Wednesday, June 30, 2010

Stress with NO reason?!

Motif aku rasa stress tanpa sebab? Nak kata keja in fact sekarang aku gi keja seawal 7am aku dah terpacak depan pintu masuk dan aku lah orang pertama yang membuka semua lampu di ofis. Kalau aku rajin lah. Mostly aku akan buka lampu dalam bilik aku jer. Check email and buat to-do-list of the day! Langsung tak membuatkan aku stress. Sebelum ni pukul 10am baru sampai ofis. So apa lagi?
Social life aku? Hurm... sedikit sebanyak menyumbang kot. Malas la pulak nak fikir.. Tak cukup bersosial lagi ni.
Financial? Tiada masalah, monthly commitment semua dah settle.
Mocky & Jake? (Penting diorg ni dalam hidup aku) Sejak Mocky balik daripada treatment minggu lepas si Jake merasa jengkel dengan kehadiran Mocky di rumah.. Ntah apa2 si Jake. Jeles kot sebab Mocky kena manja lebey.
Family? Owh ya.. dah almost a year aku tak balik kampung halaman. huhuhu... ni kot penyebab aku stress which aku dah salah tafsir stress dgn rindu... Huhuhuu.....
OK lah.. aku sebenarnya bukan stress tapi RINDU my family....

Tuesday, June 29, 2010

Life must go on katanya...

Agaknya kalau aku buat pekasam blog aku ni pasti dah boleh buat lauk sebulan ni. Tapi apakah rasanya. Suatu ketika dulu aku rajin sangat update blog. Almost everyday. Walau busy mana sekalipun. Tapi most of the post lebih kurang diari kehidupanku. Sesekali jer aku akan menceritakan benda lain yang semestinya berkaitan jugak dengan hidupku.
Well, memandangkan dah lama tak update ni, aku dah tak tau nak start dari mana. Hurm..
By the way, gathering forum is next month, 2 weeks away la kot. A week before aku harus berada di Thailand. OMG! Jangan lah clash dengan masa aku di sana. Damn it.. aku tak suka kalau everything has been planned for long time and last minute you can't do anything once the task given. Siapa yang suka yer tak?
Last week aku di Labuan selama seminggu gitu, aku rasa sungguh homey, apart from diorg letak aku di Dorsett Hotel yang penuh dengan expat tapi every single day aku di sana, aku penuhi dengan aktiviti riadah lepas kerja semestinya dan sesungguhnya 5 tahun aku di berada di Labuan lepas memberikan aku sejuta kenangan perjalanan hidup ku dari lepas study sampai masuk alam pekerjaan.
Dan hampir setahun aku dah tak menjenguk keluarga aku di Kuching. Aku boleh jer balik weekend tapi aku tak suka the fact that i just spend almost 2 days, tu pun tak sampai if aku balik malam jumaat sampai Kuching tengah malam and balik tengah hari Ahad. Apa aku leh buat? Nak kepit celah ketiak mak pun belum tentu lagi boleh buat sampai dia rimas. Hahaha...
Apa2 pun.. hujung bulan jer Tesco penuh sampai troli pun kena tunggu giliran nak guna. Tapi I like Tesco so much! Tiberrr...

Thursday, June 10, 2010

Marvellous nya!

Hello uols.. i dah bangkit dari mimpi ngeri. Amboi.. ngeri jer aku dengar. Ye lah.. hari tu 'jatuh katil'.. kali ni dah pasang 'palang' kat tepi katil so takde la nak jatuh lagi dah. Sampai palang tu roboh baru lah kemungkinan besar aku akan jatuh lagi. So harap2 palang tu bertahan lama la kiranya.
Lama sungguh aku tak hapdet panjang2. Korang nak baca ke? Anyway, takde cerita yang menarik. Cuma di company aku ni ada beberapa manusia dah quitting... jangan tanya aku kenapa diorg quit. Kebanyakkan harus offer baik punya. So... sesaper yang sedang mencari keja tu, sila lah apply yer.
Weekend ni rasanya aku tak beraktiviti luar sebab aku dah beli stok DVD banyak.. muahahahaha... jadi aku nak movie-marathon sampai mata dan telinga aku berdarah dan punggung aku kebas!
Next week aku busy travelling. Kesian kesayangan aku sorang2... takpe.. dia tough girl. she can survive punya!
Yeyeyeyeye... esok World Cup!!! *tiberrr*

Friday, June 4, 2010

Jatuh!

Sekali lagi aku jatuh... sakit sungguh!

Friday, May 21, 2010

Off for Misi Keja

Uols.. i will be off to Sukhothai esok. Patutnya harini I dah sampai Bangkok tetapi deyols tidak mahu weols stay di Bangkok atas sebab2 keselamatan. So esok fly ke Bangkok then terus ke North Thai. Alahai.. mudahan tak lama di sana. Tetapi kalau tiada rusuhan dan masalah pasti aku tidak merasa terkinja2 nak balik malahan spending extra days di sana. Apa lagi... almaklum, jauh2 aku dah pegi yang dekat2 ni tak penah jejak.
Next job after Thailand will be in Indonesia. Hurm.. then Laos.. then Cambodia.. then tak tau.. Aku seperti pasukan RELA weiii... Misi Keamanan di situ cuma bezanya memang la bukan misi keamanan sebab aku ada tugasan. Macam wartawan pulak bunyi nya...

Antara panorama di Sukhothai.. owh.. indahnya!