Monday, January 10, 2011

Kecoh betul!

Kecoh dengan berbagai2 isu nampaknya di awal tahun baru ini. Lagi2 kecoh dengan harga barang yang naik tapi gaji tak naik2.. nanti gaji naik barang naik lagi. Dunia politik aku taknak sentuh sebab aku taknak nanti pandangan aku disalah-ertikan tak pasal2 ISA menerjah blog aku. Dah kantoi kesengetan pulak.
Sempena semua harga barang naik ni, kena la berjimat cermat dalam perbelanjaan. Menanam sayur ke? Itu adalah idea yang bijak tetapi bila menteri tersebut menyarankan rakyat menanam sayur dia tak terfikir ke ini tidak akan menyelesaikan masalah walau 10%. Unless mereka ini sepenuhnya mengerjakan kebun.
Bagi mereka yang duduk di apartment, nak tanam celah mana? Dalam bilik tido? Tandas? Ruang tamu? Dapur? Boleh jugak.. konsep hidroponik di situ. Tapi untuk rumah bujang ok la kot. Bagi mereka yang berkeluarga? Tang mana nak sumbat batas2 sayur tu? Biar lah berasas pakcik oiii... lagi satu dengan kos perbelanjaan yang meningkat ini rata2 suami isteri bekerja, ada yang membuat kerja part time. Bila lah masanya mereka2 ini nak membelek tanaman mereka? Dari segi pengiraan kasar. Let say, makan tengah hari at least 2 lauk sayur untuk satu family dan 2 lauk sayur untuk makan petang, boleh ke sayur2 ni bercambah dengan pantas. Paling2 2 minggu untuk menanam sayur sawi contohnya. Tauge pun 3 hari.
Kita tinggalkan topik saranan menanam sayur itu dulu. Yang penting aku tanam daun bawang saja di rumah. Projek tanaman cili secara hydro dalam proses tetapi bukan lah di rumahku di sini ya.
Owh ya.. Harga minyak dunia se-tong dah turun.. Harga minyak kat Malaysia tak reti nak turun ke?? Geram tapi takleh nak buat apa.
Of all... life must go on!

2 comments:

  1. fak la derang neh..sabsdi tu pakai la elok2 sket...
    tau la nk tadbir negara payah,tp,jgn la smpai salah guna kuasa...

    ReplyDelete
  2. Nasib baik elauns untuk isteri2 Menteri tak jadi beri. Kalau tak harus aku memberontak sebab itu duit aku!!! Income tax potong dengan harapan membantu sekolah2, pusat kesihatan bukan untuk diorg ni gi beli handbag prada, gucci.

    ReplyDelete