Thursday, September 23, 2010

Makan madness!

Fanta dan makanan memang tak dapat dipisahkan (siapa tidak kan?)... pantang lalu kat kedai makan or gerai yang ada menjual makanan or orang yang sedang makan.. asalkan boleh masuk mulut pasti akan singgah or paling kurang amik bau.
Tak tau kenapa sejak akhir2 ini aku lagi kuat makan. Isk.. Breakfast heavy, lunch heavy.. dinner takyah cakap la.. Lagi2 kalau makanan berunsur gorengan dan ulaman. Tetapi apa saja pun boleh. I dont care sebab nafsu makan besar ni. Risau jugak berat badan naik. Tapi sejak 2-3 minggu lalu ni nafsu menjadi2. Ditimbang takde pulak beza. (takkan penimbang rosak kot sbb semua jenis penimbang i cuba)
Tetapi... tidak semua aku bedal. Paling menambat hati sudah pasti ulaman. Fast food tidak berapa, sesekali boleh... Masakan melayu sudah pasti!!.. Nasi putih panas+ikan masin+cencaluk (aduii... terliur sudah...) Seafood .. woooooo.... yumyum...
Pagi pegi keja aku akan fikir nak breakfast apa on the way time driving. Then tengah hari macam biasa kalau tak mamak bawah ofis, japanese restaurant sebelah or concorde lane for masakan Melayu. Sebelum balik keja akan fikir nak makan apa dan di mana. Perghhh.. meriah sungguh memikirkan pasal makanan jer... hahahha.....
Nak tea break Maggi Goreng lah.... daaaa...

Wednesday, September 22, 2010

Speedy Gonzales

Harini aku kuar rumah kol 7:15 dan aku sampai ofis pukul 7:45am. Muahahhahaa.... Esok aku nak kuar umah kol 5am lah... lagi best sampai kol 5:15am. Owhh.. i love my office so much. (Gila!?)

Tuesday, September 21, 2010

New Schedule Sep 2010

Harini aku banyak keja tapi aku buat dengan kerelaan sahaja. Kalau buat dalam keadaan terpaksa nanti hasilnya tidak memberangsangkan. Ley? Harus lah boleh.. dah aku punya keja.
Anyway, if as per plan minggu ni. Work: Khamis pagi need to be in Kerteh. Off to rig for pre-spud meeting. Tengah hari turun darat. Petang amik flight balik KL. Sabtu: Kerteh again then Ahad naik lagi for the job selama tak-tau-berapa-hari hopefully 3-4 hari jer. If plan di atas tak jadi; Social Life: Khamis/Jumaat persiapan Biz. Berbiz di Matic on Saturday kalau biz-partner takleh buat. Kalau dia sudi nak buat minggu ni, nak gi mancing kat Klang dengan geng2 separa kekar sampai malam or awal pagi. Ahad pagi guling2 atas katil, manja2 dan gomol2 si Jake VanderWoodson. Tengah hari layan PS sampai lebam. Petang, drive range (depends dengan ahlul yang nak ngejoin) kalau sorang2 harus aku tak pegi dan layan lagi PS sampai tangan aku krem.
Maka schedule aku keutamaan diberikan kepada Work dulu.

Racing dari Damansara ke KL

Harini aku set2 la nak bangun seawal pukul 6am dan drive ke ofis pukul 6:30am at least sebab aku ada meeting pukul 8:30am di KLCC. Seperti sebelum ini, kalau aku kuar dari rumah pukul 7:30am mmg alamatnya sejam la aku stuck dalam traffic. So set2 bangun awal dan pegi keja awal terkubur begitu sahaja bila aku terlajak tido sampai pukul 7am. Terus aku bangun dengan grumpy nya. Padan muka aku sebab layan CSI:NY lagi semalam. Selagi tak abis satu episod aku takkan berganjak.
Anyway, i managed to race and drift baekkk punya sepanjang perjalanan. It usually took me 45min to 1hr jugak la meredah jem. Tetapi dengan gaya pemanduan berunsur penjenayah lari dari polis i managed to make it 20-30min. Satu pencapaian tu. Tapi aku takleh la jadi samseng jalanan selalu sebab Fanta pemandu berhemah. Choiii!!!
OK uols.. nak gi meeting dulu. Nak usha gadis2 di KLCC dulu.. auuwww....

Monday, September 20, 2010

Selepas cuti panjang

Agak tidak terlambat untuk wish my Muslim's friends Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Raya kan sebulan. Ada jemputan rumah terbuka tu jangan dilupa Fanta yer. Hehe..
Anyway, pasti ramai yang bercuti panjang menyambut perayaan tetapi tidak bagi Fanta sebab dia beraya di lautan sepi. Dan ramai tertanya adakah si Fanta kembali bekerja di lautan sepi lagi padahal sebelum ni memang dah taknak pegi. Jawapannya, sesekali pegi and kalau pegi pun tak lama so tidak menjadi masalah.
Last week pegi dan balik keja sangat heaven sebab trafik sangat lancar. Minggu ni semua orang dah kembali menjalankan tugas. Jelas ramai yang lemau masuk ofis. Itulah penangan cuti lama. Thats one of the reason aku takleh cuti lama sebab nanti aku tak tau nak buat apa di rumah or kalau balik Kuching pun 4 hari sudah memadai. Kalau family aku berasal dari semenanjung Malaysia pasti every weekend aku akan drive balik provided dekat la. Kalau nun jauh di utara or selatan maka once a month dah kira bertuah. Ni di Kuhcing nun maka supposed to be twice a year tapi last year sekali setahun dan tahun ni bulan July lepas.
Dah lama rasanya aku tak plan for vacation. Bulan Oct ni cousin ajak pegi Langkawi dan sebab aku tak penah lagi ke Langkawi maka aku terus membeli tiket on the spot. Kalau ditakdirkan aku kena outstation tarikh tersebut maka burn lagi sekali vacation aku. What to do la kan...
Anyway, itu saja update time lunch aku. Dah aku dah ada lunch mates kembali. Bulan lepas semua berpuasa dan aku sekali berpuasa sesekali jikalau tiada lunch mate.
Kenyang.. mata ngantok.. tapi kena buat keja dan aku nak balik awal (padahal sampai ofis pukul 10am) harini sebab aku nak layan PS dgn game2 yang banyak aku beli. Ley?