Wednesday, November 18, 2009

Body-aching all over

Penangan paintball masih lagi terasa. Badan masih sakit2 lagi. Nak gerak pun payah. (sebenarnya dah lama tak bersenam ni... nak kata pemalas, fanta ni sangat rajin orangnya) Merasa aku cuti konon2 MC semalam sebab aku rasa cam malas dan tak larat nak bangun. Otot paha macam nak tercabut jer. Tapi bila dah tengah hari lepas kemas2 umah sikit (feeling2 surirumah.. asyik la) badan pun macam dah ok and rasa cam nak pegi ofis. Tapi sebab dah call boss and cakap nak MC so buat apa nak merajinkan diri ke ofis kan? Muahahaha.... Tapi aku tak pegi klinik pun amik MC sebab aku malas. Ley? Malah ke Tesco beli sedikit barang. Dasar Fanta..
Anyway, harini mood malas nak pegi keja. Tapi tak boleh la camtu kan. Kena gigih. Dan sebab aku ini sangat bertanggungjawab orangnya so aku pun pegi jugak la keja dengan hati yang riang (pura2). Sampai ofis pukul 9am. Mana semua orang? Ada la 2 3 ekor budak2 internship. Ke diorg isytihar cuti semalam? Hurm.. sampai la ni pun aku tak nampak orang lagi dalam ofis ni. Tapi aku tanya la si amoi comey bernama Shannen itu (dia stret tegar so dilarang mengusha karang dia taknak bagi aku barangan company free), Amoi cakap semua orang mengular. Dasat2.. Tiap kali aku masuk ofis Amoi ni mesti aku akan dapat goodies. Harini aku dapat baju company set2 kain jersey dan set bola golf. Saja buat koleksi sbb aku kan 'caddy'. Hehehe...
Petang ni nak buat apa ek? Balik awal and mandi swim pool. Dah masuk 3 minggu duduk rumah baru tapi belum penah lagi jejak badan dalam swim pool dia yang best itu. Harini mesti ai merealisasikan impian itu.
Kejaaaa woiii... hurm... sigup dulu jom..
p/s: hey you lovestone, yes you! Jom mandi sekali.. :P

Monday, November 16, 2009

Weekend da best!

Sebab aku taknak menjeleskan semua orang yang weekend aku sangat best maka aku simpulkan sikit2 sudeyhhh...
Jumaat malam rakan2 bisnes berkumpul di rumah. Tak sia2 ku ajak diorg berkumpul dan ramai yang tertarik. Bagus.. bagus..
Sabtu lepas lunch, balik rumah and kemas2 rumah. Aku ni jenis tak tahan kalau rumah sepah. Menangis mata ini ok. So dengan hanya berseluar pendek dan sport bra. (Seksi la kononnya) Tak la.. aku ni kalau berpeluh macam hujan ok. Then aku tertido dengan enaknya padahal matahari sangat memancar ke muka tapi tak ku hiraukan. Bangun jer aku rasa macam badan aku panas. Rupanya aku dah ter-tanning-kan diriku. Vavis... Sia2 jer aku mandi guna whitening shower gel. Motifff???
Check hp, ada msg masuk, BFF ajak lepak di Bangsar. Terus aku bersiap dan pegi. Lepak and lepak and gelak and sakat and gurau semua sekali la. Sampai tak sedar dah 3-4 jam duduk di Chillis then weols ke TTDI Plaza. Ke sebuah bar yang kononnya ada pole/stage dance. Tunggu punya tunggu takde la pulak. Padahal dancer dah berbaris. Tapi weols ni gigih nak mencuba tempat lain pulak so weols pun pegi ke another bar dalam TTDI Plaza tu jugak. Korang yang dah penah pegi TTDI plaza ni mesti tau kan. Or yang tak tau, konsep macam Solaris Mont Kiara. Nahh... best best.
Layan sampai pukul 2am then pickup cik L dari Imbi and balik ke Damansara, isi perut and sambung lagi aktiviti lepak and minum di rumah. Sedar2 dah pukul 6am (Ahad).
Baru jer nak landing atas katil jam dah bunyi sebab weols kan gigih nak pegi PaintBall. Ni adalah acara kemuncak weekend ku. :D
Paintball di Kajang dengan budak2 forum ini sangat BEST!!!!... Diulangi... BEST GILER... Thanks Encik Macho = Ijat = Cicakmasin sebab menganjurkan activity yang best tak hengat ini.
Lebam2 dan sengal2 badan memang lumrah. Tapi yang penting enjoy. (Maaf takde gambar untuk menjeleskan orang yang tak pegi tunggu kawan2 upload dalam facebook jer)
Sampai rumah around 2pm. Mandi and terus tido sebab memang tak tido2 lagi dari semalamannya. Akhirnya aku terbangun tengah malam and takleh tido. Sampai pagi and terus pegi keja ni aku tak tido. Sekarang dah lemau. Camne???
Soalan trivia : Siapakah Mafia sebenar/sejati???

