal masa H1N1 gelombang pertama menggegarkan Msia satu ketika dulu semua orang menggunakan face-mask. Kali ni diwar-warkan gelombang kedua tapi tiada yang peduli. Bila dah masuk news ada yang jadi mangsa baru nak sibuk2 serbu farmasi beli berkotak2 facemask, hand sanitizer la..
Anyway, tu jer aku nak hapdet. Aku demam!

Tuesday, January 5, 2010

Post julung tahun 2010

Tu dia... Fanta berjoli sakan sampai taknak posting apa2 dah dalam blog dia yang bersawang ni. Merasa kalian nak tau apa aktiviti si Fanta yang mengasyikkan itu. Asyik ke? Duduk rumah asyik ke? Issskkkk... harus la asyik kalau dengan Fasha S... oppsss.. (kalau ada yg google nama FS ni terus link ke blog aku.. camne??)
New year eve i malas nak citer ley? Nanti korang cakap aku berlagak pulak sebab i celebrate dengan FS. Nahh... tak tipu. Can someone verify that pls. Tengok gambar dalam facebook i sudeyhh... TingTong to da' max. Biasa Fanta.. bila dah tak terkawal mesti punya. Keta sampai langgar apa pun tak hengat. Tu la degil. Orang nak drive-kan taknak... thanks to you (saper2 lah yang drive-kan malam tu sebab i mmg tak ingat apa2 dah) sebab sudi hantarkan.
Anyway, aku tetap la nak citer gak kan. New Year eve disambut pertama kalinya dengan kawan2 di BBC. Sebelum ni dengan family sebab sekali dengan cuti Krismas di Kuching. Tapi kali ni sebab aku tak balik Krismas so sekaligus sambutan di KL saja. Mulanya weols tak plan pun nak celebrate di BBC sebab mmg plan nak pegi HRC. Tapi biasa la plan always changed last minute.
Sebab changed of plan last minute tu lah yang membahagiakan di mana bila acara kemuncak, sedar2 dah berada di tengah2 stage, sedar2 FS join weols... apa lagi. Syids my PIC terus keluarkan camera dia and snappy2 dgn FS. Sampai balik lah weols conquer stage tu. Saper2 yg minum orange juice pun tingtong sekali. Ley??
Anyway.. citer tak habis di situ. Isnin lepas I lepak dengan Rain and Ezs di KLCC lepas balik keja. Sejam dua lepak, weols pun nak chow lah sebab kalau ikutkan i kena ke Kemaman that night jugak tapi saper la yang berani nak drive sorang2 lalu highway sepi. Iskk...
I dgn Rain on the way ke toilet melintasi 2 orang aweks ni. Tapi macam biasa la aku hanya akan pandang yang pendek sikit and blonde, lagipun hot and dia pun pandang I, harus la layan sama2 kan. Tetiba, aku ditegur. "Hey.. u!.. hey.." Mendongak sikit aku pandang kawan awek blonde rupanya...... FS weiii... FS!!!... Dia 'HEY' kan aku weiii... terus aku stunned and panggil Rain yang jalan ke depan sikit. And si FS pun salam dgn weols and kenalkan kawan dia yg blonde tu sekali (nama dia Farah if im not mistaken). And she was telling her friends that she hang out with us at BBC that new year eve. OMG!!. Her statement, she hung out with us tu yang tak tahan... attention uols.. FS hang out ngan weols! And she said it was the best celebration ever. Then dia minta Biz Card weols. Lucky Rain kebetulan hanya ada satu jer card dia tinggal. FS mcm terkejut dgn nama I and tanya where i come from..(err.. pelik ke nama aku?) bla bla.. we were chitchatting for about 10mins camtu. Macam kawan lama tak jumpa siot. Then dia cakap anything dia akan text weols. (Tak berapa mengharap la kan sbb dia kan celebrity...) Then diorg berlalu sebab nak dinner. Weols stunned, weols jadi speechless. Why? The fact that FS masih ingat weols, FS tegur weols dulu. FS said she hang out with us, FS said in BBC with us was the best celebration ever, FS request our Biz Card, to be franked, im not her fan la sangat but f*cked it lah.. she is a hot babe!! Like Rain's quote; she will be the keys to all pretty, hot and sizzling babes out there. Kejiiii....
So demikian lah cerita non-fiksyen ku. Grrrr....

Monday, December 14, 2009

Provocation!

