Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Ya ampun! Bersawang ok...

*Amik mode mengeliat dulu* hiyyaahhhh....


Harini memulakan hari bekerja di ofis baru. Masih company lama tapi weols pindah ke ofis yang lebih green (konsep cintai alam sekitar katanya padahal nak cut cost) but its ok. The building itself is super-duper awesome. Rasa bangga weii...


Masuk ofis hari pertama tercarik2 tempat duduk. Rupanya nun di hujung dunia. View sangat best. Satu Ampang sampai ke rumah aku nun di Ukay Perdana pun nampak. Best2... Cuma satu jer tak best, tempat makan. Foodcourt kat bawah very the expensive. Sekali duduk lunch min. RM15. Pengsan. Kalau kat ofis lama dulu bleh makan kat lorong. Murs2 dan sedap2 belaka. Kena buat bekal dari rumah la nampaknya or diet aja. (cepat sikit nak turun badan)


OK. I malas nak citer pasal ofis baru nanti uols tau kat mana ofis I. Blueekkk...


Apa2 pun selamat bekerja kalian. Jom ngular! Ada sesaper nak join? I dah nak gerak ni... bye!

Thursday, January 20, 2011

TAK SUKA!!

Aku sangat tak suka bila aku patut pegi lautan sepi tapi aku kena standby. Standby sehari OK. Berhari2 sangat tak OK! Reasonnya:
1. Bosan OK memerap dalam bilik (dengan internet connection yang siput babi lagi pantas)
2. Aku memerap dalam bilik kerana nak keluar takde kawan2 (2-3 orang kawan2 tu pun keja)
3. Layan movie (ini OK!) tapi layan sampai kematu punggung sangat tak OK!
4. Lambat aku naik... lambat la aku turun.
5. So on.. so on.. malas nak reasoning...
Kalau tau suruh standby sampai 3-4 hari, might as well aku fly a day before kena panggil suruh pegi lautan sepi. (Boleh aku berjimba-jimbaan di KL aja) Sekarang ni aku nak balik alang2 la pulak. Mudahan esok dah naik... stress weeiiii mcm ni.
(Mungkin aku akan sangat happy kalau disuruh standby di Paris ke.. Amsterdam ke.. LA ke..) BINTULU???? Mati kutu gua ok!

Tuesday, September 21, 2010

New Schedule Sep 2010

Harini aku banyak keja tapi aku buat dengan kerelaan sahaja. Kalau buat dalam keadaan terpaksa nanti hasilnya tidak memberangsangkan. Ley? Harus lah boleh.. dah aku punya keja.
Anyway, if as per plan minggu ni. Work: Khamis pagi need to be in Kerteh. Off to rig for pre-spud meeting. Tengah hari turun darat. Petang amik flight balik KL. Sabtu: Kerteh again then Ahad naik lagi for the job selama tak-tau-berapa-hari hopefully 3-4 hari jer. If plan di atas tak jadi; Social Life: Khamis/Jumaat persiapan Biz. Berbiz di Matic on Saturday kalau biz-partner takleh buat. Kalau dia sudi nak buat minggu ni, nak gi mancing kat Klang dengan geng2 separa kekar sampai malam or awal pagi. Ahad pagi guling2 atas katil, manja2 dan gomol2 si Jake VanderWoodson. Tengah hari layan PS sampai lebam. Petang, drive range (depends dengan ahlul yang nak ngejoin) kalau sorang2 harus aku tak pegi dan layan lagi PS sampai tangan aku krem.
Maka schedule aku keutamaan diberikan kepada Work dulu.

Racing dari Damansara ke KL

Harini aku set2 la nak bangun seawal pukul 6am dan drive ke ofis pukul 6:30am at least sebab aku ada meeting pukul 8:30am di KLCC. Seperti sebelum ini, kalau aku kuar dari rumah pukul 7:30am mmg alamatnya sejam la aku stuck dalam traffic. So set2 bangun awal dan pegi keja awal terkubur begitu sahaja bila aku terlajak tido sampai pukul 7am. Terus aku bangun dengan grumpy nya. Padan muka aku sebab layan CSI:NY lagi semalam. Selagi tak abis satu episod aku takkan berganjak.
Anyway, i managed to race and drift baekkk punya sepanjang perjalanan. It usually took me 45min to 1hr jugak la meredah jem. Tetapi dengan gaya pemanduan berunsur penjenayah lari dari polis i managed to make it 20-30min. Satu pencapaian tu. Tapi aku takleh la jadi samseng jalanan selalu sebab Fanta pemandu berhemah. Choiii!!!
OK uols.. nak gi meeting dulu. Nak usha gadis2 di KLCC dulu.. auuwww....