Tuesday, November 10, 2009

Home New Home

Hope this will be my last home sebab dah tak larat dah nak pindah. Giler weiii... tensi gua. Tapi akhirnya last weekend weols sepenuhnya dah menduduki rumah weols di Damansara Perdana, Metropolitan Square, rumah tingkat paling atas sekali. Taknak kalah, feeling2 pent house ok!
Memandangkan I taknak berlengah keluar dari rumah di Seri Kembangan maka I pun decided untuk move my stuff cepat2, housemates I yang lain just angkat barang yang diorg larat nak bawa dengan keta. Yang besar2 tunggu ada masa. So bilik I dah agak complete dan selesa. Tido malam memang layan sambil tengok suasana Damansara. Hurm... Tido sendiri harus la tak syok kan. :P
So kali ni memang kena la buat house warming party sebab rakan2 serumah sekarang sengetians (bukan la budak forum tapi yang pasti sangat senget) dan penghuni rumah yang disayangi iaitu Mocky dan kawan2 dia Kimora dan Jake. Style kan? Nama taknak kalah.
Anyway, sepatutnya Jumaat malam ni weols plan nak buat house warming party tetapi weols telah menjemput a successful businesswoman Aunty Norihah dari Kuching untuk introduction and talk about the business di rumah. Weols semua gigih ok! Kami sangat berbangga sebab dapat mengoffer diri menjadi host dengan rumah yang belum ada furniture lagi. Segan la pulok. She is very successful and an excellent example for all of us who wants to achieve financial freedom. Chaiyookk....
So saper2 yang nak tahu lebih lanjut, Jumaat ni kita beramai2 berkumpul di rumah Fanta pukul 7:30pm (sedikit makanan dan minuman disediakan) untuk berjumpa sendiri dengan Aunty Norihah ini. Lihat sendiri dan dengar rahsia kejayaan beliau.