Provocation datang dari perkataan Provoke means to cause to act or behave in a certain manner; incite or stimulate. Ok ini bukan kelas English ya hadek2...
Kenapa provocation? Let me begin, ehh... takkan ending kan.
I seorang yang degil. Yes uols degil ok! Tapi degil bertempat la of coz. I akan buat sesuatu keja itu berdasarkan jumlah tenaga (kilojoule bukan watts), masa (meter/saat) dan kewangan yang mengizinkan. Sesuatu keja itu I akan utamakan berdasarkan turutan 4 perkara berikut. (chewah...)
  1. Urgent and Important
  2. Urgent but not important
  3. Important but not Urgent
  4. Not urgent and not important

Akan tetapi, bila di-PROVOKE oleh sesiapa yang memberi pengaruh besar dalam life I, maka i akan usahakan (1, 2 dan 3) serentak. All OUT!!!... As long as in the end keputusannya mencapai tahap yang memuaskan or at least di tahap selesa. Risiko tetap ada tapi sebagai seorang yang berpandangan jauh dalam usaha mencapai tahap "Better Standard of Living"... i'll prove that my way and strategies are effective.

Macam mana? Ada berani Fanta? Its a challenge from her and i'll prove her wrong juga untuk masa depan I. Wait and see.... Thanks sayang... I LOVE YOU mucho2 grande!!.. :P Sayang sangatlah kat awak. Sekarang saya sudah ada azam baru!

See me on TOP... your top ke.. oppss... lalalallalaa....

Footnote: Fanta sangat ghairah dan riang bila di-provoke!

Monday, November 23, 2009

Plan untuk rehatkan Minda minggu ini

I used to be a VERY organised person. Ye ke? Sila tanya sesaper yg kenal... ehh ada ke yang kenal aku luar dan dalam? Mak aku pun tak tau aku senget. :P
Sekarang aku rasa sangat penat. Penat sebab apa? Aku pun tak tau. Pantang ada peluang nak buat sesuatu aktiviti aku akan ngejoin. So berkejar2 la aku ke sana ke mari walaupun aku selalu take my own sweet time. Pastu lambat sampai alasan baik punya. Tapi mind you all, i jarang begitu ya.
I guessed sejak aku keja full time di darat ni yang membuatkan aku pantang ada aktiviti menarik, aku akan ngejoin sebab aku rasa tempoh 5 tahun aku di lautan sepi aku tak penah ada peluang nak buat benda ni semua dan tempoh 5 tahun itu adalah tempoh rumaja yang tenaga aku sangat la berapi2. Tapi sekarang dah kurang berapi. Kena kipas sikit baru bara tu nampak merah. Kepada kawan2 yang tak penah menghabiskan masa yang agak lama (i assumed 5 tahun tu lama k) bekerja di lautan sepi dengan back to back tu mesti tak tau betapa ruginya kehidupan sosial disia2kan.
Sekarang ni di darat, segala peluang aku rebut. Nak buat ini aku pun nak jugak buat. Nak lepak sini sana, aku nak jugak pegi, kawan2 ajak buat aktiviti itu ini aku taknak lepaskan. Tapi aku tak menyesal malah aku seronok. Aku tak merungut tapi aku rasa macam satu kejutan jiwa.
Aku harap by the time aku reach 35 tahun (tua sangat ke aku sekarang) aku dapat satu kepuasan dalam kehidupan sosial yang aku tak penah kecapi masa aku masih muda. Damn.. am I sounds that old? At the same time aku akan all-out untuk mencapai kejayaan dalam usaha merealisasikan impian aku. My priority in life is A BETTER STANDARD OF LIVING.
So minggu ini aku nak rehatkan minda dengan berfikir and re-organise 'planner' kehidupan. Lepas ni ada satu lagi tambahan dalam 'planner' aku yakni kelas2 yang akan aku attend. Yess.. Ai dapat sambung study secara jarak jauh. Happy nya dapat tengok balik formula2 dan rumus2. (Masa study dulu aku suka manipulasi formula untuk dapatkan jawapan dengan cara lain, feeling2 Einstein konon). Dan aku tau masa aku akan terhad kelak but no matter what, i want to give a try. The best of Fanta-G.
Soalan trivia : Fanta takutkan apa?