Friday, May 21, 2010

Off for Misi Keja

Uols.. i will be off to Sukhothai esok. Patutnya harini I dah sampai Bangkok tetapi deyols tidak mahu weols stay di Bangkok atas sebab2 keselamatan. So esok fly ke Bangkok then terus ke North Thai. Alahai.. mudahan tak lama di sana. Tetapi kalau tiada rusuhan dan masalah pasti aku tidak merasa terkinja2 nak balik malahan spending extra days di sana. Apa lagi... almaklum, jauh2 aku dah pegi yang dekat2 ni tak penah jejak.
Next job after Thailand will be in Indonesia. Hurm.. then Laos.. then Cambodia.. then tak tau.. Aku seperti pasukan RELA weiii... Misi Keamanan di situ cuma bezanya memang la bukan misi keamanan sebab aku ada tugasan. Macam wartawan pulak bunyi nya...

Antara panorama di Sukhothai.. owh.. indahnya!

Wednesday, May 12, 2010

Ops apa pulak kali ni?

Bulan ni tetiba merata2 pulak police roadblock. Especially jalan nak masuk dan keluar dari area rumah aku. Aku harus takde masalah ler.. roadtax, seatbelt semua complete (read: Fanta pemandu berhemah) tapi kadang2 risau gak kalau JPJ sebab tinted cermin keta aku 60-70% gelap. Muahahhahaa.... ye la aku turunkan tingkap depan.. abis tingkap belakang mana leh turunkan.. haduii..Sangat sesuatu!
Lagi satu saja jer buat jalan sesak. Time2 nak pegi dan balik keja lagi tu. Well.. aku faham tu dah tugas diorg. So kesimpulannya, untuk elak sesak aku turun keja lambat dan balik awal.. ley?

Monday, May 10, 2010

Kenapa??

Kenapa ofis aku ni macam takde orang? Mana semua orang? Ada pun sekerat dua. Tu pun kejap ada kejap takde? Kalau aku nak melalak macam orang gila dalam ofis ni pun takde saper nak buat laporan kat jabatan psikologi.
Apa aku buat? Aku buat macam biasa jer. Macam ofis aku yang punya. Nasib la takde TV+Astro+OSIM sebelah pantry macam company lama aku. Kalau tak.. sure aku dah bancuh nescafe kaw2, biskut oatmeal, duduk kat kerusi OSIM dan layan HBO. Perrghh....
Dan sekarang aku dah bukan under Malaysia's Operation sahaja sebab aku telah ditukarkan ke department yang handle Central Asia's Ops maka tak lama lagi aku dipindahkan kuar dari bilik keja aku (read: bilik bermalasan) ke sebelah hujung sana. Sob sob!!... Anyway.. lucky me akan masuk ke bilik yang facing jalanraya pulak.... Rather than facing dinding mcm di bawah ini.
Meja telah dikemas!
Anyway, lepas ni aku akan jarang di ofis sebab kena outstation sana sini. So aku bermalasan di rumah sahaja. Sekian..

Tuesday, February 23, 2010

Tajuk bosan: BUSY!

