Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Friday, July 8, 2011

It's Friday and I'm wearing grey

Aha.. Harini dah start roadblock di mana2. Esok sudah pasti lagi meriah sana sini. Semalam ada mat salleh dalam ofis ni dengan confident nya suruh weols pakai baju kuning. Motif nak carik bala? Aku tau dia gurau aja tapi sekali dia and sorg engineer betul2 pakai kuning. OK aku malas nak masuk campur.


This weekend iaitu Sabtu patutnya berlangsung bowling di e@curve seperti yang aku iklankan di post sebelum tetapi nampaknya terpaksa ditunda kerana pihak pin junction baru call aku cakap ada major corporate event and semua 60 lanes diorg dah bayar habis for evening usage. Sedey ok! I dah booked awal2. Then apa lah gunanya konsep booking walaupun dah letak duit?? Ini tidak adil sama sekali!! So kalian... Bowling akan ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kemudian. Sejuta maaf di atas masalah teknikal di atas.


OK lah update sampai sini sebab nak lari ke KLCC pegi cuci mata dulu. Yuk!


Q: If you are investing in property, which state will be your choice?

Tuesday, November 23, 2010

Prawning

Last weekend aku gi mancing udang... best giler. And disebabkan beginner's luck la kata orang makanya berhasil la jugak penangkapan aku. Walaupun kalau dengan RM50 untuk 4 jam tu aku boleh beli berkilo2 udang di Tesco tapi experience itu tak sama. Pengalaman menarik udang sampai terhempas ke dinding tu yang paling best.
Well.. not bad la udang2 di sana. Very good looking, gentlemen and social skills up to date. Giler!! Perlu ke nak describe udang begitu? Aku nak cakap udang2 kat sana besar2 la jugak. Tetapi kawan ku gitau ada satu tempat di shah alam untuk mancing udang galah (yang ada sepit biru panjang tu) RM10 sejam dan udang2 paling kecik pun 200gram sekor. Amikkk!!!.. Terus aku sexcited!!!...
Sebut pasal udang aku tak sempat lagi nak fikir masak apa udang2 tersebut. Was thinking of udang grilled atas pan tambah butter and garlic.. perghhhh!!!.... feeling2 BBQ dalam rumah la aku malam ni... slluurrrrppppp.....

Monday, November 15, 2010

Rabu cuti yey!

Hari ni isnin tapi excited sebab Rabu cuti. Bukan cuti yang aku excite tapi sebab Hari Raya Haji aku pun sekali nak menumpang beraya bersama si dia. Membeli barang dapur dan memasak dan apa yang patut dan hari tersebut plan nya ke rumah makcik dia. Yeahuuu.. aku dijemput! Baju kurung pinjam (sebab stok baju kurung ku di Kuching dan Labuan masih ada lagi)

Anyway, kepada yang datang bowling Sabtu lepas, uols memang marvellous. Walaupun ada yang tak sempat nak daftar main sebab tak confirmkan dan aku pun dah booked 2 lane sahaja dengan 14 orang peserta kesemuanya. Yang menahan hati nak baling pin tu diharap bersabar kerana weols akan anjurkan lagi mini-bowling masa akan datang dan make sure confirm siap2 at least sehari sebelum. Okayy... yang penting jugak, makan sebelum main so takde lah nak salahkan perut kosong la, takde tenaga la thats why tak dapat nak strike. Nak salahkan bola tu sbb lubangnya pecah diterima lagi.. Chucky ko salahkan kasut yer sebab kasut ko lain kaler kan dpd yang lain... nah.. itu aku takleh nak komen yer... :P

Aktiviti seterusnya aku organize is................. White Water Rafting!!! (with Waterfall Abseiling package)... On 27th Nov ni aku dengan budak ofis (3 org) dah setuju untuk ekspedisi Sungai Kampar, Perak. Woohooo... I am expecting Stage 4 at least. Musim hujan jer dapat!

