Sabtu semalam aku dan kawan2 meng-gila (aku jer kot yang gila2) di Jalan P.Ramlee. Bukan di atas jalan ya. Konon nak tengok para bikers menunjuk2 aksi masing2 dan paling best cuci mata tengok bike ler. I love superbike. Sayangnya kaki tak sampai. Mungkin mini bike jer sesuai untuk aku. Damn it....!
Anyway, sebab ramai sangat umat especially kat satu bahagian tu tetiba menyakitkan mata tengok mat2 rempit sibuk jugak nak wheelie. Sedar sikit ko punya kapcai nak compare dgn Ducati.. balik kampung jer lah mat! Terus kaki aku ringan jer masuk layan live band. Layan punya layan... aku dicabar oleh kawan2 menari dgn sorg nyah ni yang keseorangan. Kesian dia sorang2 nyah.. terus aku jadi penghibur dia. Kalau dia 'hot' harus aku layan tapi.. u know i know lah ya. Nah berlalu lah sabtu aku.
Owh petang tersebut aku melayan open house, kesemuanya 3 buah rumah.. yang dekat2 sahaja. Maaf lah pada rumah yang agak jauh dan ada potensi untuk sesat itu I tak pegi. Thanks for the invitation ya. Sorry again.
Ahad semalam pegi Curve dengan tujuan nak carik sport's attire. Aku geram betul dengan Nike ni.. seluar sukan yang aku rasa boleh dapat ciplak kat luar pun dalam RM20-30 aku leh dapat. Nike jual RM129. Tapi tu lah dia.. nak carik ciplak kat luar tu nak redah Sg. Wang/BB memang tak la di hari minggu unless aku guna LRT.
Bosan punya pasal lepas tu dah tak tau nak watpe. Apa lagi layan movie ler. Citer apa yang HOT di cinema skrg? Tapi yang HOT tu lah susah nak dapat seat last minute. Last2 aku layan Tiran: Mati di Ranjang. First time OK! Layan citer indon di cinema. First time layan citer hantu. First time banyak benda. Yang bestnya... si dia yang penakut join aku sekali. Dah tau takut confident setuju nak tengok. Starting jer dah nyesal camne? Anyway, aku tak rasa ngeri pun. Sorry yer.. takat ni takde lagi citer hantu yang berjaya mengerikan aku. Aku akui aku penakut sikit2 tapi ntah... citer hantu langsung tak menakutkan aku.
Anyway, there goes my weekend.
No comments:
Post a Comment