Showing posts with label Transportation. Show all posts
Showing posts with label Transportation. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Muktamad!

Refer to below post. Bapak aku tak bagi aku beli moto.. huuuaaarrrghhh... huhuhu... bahaya katanya sebab aku ada history accident moto few times jugak la masa zaman aku merempit dulu. Sebagai anak yang patuh maka aku tak jadi nak beli moto. Huhuhu....

Friday, September 24, 2010

Rempitos!

Sejak akhir2 ni aku kena kuar rumah awal giler demi nak elak jam dari Damansara masuk Penchala Link ok lagi (sebelum ni aku kuar kol 8:30am, sekarang kena gi meeting awal pulak). Kuar dari Penchala tol tu nak masuk Jalan Duta terus aku pengsan! Bermula la sesi melayan tekan brek sampai lah ke ofis aku somewhere dekat KLCC (rahsia!)
So aku pun mula lah berfikir (dalam keta ni berangan) alangkah bestnya kalau aku leh merempit ke ofis (lama dah tak ride bike sejak dari zaman study dulu lagi). Dengan riaknya boleh la aku nak kuar rumah pukul berapa pun aku tetap boleh menyelit secara berhemah di celah2 keta dan akan sampai tidak selama memandu. Lepas berangan merempit itu aku pun berangan nak beli moto apa pulak (sambil mata memerhati moto2 yang mencelah) dan akhirnya kata putus aku nak beli Naza GTR. Tapi satu jer! Aku penah test ride this bike like 3yrs ago. Kaki aku tak sampai weiiiiii.... !!! Jadi aku rasa sebab aku dah minat maka aku akan cuba modified kasi potong at least hujung jari kaki aku cecah tanah. (or siapa tahu dalam masa 3 tahun aku dah tinggi sikit)
Biru ke?
Orange ke?

Black is sexy!

Tuesday, September 21, 2010

Racing dari Damansara ke KL

Harini aku set2 la nak bangun seawal pukul 6am dan drive ke ofis pukul 6:30am at least sebab aku ada meeting pukul 8:30am di KLCC. Seperti sebelum ini, kalau aku kuar dari rumah pukul 7:30am mmg alamatnya sejam la aku stuck dalam traffic. So set2 bangun awal dan pegi keja awal terkubur begitu sahaja bila aku terlajak tido sampai pukul 7am. Terus aku bangun dengan grumpy nya. Padan muka aku sebab layan CSI:NY lagi semalam. Selagi tak abis satu episod aku takkan berganjak.
Anyway, i managed to race and drift baekkk punya sepanjang perjalanan. It usually took me 45min to 1hr jugak la meredah jem. Tetapi dengan gaya pemanduan berunsur penjenayah lari dari polis i managed to make it 20-30min. Satu pencapaian tu. Tapi aku takleh la jadi samseng jalanan selalu sebab Fanta pemandu berhemah. Choiii!!!
OK uols.. nak gi meeting dulu. Nak usha gadis2 di KLCC dulu.. auuwww....

Friday, September 25, 2009

Predictable Unpredictable KL

Semenjak aku dah keja di KL ni, banyak benda di darat yang aku pelajari. Wah.. macam la aku tak penah di darat sebelum ni. Ye la aku di darat pun sekejap2 jer. Tapi nak kata aku arif pasal lautan tu aku tak tau la. Emotionally nya aku boleh la describe how boring it is lautan sepi tu. No offend pada nelayan2 and mereka yang setia nak keja di lautan tu.
Anyway, apa yang unpredictable nya adalah kesesakan lalulintas. Sepanjang aku pegi keja selama sebulan dah ni, aku biasa keluar luar around 6:30am. Drive ke KL around 20-25mins. Maka aku akan sampai ofis around 7:10am la camtu termasuk masa aku parking dan jalan ke ofis. Tapi kalau aku gerak dari rumah around 7.00am maka aku akan sampai ofis lagi 5min pukul 8.00am. Lagi lama sebabnya.. semua orang dah keluar rumah dan jalan dah jadi sesak. Punya la sakit hati. Nasib baik la keja aku agak fleksible so aku takde la kena maki boss kalau aku lambat sampai. Sebab boss aku lagi lambat sampai dari aku. Hahaha.. keji tak? Tak keji. Sebenarnya boss aku tak tau dia sampai pukul brp sebab ofis dia di hujung so dia tak nampak aku pun sebenarnya. Hahahhaa.. ni aku merasakan diriku keji.
Anyway, next week semua warga kota dah kembali bertugas. Sure jalan akan jadi sesak seperti sedia kala. Minggu ni memang heaven sangat aku pegi keja. Jalan takde jam yang terlampau. Alangkah bagusnya kalau KL macam ni setiap masa. JANGAN HARAP!!!...