No worry kekawan sengetian, i akan cuba anjurkan lagi kelak k. Dan sesiapa yang berminat boleh hubungi i di sini atau facebook supaya aku boleh buat booking untuk tarikh2 yang sesuai. Aku rasa awal tahun depan mungkin sesuai memandangkan air sungai still mengganas lagi tu.
Sungai Kampar, Perak tidak la seganas yang disangka. Bagiku seperti mendayung sambil beriadah. Kalau musim panas kederasan airnya dalam stage 2-3 sahaja. Kiranya seperti sungai biasa lah.
Capsize adalah masa yang aku tunggu2 kalau Water Rafting. Syok weiii...

Double decker hanya ada di Sungai Padas, Sabah dan musim biasa (bukan hujan) air boleh mencecah stage 3-4 dan kalau musim hujan stage 5 ok!
Attention: The only Stage 6-7 in the world is Grand Canyon. Berani kaw?!
I loike!! I loike!!

Monday, November 8, 2010

Long weekend yang separa produktif

Masih tak lambat kan aku nak wish Happy Deepavali. Perayaan sebulan jugak ke?
Akak, nak duit raya ley?

Anyway, tengah malam tersebut ramai yang tak dapat tido karena bunyian mercun bagai nak rak sempena sambutan Pesta Cahaya ini. Nasib la area rumah kitorang sepi je.


Aku mengambil kesempatan di hari cuti umum begini dengan memanjakan diri membuat facial treatment bukan sebab aku nak manjakan diri sangat tetapi aku rasa muka aku ni dah penuh dengan kepala hitam... erkk.. black head? Dah sekian lama muka ku tak disental. Patut lah make up tak masuk. :P

Dari 3pm sampai 3am sabtu menghabiskan masa dengan 2 orang kawan rapat masa study dulu. Dari sekolah menengah sampai masuk kolej then keja kilang sama2. Then yang sorang tu sama keja dengan aku di Labuan dan sorang lagi di Sabah... then dalam pertemuan hari tersebut kitorang pegi karok sampai nak terkeluar anak tekak nyanyi lagu2 kegemaran weols masa study dulu. Dulu kitorang feeling2 Spice Girls...

Sabtu hari paling best, hari mengemas rumah dan memasak sedunia dan menu weols adalah laksa sarawak. Yummy... Nak lagi! Nak lagi! Lepas tu seperti biasa movie marathon sampai lebam.

Owh... sedapnya..
Ahad... bangun lambat dan movie marathon lagi.

Produktif tak? OK la kan.....

Friday, October 15, 2010

Friday?

Hari ini Jumaat kan kawan2. Pasti ramai yang senyum riang.. Aku hari2 lain pun riang jugak. Pasti ramai yang sudah merangka aktiviti hujung minggu mereka. Masih ada open house lagi ke? Hehe...

Weekend aku tak tau nak buat apa. Ley? Selalunya aku akan buat aktiviti tak dirancang. Seperti bangun tido perut lapar dan buat maggi. Nahh.. kan tak dirancang itu. Aku tak fikir pun akan buat maggi sebelum itu. Ok Fine!!

Weekend ni aku rasa aku patut bawa Lucas pegi spa lah... kesian dia. Dah lama tak mandi. Dah lah last week makhluk jahanam manakah yang scratched body belah driver sampai kalau nak nak fix tu kena re-paint. Pastu ntah si bongok mana kah yang melanggar bumper depan. Nampak sangat time parking. Rumah weols kena double park (konsep lepas handbrake-gear normal) untung la kalau balik awal ada visitor space. Sebab weols punya parking nun jauh di bawah di blok lain pulak tu. Kalau meriah takpe. Ni gelap dan pasir/tanah separah buku lali. Itu parking ke??? Owh... my story is about Lucas bukan rumah weols ya.

Anyway... aku taknak plan apa2 aktiviti minggu ini. I just want to go with the flow.

Selamat berhari minggu kekawan!

Monday, October 11, 2010

Weekend semalam

Sabtu semalam aku dan kawan2 meng-gila (aku jer kot yang gila2) di Jalan P.Ramlee. Bukan di atas jalan ya. Konon nak tengok para bikers menunjuk2 aksi masing2 dan paling best cuci mata tengok bike ler. I love superbike. Sayangnya kaki tak sampai. Mungkin mini bike jer sesuai untuk aku. Damn it....!
Anyway, sebab ramai sangat umat especially kat satu bahagian tu tetiba menyakitkan mata tengok mat2 rempit sibuk jugak nak wheelie. Sedar sikit ko punya kapcai nak compare dgn Ducati.. balik kampung jer lah mat! Terus kaki aku ringan jer masuk layan live band. Layan punya layan... aku dicabar oleh kawan2 menari dgn sorg nyah ni yang keseorangan. Kesian dia sorang2 nyah.. terus aku jadi penghibur dia. Kalau dia 'hot' harus aku layan tapi.. u know i know lah ya. Nah berlalu lah sabtu aku.
Owh petang tersebut aku melayan open house, kesemuanya 3 buah rumah.. yang dekat2 sahaja. Maaf lah pada rumah yang agak jauh dan ada potensi untuk sesat itu I tak pegi. Thanks for the invitation ya. Sorry again.
Ahad semalam pegi Curve dengan tujuan nak carik sport's attire. Aku geram betul dengan Nike ni.. seluar sukan yang aku rasa boleh dapat ciplak kat luar pun dalam RM20-30 aku leh dapat. Nike jual RM129. Tapi tu lah dia.. nak carik ciplak kat luar tu nak redah Sg. Wang/BB memang tak la di hari minggu unless aku guna LRT.
Bosan punya pasal lepas tu dah tak tau nak watpe. Apa lagi layan movie ler. Citer apa yang HOT di cinema skrg? Tapi yang HOT tu lah susah nak dapat seat last minute. Last2 aku layan Tiran: Mati di Ranjang. First time OK! Layan citer indon di cinema. First time layan citer hantu. First time banyak benda. Yang bestnya... si dia yang penakut join aku sekali. Dah tau takut confident setuju nak tengok. Starting jer dah nyesal camne? Anyway, aku tak rasa ngeri pun. Sorry yer.. takat ni takde lagi citer hantu yang berjaya mengerikan aku. Aku akui aku penakut sikit2 tapi ntah... citer hantu langsung tak menakutkan aku.
Anyway, there goes my weekend.

Monday, April 26, 2010

Weekend addiction!

Yeszaaa uols.. gaji dah masuk kan. Harus uols pegi bershopping bagai tapi tidak bagi aku (sebab aku tak tau bila gaji masuk sebenarnya). That Friday petang jer sambar House Season 6 (Vol. 1 & 2) dan beberapa DVD lain terus aku jadikan sabtu dan ahad sebagai movie time. Indahnya weekend tanpa perlu risau nak planning activity riadah.
Sebab I jenis tak suka tengok season movies ni back to back semua DVD maka akan diselang selikan dengan DVD movie biasa dan main game dari laptop or PSP (baca: sambung ke TV). Seperti biasa aku akan stock up koleksi DVD dengan membeli citer baru dan lama... (mateiii la... pirate semua) ampun!!... nak download WiMax macam keji di kawasan aku tu mentang2 aku dok tingkat 23. Haram-J!!
Sepatutnya last weekend aku nak ke Port Dickson tapi macam tak mendapat sambutan kawan2 jer. Nak pegi sorang aku tak berani pulak sebab aku tak familiar. How about next weekend? Saper nak join aku?
Sabtu malam ahad selalu nya aku akan terkinja2 di luar (single ladies harus lah kuar cuci mata kan.. Note: Ladies ok!) tapi aku sangat terkejut dengan diriku minggu lepas sebab aku di rumah!! PERHATIAN Uolsss.... Fanta berada di rumah ya weekend lepas!!! Gadis Bidayuh yang tak berapa nak terakhir katakan...
~off~

Tuesday, February 23, 2010

Tajuk bosan: BUSY!