Wednesday, November 18, 2009

Body-aching all over

Penangan paintball masih lagi terasa. Badan masih sakit2 lagi. Nak gerak pun payah. (sebenarnya dah lama tak bersenam ni... nak kata pemalas, fanta ni sangat rajin orangnya) Merasa aku cuti konon2 MC semalam sebab aku rasa cam malas dan tak larat nak bangun. Otot paha macam nak tercabut jer. Tapi bila dah tengah hari lepas kemas2 umah sikit (feeling2 surirumah.. asyik la) badan pun macam dah ok and rasa cam nak pegi ofis. Tapi sebab dah call boss and cakap nak MC so buat apa nak merajinkan diri ke ofis kan? Muahahaha.... Tapi aku tak pegi klinik pun amik MC sebab aku malas. Ley? Malah ke Tesco beli sedikit barang. Dasar Fanta..
Anyway, harini mood malas nak pegi keja. Tapi tak boleh la camtu kan. Kena gigih. Dan sebab aku ini sangat bertanggungjawab orangnya so aku pun pegi jugak la keja dengan hati yang riang (pura2). Sampai ofis pukul 9am. Mana semua orang? Ada la 2 3 ekor budak2 internship. Ke diorg isytihar cuti semalam? Hurm.. sampai la ni pun aku tak nampak orang lagi dalam ofis ni. Tapi aku tanya la si amoi comey bernama Shannen itu (dia stret tegar so dilarang mengusha karang dia taknak bagi aku barangan company free), Amoi cakap semua orang mengular. Dasat2.. Tiap kali aku masuk ofis Amoi ni mesti aku akan dapat goodies. Harini aku dapat baju company set2 kain jersey dan set bola golf. Saja buat koleksi sbb aku kan 'caddy'. Hehehe...
Petang ni nak buat apa ek? Balik awal and mandi swim pool. Dah masuk 3 minggu duduk rumah baru tapi belum penah lagi jejak badan dalam swim pool dia yang best itu. Harini mesti ai merealisasikan impian itu.
Kejaaaa woiii... hurm... sigup dulu jom..
p/s: hey you lovestone, yes you! Jom mandi sekali.. :P

Monday, October 19, 2009

Hidup kembali ceria

Wahh.. semakin ceria ke? Harus beb.. Hidup mesti diteruskan. Begitulah setiap pagi bila bangun tido nak pegi keja aku akan ulang ayat ini disambung dengan ayat, aku mesti jadi kaya. Muahahah...
Mari sini aku nak citer perkara menarik yang berlaku pada diriku last weekend. Kalau ada yang sudi nak tau la kan. Hero-ku Payid sila baca yer..
Bermula Jumaat petang, lepas berjumpa dengan 'potential client' aku pun set a date untuk jumpa dengan blind date aku aka 'potential partner'. But not too soon la aku nak mengakhiri zaman single. Aku nak enjoy dulu being single ni. Di sini aku hanya namakan dia cik L sahaja. Punya lah nervous aku. Harus la babe!!! Macam mana aku boleh contact dia ni. Actually aku ada kawan senget yang prihatin dan mengoffer aku untuk berkenalan dengan cik L ini. Katanya sure ini taste aku. Wah.. tau2 jer taste aku kan. Maka aku sebagai seorang yang gentle-andro pun memulakan ayat yang baik punya untuk berkenalan. Lepas half an hour takde reply so i assumed dia malas la nak layan. Bila aku dah kembali khusyuk dengan keja masuk la sms. Wahh.. riangnya bila si dia cakap ayat introduction aku sangat menarik. Flattered sekejap sebab aku sekali karang jer. Takde la macam tulis then padam then tulis lagi. I am being myself OK. <--- angkat bakul sendiri. Sapa nk tolong angkat? So lepas berbalas sms aku pun set la kalau dia sudi nak have a cup of whatever drink. Dia pun setuju. Memandangkan ofis dia dekat Jalan Sultan Ismail (lokasi rahsia) so aku berjalan kaki la berjumpa si dia ini. Sebelum sampai aku call kawan2 aku ni bertanya sedikit sebanyak pasal dia ni, status, rupa, gaya dan general thing la. Bila dah jumpa, dia ni sangat la best diajak berbual. Sangat senang dan selesa melompat dari satu topik ke satu topik. Tak penah paused kecuali masa nak light roks. Ye lah.. lawyer katakan.. oppss.. Lariikk... (dari saper tak tau?) So lepas blind date yang berjaya itu then blah dengan hati yang berbunga2 (aku la tu kan) Malamnya lepak dengan kawan2 ku yang berwawasan di area Ampang shj. Tengah malamnya lepak dengan big dude ku si Black dan around pukul 3am aku hantar Yan balik rumah kat area Ampang jugak. Plan nya aku nak tido rumah dia jer sebab malas nak balik. Tup2 ada sms masuk lagi. Dari cik L. Dia baru bangun tido sebab tertido semasa buat assignment nya. Aku dengan gentle-andro sekali lagi mengoffer apa2 yang aku boleh buat. Si dia ajak kalau aku dapat teman dia early breakfast. Gigih ni dari Ampang ke Jalan Klang Lama. Mcm tau2 jer jalan kan. Ikut signboard kan ada. Dating la weols dalam keta sambil sesi luahan masalah dengan ex masing2. Dia pun break dgn ex dia lebih kurang dengan aku punya tempoh. Pukul 7am aku pun balik rumah. Tido dengan hati riang ni. Sabtu - 4pm baru aku bangun. Aku pun try call cik L mana la tau dia nak pegi dinner dengan aku ke. Tapi si dia ni tido lagi. So aku pun kemas2 rumah and berjumpa dengan rakan kongsi niaga ku cik K. (Anda tau anda siapa yer) Perjumpaan tidak rasmi yang sekejap di Jusco Equine itu sangat la bermanfaat dan bersemangat aku dibuatnya untuk lebih gigih lagi menyiapkan dan mengumpul data dan apa2 yang patut juga berkaitan mengenai bisnes The Planet aku ni. Thanks cik K sebab memberikan banyak sumber inspirasi. Kita mesti gigih!!!... Lepas meeting dengan cik K aku sepatutnya berjumpa dengan si B mengenai bisnes lain pulak. Wahh.. aku jadi sangat berwawasan di kala ini. On the way ke Sunway, si B ni pulak ada hal lain so kensel la dan kebetulan kawan2 senget (bukan forumer) mengajak aku lepak di Borneo Rainforest. Memandangkan area Sunway jugak maka aku pegi lah berhibur. Aku text cik L kalau dia nak ngejoin. Tapi takde reply. Hurm... Lepas sejam di sana aku nampak kelibat sorg awek ni yang mcm cik L. Punya lah aku angau sampai semua awek aku pandang macam cik L. Bahaya ni cik Fanta G. (Gedik sungguh) So aku pun tanya la kawanku. And diorg senyum2 jer. Rupanya memang cik L pun. Diorg ni keji ok. Cik L sebenarnya tau aku akan datang just dia nak suprisekan aku katanya. Hurm.. motif??? Lepak dengan riang sebab ada orang yang kita suka sampai satu masa tetiba suasana jadi sepi. Music off sebab technical problem. Belum climax lagi dah off. Damn betul la. Tak sempat aku nak berdansa dengan cik Lia. Tapi yang penting climax jugak sbb dapat la kiss kat pipi 2 kali dari si dia. Indahnya dunia. Dia yang nak ok.. I tak minta! Tapi I menerima dengan hati berbunga rafflesia. Well.. begitulah weekend ku. Ahad seperti biasa aku bangun lambat.

