Christmas was awesome. Tiada yang lebih indah selain daripada celebrate dengan family tercinta. Merasa masakan emak. Lepak2 dengan bapak while menunggu lemang masak (kan 1Malaysia so celebration sikit2 seperti Hari Raya... ada lemang, ketupat, rendang bagai) Tapi tidak dilupa masakan asli kaum Dayak iaitu Ayam Pansuh (ayam yang dimasak dalam buluh) Perrghhh... bau naik jer terus lapar giler.
On Christmas day memang tak menang tangan melayan sedara mara datang bertandang bertanyakan khabar dan hapdet2. Soalan lazim buat aku biasa lah... u know i know.. maka jawapan lazim aku.. takde jodoh lagi. Tetapi agak seriau bila aku disuruh mandi bunga dan menilik. Mateii la karang tok bomoh tau pulak rahsia besar aku. Harus ku rasuah tok bomoh tersebut supaya tidak dibongkarkan rahsia. Muahahahha... Last2 sebab busy maka tak jadi nak mandikan aku dengan bunga2. Kekekekkeee.... (Serius aku tak percaya keberkesanan mandi bunga unless kalau spa tu aku tau akan merelaxkan badanku)
Tidak lama ku bercuti kerana diriku workaholic.. Choii.. Hari Isnin aku balik KL dan patutnya rabu (hari ini) masuk keja tetapi terbabas tido seperti biasa makanya aku cuti lagi.
Yey.. movie time malam ni! Tron Legacy. Lepas sesi membayar bills.
No comments:
Post a Comment