Halamakkkatak. Fuhhh.. fuhh.. penat membersihkan blog bersawang ini. Punya lah lama daku tak hapdet rupanya. Busy dengan kerjaya, biz dan cinta. Opps.. Cinta in general ya. Fanta masey single lagi. Borang masih ada. Sapa2 berminat tu sila la jemput isi and submit ke email beliau ya.
Bermula dari cuti CNY + Val Day i meronggeng ke Melaka and then ke JB dengan geng senget I si N. Perjalanan tidak membosankan sebab tak bosan la.. apa lagi aku nak explain. Actually a day before tu I berada di Kemaman then sebab taknak jadi manusia tunggul jer so pukul 8pm i terus drive balik KL. Singgah sebentar mengisi perut di R&R Genting Sempah and I terpandang satu couple senget ni. Diorang pun usha2 I jugak tapi sebab perut lapar i just berlalu dan makan dengan rakusnya. Opps... Rupanya diorg tu dak forum. Sebab tak penah jumpa so mesti la si Fanta tak kenal. Sorry uols next time jerit jer nama iols okayy...
Di Melaka, aktiviti sangat best. Walaupun penat tetapi digagahi jua dengan melepek dengan kawan si N ini. Nasib cun and comey ley cuci mata sekali. (Pantang sungguh si Fanta ini) Malam Valentine weols duduk kat kopitiam celebrate dengan chuppa chup dan mee kari. Weols masing2 single so perlu ke sambutan???
The next day bertolak ke JB agak lewat. JB rawwkkk!!! Aweks pun hawwwtt!!! Tu jer.. malas nak komen lebey2.
Kembali ke alam keja. Biasa busy dengan keja I malas nak sexplain. Tapi at the same time i wat small biz nak wat modal and experience buka The Planet idaman. Uols jangan berputus asa ya. Weols akan laksana jua impian ini walaupun agak lambat. Kena buat perancangan baeekk punya!
Lagi satu sekarang ni weols kena pindah rumah sebab tuan rumah sekarang nak jual rumah and i plan nak duduk sendiri jer. Malas dah nak ada housemate. Ley la kalau nak naked2 dalam rumah takde sapa peduli. Oppss...
Tu jer hapdet si Fanta.

Friday, January 15, 2010

Great weekend ahead

Selepas 5 hari bekerja memerah otak dan tenaga especially bila dari ofis aku ni dan kena ke KLCC at least 2 kali sehari kadang2 paling dasat sampai 4 kali sehari sebab nak berjumpa client, naik hangit jugak la ketiak. Dengan itu aku sentiasa membawa deodorant dan perfume mini ke mana2. Kaki lenguh tu takyah cakap la. Nasib baik nyah tak pakai heels kan.. kalau tak merasa asyik singgah Vinci beli heels.. auuww..
Anyway, weekend menjelang lagi dan kali ini aku tidak lagi di Kemaman sebab aku dah di KL. Aku menerima banyak undangan perkahwinan daripada budak2 company lama aku. So aku try to fit in schedule.
Malam ni.. hurm.. RAHSIA!!!!....
Esok busy dengan Exclusive Club members di Tropicana Golf club. Well diorg ni client aku so demi masa depan karier aku maka aku dengan senang hati entertaint diorg ni sebab diorg ni kira sebaya aku dan yang penting.. SENGET!!!...
Ahad banyak KIV list. See how... pendek kata, weekend ni agak pack dan tidak dilupa aku kena bawa Luke (Lucas) pergi spa dan scrub body dia yang dah lebih sebulan tak mandi itu. Kesian Luke. Tercalar badan dia gara2 aku ni yang lalai. Konon terer nak bawa dalam keadaan tingtong. Takpe Luke.. I sayang u lebey...

