Agak tidak terlambat untuk wish my Muslim's friends Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Raya kan sebulan. Ada jemputan rumah terbuka tu jangan dilupa Fanta yer. Hehe..
Anyway, pasti ramai yang bercuti panjang menyambut perayaan tetapi tidak bagi Fanta sebab dia beraya di lautan sepi. Dan ramai tertanya adakah si Fanta kembali bekerja di lautan sepi lagi padahal sebelum ni memang dah taknak pegi. Jawapannya, sesekali pegi and kalau pegi pun tak lama so tidak menjadi masalah.
Last week pegi dan balik keja sangat heaven sebab trafik sangat lancar. Minggu ni semua orang dah kembali menjalankan tugas. Jelas ramai yang lemau masuk ofis. Itulah penangan cuti lama. Thats one of the reason aku takleh cuti lama sebab nanti aku tak tau nak buat apa di rumah or kalau balik Kuching pun 4 hari sudah memadai. Kalau family aku berasal dari semenanjung Malaysia pasti every weekend aku akan drive balik provided dekat la. Kalau nun jauh di utara or selatan maka once a month dah kira bertuah. Ni di Kuhcing nun maka supposed to be twice a year tapi last year sekali setahun dan tahun ni bulan July lepas.
Dah lama rasanya aku tak plan for vacation. Bulan Oct ni cousin ajak pegi Langkawi dan sebab aku tak penah lagi ke Langkawi maka aku terus membeli tiket on the spot. Kalau ditakdirkan aku kena outstation tarikh tersebut maka burn lagi sekali vacation aku. What to do la kan...
Anyway, itu saja update time lunch aku. Dah aku dah ada lunch mates kembali. Bulan lepas semua berpuasa dan aku sekali berpuasa sesekali jikalau tiada lunch mate.
Kenyang.. mata ngantok.. tapi kena buat keja dan aku nak balik awal (padahal sampai ofis pukul 10am) harini sebab aku nak layan PS dgn game2 yang banyak aku beli. Ley?
No comments:
Post a Comment