Haduiii.. Semua orang balik beraya ke kampung halaman masing2. Sungguh la kebosanan aku di KL ni. Harapan untuk balik beraya bersama sang partner tidak kesampaian kali ni sebab difahamkan semua adik beradik dia balik and aku taknak mengkalutkan suasana family sedang berkumpul. So aku mengambil keputusan untuk tinggal sorang2 di KL dengan harapan aku akan menggunakan cuti ini sepenuhnya dengan berehat di rumah. Ye lah.. berehat jer la. Gaji pun takde lagi so tak dapat la aku nak shopping2 or joli2.
Nasib la malam Jumaat tersebut kawanku si Syida and husband dia sudi nak teman aku tgk 3D Final Destination. Walaupun citer tersebut hampeh berdasarkan review kawan2 tapi sebab takde benda maka aku tonton jer la.
The next day aku hanya lepak dalam rumah dan online sampai lebam. Sampai dah tak tau nak surf apa dah. Semalam aku mengajak si Feez teman aku tengok wayang citer G-Force 3D. Sakit tengkuk sebab seat yang ada hanya barisan hadapan. Keji. Thanks Feez sebab raya pun u sudi nak temankan diriku ini.
Hari ini pun aku lepak di rumah jer. Layan Astro sampai lebam. Takde citer menarik aku tengok DVD. Abis se-movie aku online balik.
Sesungguhnya cuti ini sangatlah tak produktif, tak tau nak buat apa sampai semua baju2 dalam almari aku seterikakan.
Haduiiii.... bosannn!!!
No comments:
Post a Comment