Tuesday, January 5, 2010

Post julung tahun 2010

Tu dia... Fanta berjoli sakan sampai taknak posting apa2 dah dalam blog dia yang bersawang ni. Merasa kalian nak tau apa aktiviti si Fanta yang mengasyikkan itu. Asyik ke? Duduk rumah asyik ke? Issskkkk... harus la asyik kalau dengan Fasha S... oppsss.. (kalau ada yg google nama FS ni terus link ke blog aku.. camne??)
New year eve i malas nak citer ley? Nanti korang cakap aku berlagak pulak sebab i celebrate dengan FS. Nahh... tak tipu. Can someone verify that pls. Tengok gambar dalam facebook i sudeyhh... TingTong to da' max. Biasa Fanta.. bila dah tak terkawal mesti punya. Keta sampai langgar apa pun tak hengat. Tu la degil. Orang nak drive-kan taknak... thanks to you (saper2 lah yang drive-kan malam tu sebab i mmg tak ingat apa2 dah) sebab sudi hantarkan.
Anyway, aku tetap la nak citer gak kan. New Year eve disambut pertama kalinya dengan kawan2 di BBC. Sebelum ni dengan family sebab sekali dengan cuti Krismas di Kuching. Tapi kali ni sebab aku tak balik Krismas so sekaligus sambutan di KL saja. Mulanya weols tak plan pun nak celebrate di BBC sebab mmg plan nak pegi HRC. Tapi biasa la plan always changed last minute.
Sebab changed of plan last minute tu lah yang membahagiakan di mana bila acara kemuncak, sedar2 dah berada di tengah2 stage, sedar2 FS join weols... apa lagi. Syids my PIC terus keluarkan camera dia and snappy2 dgn FS. Sampai balik lah weols conquer stage tu. Saper2 yg minum orange juice pun tingtong sekali. Ley??
Anyway.. citer tak habis di situ. Isnin lepas I lepak dengan Rain and Ezs di KLCC lepas balik keja. Sejam dua lepak, weols pun nak chow lah sebab kalau ikutkan i kena ke Kemaman that night jugak tapi saper la yang berani nak drive sorang2 lalu highway sepi. Iskk...
I dgn Rain on the way ke toilet melintasi 2 orang aweks ni. Tapi macam biasa la aku hanya akan pandang yang pendek sikit and blonde, lagipun hot and dia pun pandang I, harus la layan sama2 kan. Tetiba, aku ditegur. "Hey.. u!.. hey.." Mendongak sikit aku pandang kawan awek blonde rupanya...... FS weiii... FS!!!... Dia 'HEY' kan aku weiii... terus aku stunned and panggil Rain yang jalan ke depan sikit. And si FS pun salam dgn weols and kenalkan kawan dia yg blonde tu sekali (nama dia Farah if im not mistaken). And she was telling her friends that she hang out with us at BBC that new year eve. OMG!!. Her statement, she hung out with us tu yang tak tahan... attention uols.. FS hang out ngan weols! And she said it was the best celebration ever. Then dia minta Biz Card weols. Lucky Rain kebetulan hanya ada satu jer card dia tinggal. FS mcm terkejut dgn nama I and tanya where i come from..(err.. pelik ke nama aku?) bla bla.. we were chitchatting for about 10mins camtu. Macam kawan lama tak jumpa siot. Then dia cakap anything dia akan text weols. (Tak berapa mengharap la kan sbb dia kan celebrity...) Then diorg berlalu sebab nak dinner. Weols stunned, weols jadi speechless. Why? The fact that FS masih ingat weols, FS tegur weols dulu. FS said she hang out with us, FS said in BBC with us was the best celebration ever, FS request our Biz Card, to be franked, im not her fan la sangat but f*cked it lah.. she is a hot babe!! Like Rain's quote; she will be the keys to all pretty, hot and sizzling babes out there. Kejiiii....
So demikian lah cerita non-fiksyen ku. Grrrr....

Monday, November 16, 2009

Weekend da best!

Sebab aku taknak menjeleskan semua orang yang weekend aku sangat best maka aku simpulkan sikit2 sudeyhhh...
Jumaat malam rakan2 bisnes berkumpul di rumah. Tak sia2 ku ajak diorg berkumpul dan ramai yang tertarik. Bagus.. bagus..
Sabtu lepas lunch, balik rumah and kemas2 rumah. Aku ni jenis tak tahan kalau rumah sepah. Menangis mata ini ok. So dengan hanya berseluar pendek dan sport bra. (Seksi la kononnya) Tak la.. aku ni kalau berpeluh macam hujan ok. Then aku tertido dengan enaknya padahal matahari sangat memancar ke muka tapi tak ku hiraukan. Bangun jer aku rasa macam badan aku panas. Rupanya aku dah ter-tanning-kan diriku. Vavis... Sia2 jer aku mandi guna whitening shower gel. Motifff???
Check hp, ada msg masuk, BFF ajak lepak di Bangsar. Terus aku bersiap dan pegi. Lepak and lepak and gelak and sakat and gurau semua sekali la. Sampai tak sedar dah 3-4 jam duduk di Chillis then weols ke TTDI Plaza. Ke sebuah bar yang kononnya ada pole/stage dance. Tunggu punya tunggu takde la pulak. Padahal dancer dah berbaris. Tapi weols ni gigih nak mencuba tempat lain pulak so weols pun pegi ke another bar dalam TTDI Plaza tu jugak. Korang yang dah penah pegi TTDI plaza ni mesti tau kan. Or yang tak tau, konsep macam Solaris Mont Kiara. Nahh... best best.
Layan sampai pukul 2am then pickup cik L dari Imbi and balik ke Damansara, isi perut and sambung lagi aktiviti lepak and minum di rumah. Sedar2 dah pukul 6am (Ahad).
Baru jer nak landing atas katil jam dah bunyi sebab weols kan gigih nak pegi PaintBall. Ni adalah acara kemuncak weekend ku. :D
Paintball di Kajang dengan budak2 forum ini sangat BEST!!!!... Diulangi... BEST GILER... Thanks Encik Macho = Ijat = Cicakmasin sebab menganjurkan activity yang best tak hengat ini.
Lebam2 dan sengal2 badan memang lumrah. Tapi yang penting enjoy. (Maaf takde gambar untuk menjeleskan orang yang tak pegi tunggu kawan2 upload dalam facebook jer)
Sampai rumah around 2pm. Mandi and terus tido sebab memang tak tido2 lagi dari semalamannya. Akhirnya aku terbangun tengah malam and takleh tido. Sampai pagi and terus pegi keja ni aku tak tido. Sekarang dah lemau. Camne???
Soalan trivia : Siapakah Mafia sebenar/sejati???

Monday, October 19, 2009

Hidup kembali ceria

Wahh.. semakin ceria ke? Harus beb.. Hidup mesti diteruskan. Begitulah setiap pagi bila bangun tido nak pegi keja aku akan ulang ayat ini disambung dengan ayat, aku mesti jadi kaya. Muahahah...
Mari sini aku nak citer perkara menarik yang berlaku pada diriku last weekend. Kalau ada yang sudi nak tau la kan. Hero-ku Payid sila baca yer..
Bermula Jumaat petang, lepas berjumpa dengan 'potential client' aku pun set a date untuk jumpa dengan blind date aku aka 'potential partner'. But not too soon la aku nak mengakhiri zaman single. Aku nak enjoy dulu being single ni. Di sini aku hanya namakan dia cik L sahaja. Punya lah nervous aku. Harus la babe!!! Macam mana aku boleh contact dia ni. Actually aku ada kawan senget yang prihatin dan mengoffer aku untuk berkenalan dengan cik L ini. Katanya sure ini taste aku. Wah.. tau2 jer taste aku kan. Maka aku sebagai seorang yang gentle-andro pun memulakan ayat yang baik punya untuk berkenalan. Lepas half an hour takde reply so i assumed dia malas la nak layan. Bila aku dah kembali khusyuk dengan keja masuk la sms. Wahh.. riangnya bila si dia cakap ayat introduction aku sangat menarik. Flattered sekejap sebab aku sekali karang jer. Takde la macam tulis then padam then tulis lagi. I am being myself OK. <--- angkat bakul sendiri. Sapa nk tolong angkat? So lepas berbalas sms aku pun set la kalau dia sudi nak have a cup of whatever drink. Dia pun setuju. Memandangkan ofis dia dekat Jalan Sultan Ismail (lokasi rahsia) so aku berjalan kaki la berjumpa si dia ini. Sebelum sampai aku call kawan2 aku ni bertanya sedikit sebanyak pasal dia ni, status, rupa, gaya dan general thing la. Bila dah jumpa, dia ni sangat la best diajak berbual. Sangat senang dan selesa melompat dari satu topik ke satu topik. Tak penah paused kecuali masa nak light roks. Ye lah.. lawyer katakan.. oppss.. Lariikk... (dari saper tak tau?) So lepas blind date yang berjaya itu then blah dengan hati yang berbunga2 (aku la tu kan) Malamnya lepak dengan kawan2 ku yang berwawasan di area Ampang shj. Tengah malamnya lepak dengan big dude ku si Black dan around pukul 3am aku hantar Yan balik rumah kat area Ampang jugak. Plan nya aku nak tido rumah dia jer sebab malas nak balik. Tup2 ada sms masuk lagi. Dari cik L. Dia baru bangun tido sebab tertido semasa buat assignment nya. Aku dengan gentle-andro sekali lagi mengoffer apa2 yang aku boleh buat. Si dia ajak kalau aku dapat teman dia early breakfast. Gigih ni dari Ampang ke Jalan Klang Lama. Mcm tau2 jer jalan kan. Ikut signboard kan ada. Dating la weols dalam keta sambil sesi luahan masalah dengan ex masing2. Dia pun break dgn ex dia lebih kurang dengan aku punya tempoh. Pukul 7am aku pun balik rumah. Tido dengan hati riang ni. Sabtu - 4pm baru aku bangun. Aku pun try call cik L mana la tau dia nak pegi dinner dengan aku ke. Tapi si dia ni tido lagi. So aku pun kemas2 rumah and berjumpa dengan rakan kongsi niaga ku cik K. (Anda tau anda siapa yer) Perjumpaan tidak rasmi yang sekejap di Jusco Equine itu sangat la bermanfaat dan bersemangat aku dibuatnya untuk lebih gigih lagi menyiapkan dan mengumpul data dan apa2 yang patut juga berkaitan mengenai bisnes The Planet aku ni. Thanks cik K sebab memberikan banyak sumber inspirasi. Kita mesti gigih!!!... Lepas meeting dengan cik K aku sepatutnya berjumpa dengan si B mengenai bisnes lain pulak. Wahh.. aku jadi sangat berwawasan di kala ini. On the way ke Sunway, si B ni pulak ada hal lain so kensel la dan kebetulan kawan2 senget (bukan forumer) mengajak aku lepak di Borneo Rainforest. Memandangkan area Sunway jugak maka aku pegi lah berhibur. Aku text cik L kalau dia nak ngejoin. Tapi takde reply. Hurm... Lepas sejam di sana aku nampak kelibat sorg awek ni yang mcm cik L. Punya lah aku angau sampai semua awek aku pandang macam cik L. Bahaya ni cik Fanta G. (Gedik sungguh) So aku pun tanya la kawanku. And diorg senyum2 jer. Rupanya memang cik L pun. Diorg ni keji ok. Cik L sebenarnya tau aku akan datang just dia nak suprisekan aku katanya. Hurm.. motif??? Lepak dengan riang sebab ada orang yang kita suka sampai satu masa tetiba suasana jadi sepi. Music off sebab technical problem. Belum climax lagi dah off. Damn betul la. Tak sempat aku nak berdansa dengan cik Lia. Tapi yang penting climax jugak sbb dapat la kiss kat pipi 2 kali dari si dia. Indahnya dunia. Dia yang nak ok.. I tak minta! Tapi I menerima dengan hati berbunga rafflesia. Well.. begitulah weekend ku. Ahad seperti biasa aku bangun lambat.

