Apa yang best tapi bosan tu? Yang best nya aku kat Singapore ni aku punya apartment (staffhouse) di Sommersat Cairnhill betul2 di tengah2 bandar and di Orchard road. Kalau korang nak tau, ni la area yang paling ALIVE di malam hari besides Clarke Quay tu. Anyway, sebab aku ni lepas balik dari ofis di sini aku terus merasa penat dan takde mood nak kuar so tu yang aku tak jalan2 sekitar bandar menyaksikan kehidupan bandar.
Hari ni aku dari Loyang ke Novena. Basically Loyang base tu macam kalau di Msia, base di Kemaman or Labuan dan Novena tu macam KL office.
Setelah padat otak aku dengan input dari boss aku di sini maka aku memohon diri untuk balik apartment pukul 6pm camtu.
So aku yang suka adventure ni pun bercadang untuk menaiki MRT. Dari Novena station sampai Somerset station pelbagai ragam manusia ku lihat. Suasana di train station memang ramai dengan warga kota yang nak balik ke rumah seperti di KL jugak tetapi setiap train yang dinaiki takde pulak aksi padat memadat dan menolak2. Samada warga di sini memang berdisplin (konon) or sistem pengangkutan di sini sangat efficient. Paling aku kagum dengan sistem teksi diorg. Just call nombor taxy company then takyah nak bercakap dengan sesaper just press #1 untuk lokasi teksi akan amik yakni lokasi anda berada sekarang. Everything is connected and dalam masa kurang 30saat terdengar suara operator menyatakan taxi no. dan masa ketibaan which less than 10min. So anda just tunggu saja and taxi akan muncul depan anda. Kagum.. kagum.... Taxi di Msia bila lagi?
No comments:
Post a Comment