Halamakkkatak. Fuhhh.. fuhh.. penat membersihkan blog bersawang ini. Punya lah lama daku tak hapdet rupanya. Busy dengan kerjaya, biz dan cinta. Opps.. Cinta in general ya. Fanta masey single lagi. Borang masih ada. Sapa2 berminat tu sila la jemput isi and submit ke email beliau ya.
Bermula dari cuti CNY + Val Day i meronggeng ke Melaka and then ke JB dengan geng senget I si N. Perjalanan tidak membosankan sebab tak bosan la.. apa lagi aku nak explain. Actually a day before tu I berada di Kemaman then sebab taknak jadi manusia tunggul jer so pukul 8pm i terus drive balik KL. Singgah sebentar mengisi perut di R&R Genting Sempah and I terpandang satu couple senget ni. Diorang pun usha2 I jugak tapi sebab perut lapar i just berlalu dan makan dengan rakusnya. Opps... Rupanya diorg tu dak forum. Sebab tak penah jumpa so mesti la si Fanta tak kenal. Sorry uols next time jerit jer nama iols okayy...
Di Melaka, aktiviti sangat best. Walaupun penat tetapi digagahi jua dengan melepek dengan kawan si N ini. Nasib cun and comey ley cuci mata sekali. (Pantang sungguh si Fanta ini) Malam Valentine weols duduk kat kopitiam celebrate dengan chuppa chup dan mee kari. Weols masing2 single so perlu ke sambutan???
The next day bertolak ke JB agak lewat. JB rawwkkk!!! Aweks pun hawwwtt!!! Tu jer.. malas nak komen lebey2.
Kembali ke alam keja. Biasa busy dengan keja I malas nak sexplain. Tapi at the same time i wat small biz nak wat modal and experience buka The Planet idaman. Uols jangan berputus asa ya. Weols akan laksana jua impian ini walaupun agak lambat. Kena buat perancangan baeekk punya!
Lagi satu sekarang ni weols kena pindah rumah sebab tuan rumah sekarang nak jual rumah and i plan nak duduk sendiri jer. Malas dah nak ada housemate. Ley la kalau nak naked2 dalam rumah takde sapa peduli. Oppss...
Tu jer hapdet si Fanta.

Tuesday, December 15, 2009

Owhhh.. My boss! U r awesome!

Hello Encik Z... mana ba kamu ni? Asyik2 hilang. Mentang2 ada BB senang la nak balas email kan. Owh.. jangan buruk sangka. Maybe dia busy meeting dengan client. Or entertaint client. Yeah right... Entertain di Golf range. Lepas tu ko suruh aku entertain diorg dengan main golf dengan diorg jugak kan. Walaupun aku ni takde la seterer Encik Z tu tapi aku nak la jugak turun padang. Tapi buat masa ni kalau aku pegi main aku hanya layak di drive range jer. Sebab? Aku tak terer ok!!! Semua orang boleh la pegang and pukul bola tapi menda alah Putter la, Driver la, Fairway la, Iron lagi ada bersaiz2.. terus aku amik baseball bat pukul kepala sendiri *pengsan* Fanta sesuai jadi Caddy jer la.
Tapi Encik Z ni baik cuma dia tak pandai mentoring. Nak buat camne, belajar sendiri jer la. OK boss, bila nak ajar aku supaya leh join Tour ni? Takyah la setaraf dengan Lorena Ochoa ke Paula Creamer ke... Taknak kalah sungguh kau Fanta!

Kalau ada yg mcm ni di range aku rela jadi caddy percuma... hahahha....

Trivia: Caddy tu datang dari perkataan Candy+Daddy or Kandasami-muniandy?

Wednesday, November 18, 2009

Body-aching all over

Penangan paintball masih lagi terasa. Badan masih sakit2 lagi. Nak gerak pun payah. (sebenarnya dah lama tak bersenam ni... nak kata pemalas, fanta ni sangat rajin orangnya) Merasa aku cuti konon2 MC semalam sebab aku rasa cam malas dan tak larat nak bangun. Otot paha macam nak tercabut jer. Tapi bila dah tengah hari lepas kemas2 umah sikit (feeling2 surirumah.. asyik la) badan pun macam dah ok and rasa cam nak pegi ofis. Tapi sebab dah call boss and cakap nak MC so buat apa nak merajinkan diri ke ofis kan? Muahahaha.... Tapi aku tak pegi klinik pun amik MC sebab aku malas. Ley? Malah ke Tesco beli sedikit barang. Dasar Fanta..
Anyway, harini mood malas nak pegi keja. Tapi tak boleh la camtu kan. Kena gigih. Dan sebab aku ini sangat bertanggungjawab orangnya so aku pun pegi jugak la keja dengan hati yang riang (pura2). Sampai ofis pukul 9am. Mana semua orang? Ada la 2 3 ekor budak2 internship. Ke diorg isytihar cuti semalam? Hurm.. sampai la ni pun aku tak nampak orang lagi dalam ofis ni. Tapi aku tanya la si amoi comey bernama Shannen itu (dia stret tegar so dilarang mengusha karang dia taknak bagi aku barangan company free), Amoi cakap semua orang mengular. Dasat2.. Tiap kali aku masuk ofis Amoi ni mesti aku akan dapat goodies. Harini aku dapat baju company set2 kain jersey dan set bola golf. Saja buat koleksi sbb aku kan 'caddy'. Hehehe...
Petang ni nak buat apa ek? Balik awal and mandi swim pool. Dah masuk 3 minggu duduk rumah baru tapi belum penah lagi jejak badan dalam swim pool dia yang best itu. Harini mesti ai merealisasikan impian itu.
Kejaaaa woiii... hurm... sigup dulu jom..
p/s: hey you lovestone, yes you! Jom mandi sekali.. :P

