Monday, January 31, 2011

Cuti dan cuti dan sakit gigi

Lepas kembali dari lautan sepi Khamis lalu, Jumaat ingatkan nak merehatkan tulang2 dan jiwa raga yang penat. Pastu baru teringat nak pegi cabut gigi geraham bongsu ku yang selalu menyakitkan bila nak kuar ni. Kerana tak cukup space nak kuar maka ianya tumbuh menyenget sehingga bentuk muka ku dah bersegi ala2 Demi Moore.. ehh menyampah taknak kalah.. :P
So aku pun drive la ke klinik gigi di Pandan Indah. Jauh betoii..
Doktor suggest aku cabut yang selalu sakit then baru the other side. Sebab gigi ku tumbuh senget maka perlukan minor surgery. Minor tak minor jugak la dalam 4-stitches. Persis orang bergaduh dalam bilik operation kerana lepas 7 kali bius pun aku masih rasa sakit. Isk isk.. degil betul gigi tersebut.
Lepas 2 jam setengah berperang dengan doktor, aku pun konon nya nak drive balik rumah dan relax. Penat OK 'berperang' dengan gigi. Tetapi instead of aku membelok ke jalan Kuching aku terus ke Bukit Bintang. Ley? Nak manjakan diri kunun.
PC fair tak penah memboringkan aku. Kalau aku billion-wan dah ku borong Low Yatt tersebut. Anyway, haruslah sambar satu gadget lepas almost 6 bulan tak penah membelikan diri ini apa2. Then aku balik dengan HAPPY... yey..
Anyway, wishing kalian dan kalian semua Happy Holiday! Gong Xi Fa Chai!!

1 comment: