Tuesday, October 18, 2011

KFC Tom Yam crunch is back!!!

KFC akhirnya keluarkan balik Tom Yum crunch atas permintaan ramai.. antaranya aku lah tu. I like it!! Baby I like it!!! Hari2 mau. (pls jangan gitau cik kesayangan I yer nanti dia mengaum sebab dia tak gemar kita makan makanan bergoreng)


Siapa nak KFC date dgn ai? Korang belanja... hehehe...

Monday, October 17, 2011

LRT oh LRT

Harini I nekad pegi ofis naik LRT. Bukan apa... dah lah parking limited sebab building parking for tenant kena bayar lumpsum for quarter (3 bulan + sebulan deposit) dan schedule aku yang on off maka rugi la weii. Pastu parking kat luar ofis lak memang la per entry RM7 tapi kalau aku lambat sebab kena gi meeting kat KLCC dulu so takde lah space left. Parking visitor lak RM3.50 sejam, nah kirah lah sendiri kalau aku park dari pukul 9am-5pm. Hurm...


So arini aku dengan jayanya park kat LRT Jelatek dan terus naik tren. Best2.. Lama dah tak pegi keja naik LRT. Best jer dapat park keta dengan tenang dan murs2 (RM3 per entry) then enter LRT's guna TnG pastu naik jer terus sampai tren. Tak ramai orang. Sebab semua orang berhimpit2 between 6:30am-8:30am. Ngam2 aku sampai ofis kol 9am. Terbaekkk.... Sure petang nanti berhimpit2 dengan berbagai2 jenis dan karenah manusia. Thats ok. I can take my sweet time kan.




Wednesday, October 12, 2011

Ya ampun! Bersawang ok...

*Amik mode mengeliat dulu* hiyyaahhhh....


Harini memulakan hari bekerja di ofis baru. Masih company lama tapi weols pindah ke ofis yang lebih green (konsep cintai alam sekitar katanya padahal nak cut cost) but its ok. The building itself is super-duper awesome. Rasa bangga weii...


Masuk ofis hari pertama tercarik2 tempat duduk. Rupanya nun di hujung dunia. View sangat best. Satu Ampang sampai ke rumah aku nun di Ukay Perdana pun nampak. Best2... Cuma satu jer tak best, tempat makan. Foodcourt kat bawah very the expensive. Sekali duduk lunch min. RM15. Pengsan. Kalau kat ofis lama dulu bleh makan kat lorong. Murs2 dan sedap2 belaka. Kena buat bekal dari rumah la nampaknya or diet aja. (cepat sikit nak turun badan)


OK. I malas nak citer pasal ofis baru nanti uols tau kat mana ofis I. Blueekkk...


Apa2 pun selamat bekerja kalian. Jom ngular! Ada sesaper nak join? I dah nak gerak ni... bye!

Friday, July 8, 2011

It's Friday and I'm wearing grey

Aha.. Harini dah start roadblock di mana2. Esok sudah pasti lagi meriah sana sini. Semalam ada mat salleh dalam ofis ni dengan confident nya suruh weols pakai baju kuning. Motif nak carik bala? Aku tau dia gurau aja tapi sekali dia and sorg engineer betul2 pakai kuning. OK aku malas nak masuk campur.


This weekend iaitu Sabtu patutnya berlangsung bowling di e@curve seperti yang aku iklankan di post sebelum tetapi nampaknya terpaksa ditunda kerana pihak pin junction baru call aku cakap ada major corporate event and semua 60 lanes diorg dah bayar habis for evening usage. Sedey ok! I dah booked awal2. Then apa lah gunanya konsep booking walaupun dah letak duit?? Ini tidak adil sama sekali!! So kalian... Bowling akan ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kemudian. Sejuta maaf di atas masalah teknikal di atas.


OK lah update sampai sini sebab nak lari ke KLCC pegi cuci mata dulu. Yuk!


Q: If you are investing in property, which state will be your choice?

Thursday, July 7, 2011

I'm back

Nahhh.. kaw! Mana pigi sebulan lebey tarak update blog? Jawapannya, mak busy owkay! Busy apa? Tak tau... Takde citer la uols. Nanti i buat review pasal VARNISH 2.6cc (u know i know) tak pasal2 blog kena terjah ISA la.. KDN la.. PDRM la.. oppss.. yang penting I cuci baju guna serbuk pencuci Trojan. Berkuasa menanggalkan kotoran degil kari kepala ikan Uptown Damansara. Hoii.. bila nak lepak sana lagi?


Harini Khamis sungguh tak terasa. Kerana aku masuk keja semalam. Merasa 2 hari cuti takde la blues sangat. Saja2 cuti. Tak bley ka? Boss aku ok jer approved ko lak sibuk2 tanya pesal?? Sorry emo. Bukan nak period lah.. cuma STRESS dengan roadblock di sana sini ni sampai Ahad ni. Nak pakai baju kuning pun fikir 2-3 kali. Bawak post-it note pun teragak2. Tak pasal2.


By the way, sesiapa yang masih sudi membaca blog gua ini, kecil tapak tangan, pinggan Ikea i tadahkan. Thanks uols. Meatball Ikea dah kembali. Ada bran?


Sebelum tu.. i nak update di sini sekiranya ada yang tak masuk forum or tak mendapat invitation lagi.


Bowling for Fun (sambil2 beriadah) akan diadakan Sabtu ini 9th July. Ya betul kita berhimpun.. oppss.. berjumpa dan ber-bowling di e@curve Damansara pukul 3pm. Bayaran RM20 untuk 2 games. Nak lebih games kita diskas later ok. Uols belanja i. I like!!! Sayang uols. Jumpa di sana yer.