Wednesday, November 4, 2009

Kemamang oh Kemamang

Aku plan lepak Kemaman utk beberapa hari jer sebab aku kena balik KL on Thursday nak tolong cik L pindah and Jumaat aku nak cuti pindah barang aku pulak. Tapi.. hurm.. macam tak dapat jer nak selesaikan masalah di Kemaman ni. Sakit jiwa aku sekejap. Tapi sebab aku ni kan daring. Wahh.. bukan dashing ok. So aku rasa esok aku balik jugak and kalau aku diperlukan lagi aku akan datang sini next week. Tapi Isnin petang aku nak ikut cik L ke Johor. :P Merasa aku dapat dating dalam keta dengan dia itupun kalau dia tak layan tido sepanjang jalan.
Aku dah hampir setahun tak jejak kaki ke bandar Kemaman ni. Dulu masa dengan company lama ku, ada la aku selalu datang sini samada urusan keja di base atau transit sebelum ke offshore. Tapi sekarang aku dengan company Merah ini maka aku ke Kemaman untuk urusan darat sahaja tapi melibatkan equipment yang pegi offshore.
Aku ingatkan KL jer traffic jam teruk rupanya Kemaman pun sama especially pagi2 area nak pegi ke Kemaman Supply Base, sebab jalan bottle neck dari 2 lane kepada 1 lane. Memang slow la traffic. Tapi sebab pagi2 so aku tak kisah la sebab aku dah biasa dengan jam di KL. Alah bisa tegal biasa katanya. Aku tak tau kenapa aku takde masalah stuck dalam jam lama2. Oppss.. bukan la aku suka jam tapi aku rasa macam no problem la except kalau aku dah lambat. Mungkin kerana waktu keja ku yang agak flexible so aku tak kisah pun pukul brp aku nak sampai ofis. Tapi alasan kena baik punya la. Aku tak penah guna alasan jam. Selalu tu aku bagi alasan jujur seperti aku bangun tido lambat sebab malam aku ada night activity or aku cakap aku drive 40km/j. Drive safe kaedahnya. Tak pun aku akan terus ke client office di KLCC. Saja lepak KLCC dengan client merangkap kawan2 aku. :P
Sebab waktu keja aku yang flexible ni walaupun dalam job description from 8-5 tapi kadang2 tu from 9-11 then 2-6. Ada lah masanya aku akan datang seawal sebelum pukul 7am then balik pukul 4pm or paling keji pukul 3pm dan aku akan lepak di mana2. Kalau orang perlukan aku dia call lah. Kan senang.. :P
Lagi sekali kalau aku jadi balik esok, malam ni aku nak gi lepak Cherating (dengan harapan cuaca baik la) Lama giler tak lepak sana. Saper aku nak roger ni. Kawan2 company lama ramai sebenarnya. Hurmmm... wait and see la kalau aku balik bilik and katil taknak lepaskan aku maka aku tak pegi la. Hadui la katil...

Monday, November 2, 2009

Hapdet sikit

Bersiaran dari Homestay Hotel, Kemaman. (Hotel baru ni and nak mencuba sebab taknak ditempatkan di Awana Kijal yang jauh itu) Lama tak hapdet. Ternyata busy dating katanya. Opps.. Anyway, weols dah confirmkan rumah sewa baru weols di Damansara Perdana, Metropolitan Square. Housemates i, Juwan and Cik L (soon-but-not-to-soon to be my room-mates/soulmates... auuwww) Cepat sungguh kaedahnya kan. Tidak secepat itu tapi kalau dah jodoh nak wat camne la kan. Sungguh la si Fanta ni kesunyian. Tapi ianya sangat menceriakan hidup Fanta baru2 ini. Single puas2 dulu ya...
Last week sangat busy dengan keja di ofis dan network biz yang sentiasa ada home-meeting. Seronok sebenarnya lepas balik keja and gi jumpa kawan2 masa home-meeting di samping menambah ilmu mengenai kejayaan utk kaya.
Biz cafe tetap dalam proses mengumpul maklumat untuk proposal paperwork. Banyak jugak nak kena fikir dan rancang. At the same time mengambil kesempatan date dengan cik L yang sentiasa busy dengan cases dan study nya.
I akan balik ke KL hari Khamis ni and terus tolong cik L pindah and the next day I pulak berpindah. Mocky want to move to a new house and meet new friends si Jake and Kimora (kucing cik L) So weols akan ada 3 ekor kucing yang comel. Riang lagi sekali.
Di Kemaman ni nasib la I drive my car and senang sikit nak gerak ke sana ke mari. Takyah la nak tunggu teksi or company transport.
Well, tu jer kot hapdet I. Nanti i nak citer panjang menguap pulak kawan2 baca I ni asyik la citer pasal Cik L i tu. :P