Friday, April 16, 2010

Pencuri masa = Pencuri Hidup

Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah- hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat! (merasa nak menyalahkan PMS kan kalau pompuan tu tak pun apa2 saja alasan yang boleh jer dimunasabahkan)
Sebab utama penangguhan kerja:
  • Terlalu banyak alasan
  • Tidak serius dalam mengambil keputusan
  • Tiada deadline dalam matlamat

Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda serius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut?

Jawapannya:
Hentikan memberi alasan (Orang lain buat sesuatu untuk mencapai matlamat, uols buat lah banyak2 alasan)
Mula serius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serius dalam hidup, peluang depan mata terpulang kepada uols nak amik risiko ke nak tengok hasil dari orang lain sampai satu ketika anda menyesal sebab tak buat keputusan yang betul awal2 or lambat bertindak... rasain!)
Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda, uols kan semua pakai blackberry.. opss..handphone, alarm tau pakai tak?)

Nah uols.... ni sedikit cedokan dari kata2 motivasi orang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment