Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Cuti dan cuti dan sakit gigi

Lepas kembali dari lautan sepi Khamis lalu, Jumaat ingatkan nak merehatkan tulang2 dan jiwa raga yang penat. Pastu baru teringat nak pegi cabut gigi geraham bongsu ku yang selalu menyakitkan bila nak kuar ni. Kerana tak cukup space nak kuar maka ianya tumbuh menyenget sehingga bentuk muka ku dah bersegi ala2 Demi Moore.. ehh menyampah taknak kalah.. :P
So aku pun drive la ke klinik gigi di Pandan Indah. Jauh betoii..
Doktor suggest aku cabut yang selalu sakit then baru the other side. Sebab gigi ku tumbuh senget maka perlukan minor surgery. Minor tak minor jugak la dalam 4-stitches. Persis orang bergaduh dalam bilik operation kerana lepas 7 kali bius pun aku masih rasa sakit. Isk isk.. degil betul gigi tersebut.
Lepas 2 jam setengah berperang dengan doktor, aku pun konon nya nak drive balik rumah dan relax. Penat OK 'berperang' dengan gigi. Tetapi instead of aku membelok ke jalan Kuching aku terus ke Bukit Bintang. Ley? Nak manjakan diri kunun.
PC fair tak penah memboringkan aku. Kalau aku billion-wan dah ku borong Low Yatt tersebut. Anyway, haruslah sambar satu gadget lepas almost 6 bulan tak penah membelikan diri ini apa2. Then aku balik dengan HAPPY... yey..
Anyway, wishing kalian dan kalian semua Happy Holiday! Gong Xi Fa Chai!!

Thursday, December 30, 2010

Happy New Year 2011

HAPPY NEW YEAR 2011 buat semua. Semoga tahun akan datang ini membawa keberkatan, murah rezeki, sentiasa bahagia dan sejahtera hendaknya.
Tu dia.. Esok cuti. Yey!!! Owh before that.. Tahniah buat team Malayan Tiger (chewahhh...) Permainan yang mantap sekaligus membuktikan pasukan bola Malaysia bukan calang2. Aim for World Cup pulak pasni! Baru lah puas hati aku nak pegi Russia (2018) or Qatar (2022) nanti. Dengan harapan Shakira masih menyanyikan lagu tema World Cup. I lap yu Shakira! Kekekke...
So apa plan cuti2 weekend ni uols? I wanna go prawning!!! Gian ok!
Tak sanggup nak plan party2 bagai sempena New Year dengan kesesakan berganda2 di mana2 lagipun Sabtu dah nak outstation. Huhuhu.... There goes my weekend. Takpe.. malah i bersyukur kerana awal tahun pintu rezeki terbuka buat ku. Moga akan banyak lagi dan lagi dan lagi... Syukur kepada Tuhan.
Ok uols... selamat bercuti, hati2 di jalan raya, no use of handphone while driving, drink while driving no problem but not with alcohol. Jaga2 Ops Sikap...

Wednesday, December 29, 2010

Holiday season!

Ho Ho Ho....
Christmas was awesome. Tiada yang lebih indah selain daripada celebrate dengan family tercinta. Merasa masakan emak. Lepak2 dengan bapak while menunggu lemang masak (kan 1Malaysia so celebration sikit2 seperti Hari Raya... ada lemang, ketupat, rendang bagai) Tapi tidak dilupa masakan asli kaum Dayak iaitu Ayam Pansuh (ayam yang dimasak dalam buluh) Perrghhh... bau naik jer terus lapar giler.
On Christmas day memang tak menang tangan melayan sedara mara datang bertandang bertanyakan khabar dan hapdet2. Soalan lazim buat aku biasa lah... u know i know.. maka jawapan lazim aku.. takde jodoh lagi. Tetapi agak seriau bila aku disuruh mandi bunga dan menilik. Mateii la karang tok bomoh tau pulak rahsia besar aku. Harus ku rasuah tok bomoh tersebut supaya tidak dibongkarkan rahsia. Muahahahha... Last2 sebab busy maka tak jadi nak mandikan aku dengan bunga2. Kekekekkeee.... (Serius aku tak percaya keberkesanan mandi bunga unless kalau spa tu aku tau akan merelaxkan badanku)
Tidak lama ku bercuti kerana diriku workaholic.. Choii.. Hari Isnin aku balik KL dan patutnya rabu (hari ini) masuk keja tetapi terbabas tido seperti biasa makanya aku cuti lagi.
Yey.. movie time malam ni! Tron Legacy. Lepas sesi membayar bills.

Tuesday, February 23, 2010

Tajuk bosan: BUSY!

Halamakkkatak. Fuhhh.. fuhh.. penat membersihkan blog bersawang ini. Punya lah lama daku tak hapdet rupanya. Busy dengan kerjaya, biz dan cinta. Opps.. Cinta in general ya. Fanta masey single lagi. Borang masih ada. Sapa2 berminat tu sila la jemput isi and submit ke email beliau ya.
Bermula dari cuti CNY + Val Day i meronggeng ke Melaka and then ke JB dengan geng senget I si N. Perjalanan tidak membosankan sebab tak bosan la.. apa lagi aku nak explain. Actually a day before tu I berada di Kemaman then sebab taknak jadi manusia tunggul jer so pukul 8pm i terus drive balik KL. Singgah sebentar mengisi perut di R&R Genting Sempah and I terpandang satu couple senget ni. Diorang pun usha2 I jugak tapi sebab perut lapar i just berlalu dan makan dengan rakusnya. Opps... Rupanya diorg tu dak forum. Sebab tak penah jumpa so mesti la si Fanta tak kenal. Sorry uols next time jerit jer nama iols okayy...
Di Melaka, aktiviti sangat best. Walaupun penat tetapi digagahi jua dengan melepek dengan kawan si N ini. Nasib cun and comey ley cuci mata sekali. (Pantang sungguh si Fanta ini) Malam Valentine weols duduk kat kopitiam celebrate dengan chuppa chup dan mee kari. Weols masing2 single so perlu ke sambutan???
The next day bertolak ke JB agak lewat. JB rawwkkk!!! Aweks pun hawwwtt!!! Tu jer.. malas nak komen lebey2.
Kembali ke alam keja. Biasa busy dengan keja I malas nak sexplain. Tapi at the same time i wat small biz nak wat modal and experience buka The Planet idaman. Uols jangan berputus asa ya. Weols akan laksana jua impian ini walaupun agak lambat. Kena buat perancangan baeekk punya!
Lagi satu sekarang ni weols kena pindah rumah sebab tuan rumah sekarang nak jual rumah and i plan nak duduk sendiri jer. Malas dah nak ada housemate. Ley la kalau nak naked2 dalam rumah takde sapa peduli. Oppss...
Tu jer hapdet si Fanta.