Tuesday, October 6, 2009

Melalui hari2 mendatang dengan tabah

Seminggu sudah berlalu hidupku sebagai seorang nomad. Bermalam di sana sini dan sesiapa yang sudi nak pinjamkan couch nya buat alas tido ku. Aku tak kisah pun kalau takde couch asalkan ada lantai yang selesa untuk aku tido. So far a few yang mengofferkan rumah mereka tapi atas sebab kesenangan aku nak pegi keja, maka aku stay di rumah Black jer. Aku sangat berterima kasih sebab kawan2 sudi membantu di saat kesusahan.
Si dia a few times jugak pelawa aku balik rumah and tido di rumah. Sekali dua jer lah aku balik rumah sebab aku kehabisan stok pakaian untuk keja dan aku terpaksa balik. Berat hatiku dan betapa janggalnya bila melihat si dia on the phone dengan 'orang itu' dan non-stop texting seperti kami mula2 bercinta dulu. Haduiii...
Tetapi sekarang aku macam dah takde perasaan sangat melihat si dia begitu mungkin sebab aku dah terima kenyataan bahawa life must go on.
Tetapi sejak semalam si dia asyik call aku bertanya khabar and menceritakan pasal dirinya yang selalu berasa gundah gulana. Aku faham sebab bila dia berbuat keji begini dengan aku (aku tak tau apa lagi kekejian yang dia dah buat) aku tak dapat nak salahkan dia apa2, tetapi dia merasakan kawan2 dia dah mula memandang serong dan bercakap2 di belakang.
This is the point yang aku rasa nak bagi jer kat dia tapi aku tetap nak remain silent sampai dia sedar sendiri. Point nya, dia asyik nak fikir apa orang cakap. At the very first place aku merasakan instinct aku betul sebab apa yang orang cakap dia decided to kononnya nak jadi straight and mencuba menerima lelaki dalam dirinya eventhough still feels the awkwardness there. Hurm... siapa lah aku nak cakap lebih2 kan. Semua terpulang kepada dirinya sendiri. Apa yang aku boleh nasihatkan, ikut jer kata hati tapi jangan sampai membinasakan diri. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berjatuhan..
Setelah membaca blog noks Dian Wal Qatariah yang penuh dengan info2 yang sangat berharga dan berkeyakinan juga membarakan sanubari ini, sedikit sebanyak aku masih lagi menaruh harapan yang tak berapa nak tinggi untuk kembali bersama si dia. Point2 beliau jelas bahawa aku masih lagi ada harapan. Tapi aku taknak la mengharap sangat, risau aku akan terluka lagi teruk dan tak sembuh2. Parah tu beb!
Whatever it is... aku nak enjoy life aku dengan membuat segala aktiviti yang aku ter-miss selama ini. Furthermore, hari ini aku akan mendapat keta ku. Terus esok aku gigih membeli GPS senang sikit aku nak ke sana ke mari. Haa?? Akakendu? Boley jer...