Friday, October 9, 2009

Weekend is around the corner

Wahh.. pantas sekali masa berlalu. Tak terasa ok. Dah weekend. TGI Friday!!! Woohoo.. Happy sangat si Fanta ni padahal weekend ni takde pun plan yang menarik sangat. Rasanya more to aktiviti membuang minyak keta. Which aku rasa tak berbaloi. Duduk rumah? Lagi la lemau. Si dia dah balik Ipoh dgn cinta baru dia. Damn.. Hate to admit but jeles ok!!! F*ck it. Aku pun ada life sendiri. Kali ini aku nak ajak sesaper jer yang takde aktiviti melepak. Antara mangsa aku ialah cousin ku lah. Tapi dia aweks sangat so tak seswai nak ajak buat aktiviti lasak. Duhh...
Anyway... weekend!!!!!!! Dapat tido lama sikit. Woohooo....
p/s: Sesaper yang bosan and takde aktiviti tu, roger2 la si Fanta yer. Minta contact no. I dari orang lain. Tak pasal2 tetiba ramai peminat kalau I letak no. I kat sini. (Perasan!!!)

Monday, September 14, 2009

Weekend yang lemau

Last weekend sangat la lemau. Bermula dengan aku makan besar di Shangri La. Company buat dinner dan aku sebagai yang tak penah melepaskan peluang makan free maka aku lah antara yang terawal sampai. Kuikuikui... hampir 6 rounds aku bangun amik makanan sambil pura2 lalu depan meja akak Maria Farida. Usya.. jangan tak usya uols. Balik aku terus terbongkang mengadu perut senak. Hahaha... saper nak layan?
Sabtu adalah hari yang paling bahagia sebab aku boleh bangun lambat. Around tengah hari camtu lah baru aku nak keluar dari bilik. Si Mocky pun sekali tido dalam bilik. Sekejap di katil, sekejap kat kepala aku, then kat tengah2 then tup2 atas almari. Camne la si Mocky ni tido. Hurm...
Petang tersebut, weols plan nak berbuka di hotel sekali lagi. Ni takde orang belanja. Amat la keji kebanyakkan hotel dah fully booked sebab Ima and Zura dah siap called semua hotel sejak dari semalam nya. Cuma yang tinggal Novotel. Novotel pun Novotel lah. Ber-round2 jugak aku cam biasa. Rugi woo dah bayar tapi makan sepinggan jer. Kalau boleh bawa tupperware. Apa nak malu, kan dah bayar. Tapi aku tak buat la.. hahah...
Ahad pulak bangun awal sikit, seawal 10am. Awal ke? Sebab semua dalam rumah tak puasa sebab redflag except I yang memang tak puasa ini maka lunch yang ala kadar pun disediakan. Lepas lunch weols pegi Alamanda sebab Ima nak beli baju melayu utk abahnya. Tapi weols sempat buat foot reflexology dan akhirnya aku jadi lemau dan rasa malas nak jalan2 pastu. Hehehe.... layan woo.. kalau aku kaya, seminggu 2 kali aku buat massage ni. Hurm.. bila nak kaya? Sape nak belanja aku massages? Payid? Picky?
Woooo... Raya dah dekat. Yeyeyeye... (Aku pulak yang riang lebey.. ley? )