Kerana kedegilanku untuk membeli GPS (sebab harga tidak berbaloi dan suara aweks GPS itu tidak lunak) maka berkali2 lah aku sesat di KL + Selangor.
Kejadian sesat aku bermula sehari sebelum bila aku nak ke Hospital Klang. Nak pegi senang sebab si co-pilot tunjukkan jalan. Nak balik aku ikut la signboard KL-Shah Alam. Ok itu ok lagi... sebab aku kena amik kawan di KL Sentral entah camne aku dengan terernya almost sampai Selayang. Tu diaaa... Akhirnya jumpa jugak jalan keluar ke arah KL Sentral. Kira macam pusing2 la giteww... jalan2 katakan.
Semalam aku nak ke Hospital Sg. Buloh. Aper ni?? Semua hospital aku kena pegi. Doktor ke aku? Dokter Cinta ke? Anyway, based on instruction kawan ku dia suruh ke arah Damansara amik Jalan ke Sg. Buloh-Kepong lalu tol. Ok itu lepas... dengan bijak bistarinya aku sampai ke Kepong-Desa Aman Puri. Nasib baik aku familiar area tu sebab dolu2, tahun 2005 ex-ku duduk sana. Nahh.. bertanya la jalan dengan saper2 aku jumpa di stesen minyak. Malu bertanya sesat jalan dan sebab aku tak malu tanya aku sampai destinasi. Fuuhhh....
Nampak gayanya aku memang kena beli GPS ni. Karang mana2 aweks nak ajak aku date jumpa somewhere dari aku seorang yang sangat tepat on-time jadi delay pulak. Tak pasal aku dikatakan membuat janji-Bidayuh situ...
p/s: Saper nak jual GPS murs2 yang ada suara aweks lunak?