Friday, September 25, 2009

Predictable Unpredictable KL

Semenjak aku dah keja di KL ni, banyak benda di darat yang aku pelajari. Wah.. macam la aku tak penah di darat sebelum ni. Ye la aku di darat pun sekejap2 jer. Tapi nak kata aku arif pasal lautan tu aku tak tau la. Emotionally nya aku boleh la describe how boring it is lautan sepi tu. No offend pada nelayan2 and mereka yang setia nak keja di lautan tu.
Anyway, apa yang unpredictable nya adalah kesesakan lalulintas. Sepanjang aku pegi keja selama sebulan dah ni, aku biasa keluar luar around 6:30am. Drive ke KL around 20-25mins. Maka aku akan sampai ofis around 7:10am la camtu termasuk masa aku parking dan jalan ke ofis. Tapi kalau aku gerak dari rumah around 7.00am maka aku akan sampai ofis lagi 5min pukul 8.00am. Lagi lama sebabnya.. semua orang dah keluar rumah dan jalan dah jadi sesak. Punya la sakit hati. Nasib baik la keja aku agak fleksible so aku takde la kena maki boss kalau aku lambat sampai. Sebab boss aku lagi lambat sampai dari aku. Hahaha.. keji tak? Tak keji. Sebenarnya boss aku tak tau dia sampai pukul brp sebab ofis dia di hujung so dia tak nampak aku pun sebenarnya. Hahahhaa.. ni aku merasakan diriku keji.
Anyway, next week semua warga kota dah kembali bertugas. Sure jalan akan jadi sesak seperti sedia kala. Minggu ni memang heaven sangat aku pegi keja. Jalan takde jam yang terlampau. Alangkah bagusnya kalau KL macam ni setiap masa. JANGAN HARAP!!!...

Tuesday, September 15, 2009

Fanta in Singapore

Buat apa di Singapore? Visiting and training la kononnya. Tapi lemau. Camne? Kena la sungguh2 kan. Anyway, flight aku ke Kota Singa pukul 7:45am dan seawal 5am aku bertolak dari rumah dengan teksi yang siap ku booking semalaman.
Dalam flight macam biasa aku bantai tido sampai la landing baru aku terjaga. Tapi actually aku tertido balik sampai la kosong flight baru aku bangun. Punya lah mengantuk.
Sekarang ni aku berada di office di Loyang Offshore Supply base. Sepi jer macam takde orang. Tapi aku macam biasa dengan ramah bertegur sapa dan siap ajak lunch sebab hidden agenda aku takde transport dan mana lah tau ada sesaper yang sudi nak bawa aku pusing2 bandar dengan free. Hehehe...
Lepas lunch aku akan melawat... hahaha.. macam poyo jer ayat, macam orang besar just nak datang melawat anak buah buat keja la konon. Tapi ye lah, aku kan baru jer join and aku basically have 10% idea of what's going on with the company, equipment, safety and personnel related. So at least dengan lawatan ku kali ini menambah peratusan pengetahuan mengenai tempat ku keja ini. Isk isk.. aku taknak keja di Singapore. Mcm tak best jer. (Sebenarnya takde kawan lagi..)
Aku masih lagi sebenarnya tak tau apa plan aku pada cuti Raya kelak. Nak balik rumah Ima, rumah dia dah penuh dengan sanak sedara and akak2 dan makcik2 dia yang alim lagi sure la aku jadi kecut. So rasanya aku takkan balik ke Ipoh la nampaknya. Ingatkan nak ikut cik Blackie balik Kedah tapi transportation problem pulak. Haduiii.. nampaknya aku akan beraya di Seri Kembangan sorang2 jer lah ditemani Mocky tersayang ku.
Tapi tunggu dan lihat jer lah macam mana plan bila dah kembali ke KL kelak.