Friday, April 29, 2011

Apa saja asal boleh buat duit

Hari ini aku lepak2 dalam Mudah.com. Saja aku suka tengok benda2 dan servis yang dijual dalam website tersebut dan aku sendiri pernah berurusan dengan orang perseorangan melalui Mudah.com.


Aku tak berapa gemar e.bay kerana kebanyakkan barangan nya melalui proses bidding. Boring.. ko letak harga terus, ada orang nak beli orang call, kalau takde ko kena kurang kan harga lah. As simple as that. Tapi bidding2 ni bleh jadi kegilaan jugak seperti proses mem-bidding kereta di ****** yang aku penah ikut sebelum ini.


Proses nya, wakil2 dari syarikat jualan kereta terpakai akan berkumpul dengan dokumen2 tertentu dan cash tapi to be safe ramai yang bawa cheque lah. So proses nya lebih kurang seperti yang anda sedia maklum. Sesebuah kereta itu akan dibuka bidaan semurah RM3000 for Proton Wira (ni pada masa aku pegi lah). Owh sebelum itu, wakil2 ini diberi bbrp jam (sampai awal) untuk memeriksa keadaan kereta, meneliti dokumen dan sebagainya sebelum start bidaan kelak. Kasi puas sama hati maaa.... aku pun sibuk jugak di situ.. :D
Seronok..


Anyway, balik kepada tajuk. Sejak beberapa hari lepas aku suka godeh2 Mudah.com especially pets category sbb aku suka tgk gambar2 kucing2 comel (buat muka kesian) untuk dijual. Kalau lah rumah aku tu ada ruang yang cukup untuk kucing2 ni memang aku dah beli semuanya. Muahahhaa.. dannnnn.. paling lawak (ke aku sorang jer yang rasa lawak) mating service. Takpe lagi tu kalau yang offer tu dia nak kucing jantan untuk mate tu comel dan baka baik. Ni ada yang offer kucing jantan, baka tah apa2 dengan bayaran RM300 for a week. Makan minum dan pasir tuan punya kucing betina kena sedia kan.. Macam sial kan... Confident betul kucing dia tu bleh bagi baka baik kat kucing orang lain. Nak jer aku sms orang tersebut cakap aku pun ada kucing jantan yang hyper, hensem, gaya mutu keunggulan dpd kucing ko tu. Baka terbaik some more. I am proud of you Jake! Tu lah dia bila semua benda nak buat asal boleh buat duit. Saja kan dengki aku ni. Biar.. peduli apa... :P

"Ai malu dikata baka terbaek... auuwww"

Wednesday, April 27, 2011

Menyampah la jugak

Nyaris apa? Nyaris pegi lautan sepi la. Akhirnya hantar orang lain. Kalau tak lagi merana aku standby atas rig tu sebab sekarang ni bad weather. Maka weekend ni termasuk Isnin cuti bleh la berehat panjang. Yey. Banyak aktiviti nak buat ni. DVD.. DVD.. DVD and DVD.. hahaha.. ok la kan. Banyak lagi stok tak abis tengok tu. Buat rugi jer beli tapi tak tengok. Yang penting Devil's wear Prada dan White Chick tengok berkali2 pun aku tak jemu.


Owh God.. aku tak tahu lah apa jadi dengan Malaysia sekarang ni. Nak sentuh isu politik langsung aku tak berminat. Tak tau langsung pasal apa yang berlaku lagi lah tipu. Setiap hari aku akan spend at least an hour (during lunch time - sbb gua diet unless cik M masak buat bekal) baca blog2 dan artikel2 berkaitan apa yang berlaku dalam negara. Sekarang ni makin banyak blog2 dan penulis alam maya yang berani melontarkan rasa tak puas hati yang membabitkan orang perseorangan majoriti dalam dunia politik terhadap sesiapa saja dalam bentuk apa saja. Nak telur Omega setengah masak 4 biji.. oppsss...


Apa-apa pun, aku tetap sakit hati dengan pemotongan income tax!!! yang melampau.. apa aku dapat? Makan kat kedai mamak kat the curve pun kena 6% tax. Then apa la gunanya gaji aku pun di-taxkan??? Masuk hospital/klinik swasta kalau tak ada insurans mmg menanges la ko nak bayar bil. Puas aku carik artikel pasal topik ni. Takde pulak yang berani nak hentam secara menyeluruh. Dasar nak kasi blog dia glamour dengan topik-topik panas pasal Omega la, DNA la.. artis pakai seksi la. Pastu penuh iklan tah pa per... Pegi mati!!!

Kau ado??

Wednesday, April 20, 2011

Sayang Sarawak

Kamek sayang ngan Sarawak tapi giney mun urang tua palak putih ya gik masih juak sikmok turun2. Pa kes gik nya mok duduk lama2. Nang sik sedar dirik juak ehh.. Walaupun mek tok dah hampir 8 tahun dah merantau keja tempat urang. Tapi sesekali balit Sarawak nang rindu rasa. Lagi2 dengan family mek gik di sinun. Tedah nanga sidak. Adik mek nok laki ya pun dgn bini nya dah diam rah Labuan kak nya dah dapat keja sia. Sik lamak gik ada 2 orang adik mek ikut juak jejak langkah meninggalkan mak bapak mek di Kuching. Anyway, mun bleh nang sikmok lah Sarawak ya jadi kedak sitok. Sebab sinun gik rami bangsa2 dan keturunan and so far sikda gik isu racist melampau.

So apa2 pun perintah (gov) mek orang sik kisah janji ktk orang tunaikan janji dan jadi wakil rakyat benar2. Boh gago nak ngisi poket dikpun. Mun camya jadinya.. nang taik palat la ktk urang ya.

Udah malas ku nak gago pasal politik. Sik juak ke siney2 tek. Yang penting Gawai ku mesti balit. Jumpa family tersayang.. SAYANG SIDAKNYA!

Sunday, March 27, 2011

Kembali bersiaran dari lautan sepi

Last post; end of January 2011. Alah.. baru 2 bulan. Relax la.. tak bersawang lagi kan. Actually takde mende sangat nak update, kecuali hormon extremist aku ni membuak2 nak organize White Water Rafting lagi. Kali ni nak ajak kawan2 sekalian. Sebelum ni dengan budak2 ofis.
Tak tau la kenapa aku takleh nak update blog dari ofis. Dengan facebook dan youtube apatah lagi porn site semua di banned. Salah satu cara untuk mengelak ofis-met (termasuk aku) mengular agaknya. Teettt... salah... tetap jugak mengular mereka tu dengan aktiviti lain. Konon pegi jumpa client tapi bila call tetiba bunyi macam di KL Sentral - ada announcement train ke Rawang. Haaa... motif? jumpa client di KL Sentral ka kamu?? Bijak2...
Owh.. tidak lah aku mahu menceritakan perihal rakan2 sekerja ku dengan aktiviti 'luar keja' mereka itu kerana tiada kepentingan buat ku. Lebih kepada ketidakpuashatian ku terhadap semua site telah di banned. Nevermind.
Pasti ada yang tertanya2 kenapa aku masih berada di lautan sepi padahal aku benci (tidak lah 100%) dengan lautan sepi itu. Sebenarnya kadang2 aku merindui kehidupan di lautan sepi (seperti dulu) dan dengan tugasan ku yang hanya beberapa hari saja kemudian aku kembali ke darat - terus ke KL maka aku tidak keberatan untuk kembali ke lautan sepi sesekali. Terperap saja di ofis akan membuatkan aku lebih banyak idea untuk mengular. Oppps.... SALAH! Aku lah antara pekerja dedikasi kerana aku sanggup back to back job ke lautan sepi dan bekerja dari lautan sepi berurusan dengan clients dari Malaysia/Brunei dan Thailan juga Labuan/Kemaman Bases. Haaa... mana nak carik?? Kalau aku nak mengular pun boss bagi green light lah..
Aku merungut sekarang kerana job tak start lagi dan aku tak buat apa2... This is not right. I'm getting paid to work! Walaweiihh.....

Monday, January 31, 2011

Cuti dan cuti dan sakit gigi

Lepas kembali dari lautan sepi Khamis lalu, Jumaat ingatkan nak merehatkan tulang2 dan jiwa raga yang penat. Pastu baru teringat nak pegi cabut gigi geraham bongsu ku yang selalu menyakitkan bila nak kuar ni. Kerana tak cukup space nak kuar maka ianya tumbuh menyenget sehingga bentuk muka ku dah bersegi ala2 Demi Moore.. ehh menyampah taknak kalah.. :P
So aku pun drive la ke klinik gigi di Pandan Indah. Jauh betoii..
Doktor suggest aku cabut yang selalu sakit then baru the other side. Sebab gigi ku tumbuh senget maka perlukan minor surgery. Minor tak minor jugak la dalam 4-stitches. Persis orang bergaduh dalam bilik operation kerana lepas 7 kali bius pun aku masih rasa sakit. Isk isk.. degil betul gigi tersebut.
Lepas 2 jam setengah berperang dengan doktor, aku pun konon nya nak drive balik rumah dan relax. Penat OK 'berperang' dengan gigi. Tetapi instead of aku membelok ke jalan Kuching aku terus ke Bukit Bintang. Ley? Nak manjakan diri kunun.
PC fair tak penah memboringkan aku. Kalau aku billion-wan dah ku borong Low Yatt tersebut. Anyway, haruslah sambar satu gadget lepas almost 6 bulan tak penah membelikan diri ini apa2. Then aku balik dengan HAPPY... yey..
Anyway, wishing kalian dan kalian semua Happy Holiday! Gong Xi Fa Chai!!