Tuesday, January 5, 2010

Post julung tahun 2010

Tu dia... Fanta berjoli sakan sampai taknak posting apa2 dah dalam blog dia yang bersawang ni. Merasa kalian nak tau apa aktiviti si Fanta yang mengasyikkan itu. Asyik ke? Duduk rumah asyik ke? Issskkkk... harus la asyik kalau dengan Fasha S... oppsss.. (kalau ada yg google nama FS ni terus link ke blog aku.. camne??)
New year eve i malas nak citer ley? Nanti korang cakap aku berlagak pulak sebab i celebrate dengan FS. Nahh... tak tipu. Can someone verify that pls. Tengok gambar dalam facebook i sudeyhh... TingTong to da' max. Biasa Fanta.. bila dah tak terkawal mesti punya. Keta sampai langgar apa pun tak hengat. Tu la degil. Orang nak drive-kan taknak... thanks to you (saper2 lah yang drive-kan malam tu sebab i mmg tak ingat apa2 dah) sebab sudi hantarkan.
Anyway, aku tetap la nak citer gak kan. New Year eve disambut pertama kalinya dengan kawan2 di BBC. Sebelum ni dengan family sebab sekali dengan cuti Krismas di Kuching. Tapi kali ni sebab aku tak balik Krismas so sekaligus sambutan di KL saja. Mulanya weols tak plan pun nak celebrate di BBC sebab mmg plan nak pegi HRC. Tapi biasa la plan always changed last minute.
Sebab changed of plan last minute tu lah yang membahagiakan di mana bila acara kemuncak, sedar2 dah berada di tengah2 stage, sedar2 FS join weols... apa lagi. Syids my PIC terus keluarkan camera dia and snappy2 dgn FS. Sampai balik lah weols conquer stage tu. Saper2 yg minum orange juice pun tingtong sekali. Ley??
Anyway.. citer tak habis di situ. Isnin lepas I lepak dengan Rain and Ezs di KLCC lepas balik keja. Sejam dua lepak, weols pun nak chow lah sebab kalau ikutkan i kena ke Kemaman that night jugak tapi saper la yang berani nak drive sorang2 lalu highway sepi. Iskk...
I dgn Rain on the way ke toilet melintasi 2 orang aweks ni. Tapi macam biasa la aku hanya akan pandang yang pendek sikit and blonde, lagipun hot and dia pun pandang I, harus la layan sama2 kan. Tetiba, aku ditegur. "Hey.. u!.. hey.." Mendongak sikit aku pandang kawan awek blonde rupanya...... FS weiii... FS!!!... Dia 'HEY' kan aku weiii... terus aku stunned and panggil Rain yang jalan ke depan sikit. And si FS pun salam dgn weols and kenalkan kawan dia yg blonde tu sekali (nama dia Farah if im not mistaken). And she was telling her friends that she hang out with us at BBC that new year eve. OMG!!. Her statement, she hung out with us tu yang tak tahan... attention uols.. FS hang out ngan weols! And she said it was the best celebration ever. Then dia minta Biz Card weols. Lucky Rain kebetulan hanya ada satu jer card dia tinggal. FS mcm terkejut dgn nama I and tanya where i come from..(err.. pelik ke nama aku?) bla bla.. we were chitchatting for about 10mins camtu. Macam kawan lama tak jumpa siot. Then dia cakap anything dia akan text weols. (Tak berapa mengharap la kan sbb dia kan celebrity...) Then diorg berlalu sebab nak dinner. Weols stunned, weols jadi speechless. Why? The fact that FS masih ingat weols, FS tegur weols dulu. FS said she hang out with us, FS said in BBC with us was the best celebration ever, FS request our Biz Card, to be franked, im not her fan la sangat but f*cked it lah.. she is a hot babe!! Like Rain's quote; she will be the keys to all pretty, hot and sizzling babes out there. Kejiiii....
So demikian lah cerita non-fiksyen ku. Grrrr....

Wednesday, December 23, 2009

Christmas is around the Corner Baring!

Uolss.. Christmas is around the corner.. yeyeyeye... (mcm aku sorang jer celebrate ni) Walaupun tak berapa nak happy sebab Krismas tahun ni adalah buat julung kalinya I tak celebrate dengan family. Kenapa? Sebab yang pertama, cuti takde, I kan baru start keja so takde la annual leave lagi apart from weekend jer. Then weekend pun I ada kelas gak. Uolsss, i dah start kelas. I dah jadi student balik. I further kat UTM Space, KL. So sesaper yang budak2 UTM Space, Course SAW, ada nota tu simpan2 la untuk I k. :P
Anyway, Christmas present i dapat dari Dedi-Cool and Mama-Mia is this slick BB. Im loving it!! Happy bangat ni. Macam tau2 jer diorg pilihan aku bukan Storm. Sekarang ni ley la online FB dari ofis. :)
Untuk Dedi-Cool I hadiahkan RayBan Aviator. Hensem lah Dedi...


Dan untuk Mama-Mia pulak voucher manjakan diri, Spa and Massage. Adoiyaii...

Perhatian ini bukan Mama i. Gambar nak over kan..

Anyway untuk hadek2... maaf la yer, akak lari budget.. larrriikk... ada la tu nanti. Tunggu sahaja bungkusannya.
Walaupun Christmas ni ada beberapa jemputan party, tapi sebab I tak penah menyambut di perantauan lagi so tak terasa sangat bahang joli2 itu. Maybe sebab dah tua2 ni, perasaan itu sudah semakin pudar. Serupa jer macam tak sambut just for the sake of cuti and macam weekend yang lain. But then, i will spend my whole Christmas Eve di church berhampiran. Joining carol singing all the Christmas songs. Jingle-ing!! Ho-Ho-Ho!!!

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY HOLIDAY UOLS!!!