Haa... tu dia.. Gossip uols. Fortune Park?? Tu la apartment weols stay di Seri Kembangan. Nanti weols buat open house lepas raya (mudahan ada kesempatan.. hehehe...) barulah I bagi peta nak ke sana. Mana2 yang ada Garmin tu just type jer nama apartment... voila! keluar sudah routes yang korang nak. Unless korang dari Uganda lah..
Anyway, semalam aku balik dengan berlengah2 sebab takde orang di rumah, si partner pegi berbuka puasa dgn Zura (housemate/kwn si partner) kat Shah Alam katanya. So I yang dari KL ni pun malas la nak join. Drive balik rumah around 6:30pm sebab nak elak stuck kat jam depan KLCC and Jalan Ampang tu. So sampai umah, kemas2 rumah sikit (banyak sebenarnya) then....zasss...
Terdengar la punya la kuat bunyi orang di bawah seperti melempar2 barang dan berteriak2. Diamati betul2. Yes uolss.. gaduh ok. Berdasarkan butir2 perkataan, nampaknya pasangan Melayu sebab dengar perkataan, mati la, jahanam la, sial la..
So sebab aku ni tak puas hati dengar dari kejauhan maka aku pun keluar sikit dari rumah. In between pintu dan jeriji besi. (Kak Bedah sungguh ok) Tapi bukan aku sahaja yang sibuk menjenguk, ramai lagi rupanya yang dah bertenggek kat koridor laluan depan rumah aku tu. Sebab pergaduhan tu betul2 di tingkat bawah rumah weols. Reminder: Rumah weols tkt. 20 ok! Pergaduhan tu nampaknya terjadi di koridor bawah. Tu diaaa... nak bagitau satu kampung yang laki ko main kayu tiga. Difahamkan perempuan yang dituduh berkayu tiga dengan laki dia tu pun ada kat situ. Mendidih babeeee!!!... (I tak la sampai tengok adegan tu dgn mata sendiri tapi berdasarkan dialog deyols)
Tetiba I jadi seriau. What if... what if pompuan histeria tu terjun? Harus ngeri and weols la saksi. So.. I pun cepat2 masuk dalam rumah.
Tapi pergaduhan masih lagi berterusan cuma lepas 30mins kemudian keadaan nampaknya aman. Mungkin telah dileraikan oleh security guard. Ye lah.. karang tak pasal2 haunted pulak apartment tu. Eeeeee.... minta simpang la!
I bet uols mesti ada yang penah experience jiran gaduh kan. Kalau yang rumah dinding nipis tu memang boleh la tekap telinga kat dinding utk dengar dari rumah sebelah. Ke ada yang penah dengar org 'main'. Ni kat hotel aku selalu la dengar dulu. Hahaha... keji2. Takpe Iols tak puasa.
No comments:
Post a Comment