Wednesday, September 30, 2009

Tenteramkan jiwa kacau buat sementara

Buat sementara ni, kalau boleh aku nak cuba segala method untuk membuatkan aku tak teringat2 saat2 manis bersama dia. Aku lepak dengan Black sebab sekarang ni aku menumpang kat rumah dia. Tapi aku rindu sangat dengan si Mocky. Aku rindukan kecomelan dan keletah dan ngiauan dia. Mesti dia dah kurus. Kesian dia. Aku kena cari tempat tinggal cepat2 supaya aku boleh bawa semua hakmilik aku pegi. At the same time sekali lagi aku terpaksa menanggung rugi and belanja yang besar untuk berpindah semula. Aku sekarang dalam proses membeli kereta di KL. Yang murs2 dan within budget saja. Aku tak kisah janji aku ada mode of transportation. Ingat nak beli scooter jer tapi aku cam cuak jugak nak merempit di KL ni. Tunggu jer lah apa yang ada within budget.
Semalam balik keja agak lambat. Aku memang takde mood nak keja tapi nak buat camne kan. Inilah periuk nasi ku. Takkan sebab perempuan aku jadi hancur. Life must go on. Black la yg banyak 'sekolahkan' aku. So aku ajak Black teman aku minum kat luar. Sebab kalau aku balik rumah aku tak dapat tido and teringat kat dia nanti bengkak lagi teruk mata aku. So lepak la weols di Changkat BB. Sedar tak sedar aku dah minum melebihi limit. Tak la sampai mabuk ok. Just aku rasa cam high and ringan and yang aku tau aku lupa yang aku ni sebenarnya ada masalah besar. Balik rumah aku terus tido terbongkang kat couch. Black sangat happy mendengar aku berdengkur means aku dapat tido dengan tenang.
Bangun pagi aku rasa ok sikit tapi bila si dia msg aku tanya apa khabar bagai and citer pasal Mocky mencari2 aku. Motif??? Aku jadi tak keruan balik. Sikit2 asyik nak keluar air mata. Aweksss sangat la lu bro. Sikit2 nak nangis. I memang emo. Jenis lembut jiwa and sangat setia (promote siap) Harus setia babes.. kita tak suka karma buruk kena kat kita. Tapi asyik2 la aku dapat karma buruk kan.
Horoscope sangat tepat (walaupun aku ni susah la nak percaya benda2 camni) menyatakan aku harus menenangkan jiwa aku, membawa diri membuat sesuatu yang aku suka sangat nak buat supaya aku melupakan bebanan (masalah aku sekarang) yang aku lalui ini. Tepat kan...?
So im thinking weekend ni aku nak pegi lepak Genting. Sejuk2 and main kat taman tema. Takde sesaper nak menghalang. Kalau dulu si dia memang la tak suka aku pegi taman tema. Sekarang, ada aku peduli. Dah aku memang suka nak menguji jiwa kental aku. At this point aku rasa Solero Shot tu la yang paling aku nak naik berkali2...
So kekawan yang membaca blog ini, mana2 yang nak pegi menemani dan bermain2 di taman tema dengan ai minggu ni, roger2 ok!!!

Tuesday, September 29, 2009

Im so f*cking upset and frustated!!!

Hello all,
First of all, as mostly korang semua tahu yang I ni dah punya kekasih hati. Tetapi nampaknya sekarang I dalam proses bercerai. Sedih bukan...? Air mata sudah tiada lagi utk dibazirkan. Sedihhh woo.. pegi keja mata bengkak camne nak cover.
Anyway, kesnya mcm ini.... I have the instinct that dia sedang menduakan I tapi i biarkan saja sebab I ni boleh jer become paranoid because of past relationship. Tetapi.... sebab dah tak tahan dengan instinct I yang kuat sangat menyatakan apabila bukti2 sudah nyata dan jelas. Antaranya, bila I call jer asyik waiting call and malam2 sblm tido pun ligat lagi ber-msg. Harus sangsi kan...
So nak dipendekkan citer, lepas raya dia balik and gitau yang dia kena pressure family suruh kawin la apa la.. bertanya sapa kekasih hati la. Tak dinafikan family memang sentiasa akan macam ni tapi dalam kes ini I merasakan family hanya dijadikan alasan semata2.
So I balik and nampak dia masih lagi bermsg2 ntah dgn saper.. bila tanya cakap kawan. Tapi ke mana2 selalu bawa hp sampai nak mandi and pegi dapur pun bawa hp. Sangsi beb...
Bila tgh malam pulak i pura2 tido (the whole evening I balik keja tu) I memang takde mood sangat. Ye lah.. ingatkan bila si dia tu balik semula ke KL dapat la lepas rindu lepas almost 2 minggu tak jumpa. Tapi alih2 dia macam layan tak layan jer. So bila dia dah tido I pun bangun and check laptop dia. Semua ym and msn dia dah sign out tapi hanya satu email dia i boleh buka. And to be soooo much suprised.. the whole thing revealed there... dia email kawan2 dia bertanyakan pendapat and citer dari awal dia kenal that guy sampai ke dia dating (ni masa balik raya hari tu I assumed) ... I menggigil ok...
That night jugak (around 2am) I kemas barang2 I untuk kegunaan seminggu dan contact Black. Nasib la dia sudi bawa I ke rumah dia.
Si dia hanya nangis tapi tak berapa nak menghalang I pegi as she have nothing much to say and its over.

Question is... why???? I'm so heartbroken right now!!!.. I cannot take this anymore... I feel bad... so bad... I miss her yet I hate her for doing this to me... I dont know what to do... huhuuuhu...

Help me all my friends to get through this... i rasa sungguh tak bermaya... I tahu dia akan melalui saat2 bahagia dengan that person and I will be miserable again sampai I boleh through this which I dont know for how long.

Friday, September 25, 2009

Predictable Unpredictable KL

Semenjak aku dah keja di KL ni, banyak benda di darat yang aku pelajari. Wah.. macam la aku tak penah di darat sebelum ni. Ye la aku di darat pun sekejap2 jer. Tapi nak kata aku arif pasal lautan tu aku tak tau la. Emotionally nya aku boleh la describe how boring it is lautan sepi tu. No offend pada nelayan2 and mereka yang setia nak keja di lautan tu.
Anyway, apa yang unpredictable nya adalah kesesakan lalulintas. Sepanjang aku pegi keja selama sebulan dah ni, aku biasa keluar luar around 6:30am. Drive ke KL around 20-25mins. Maka aku akan sampai ofis around 7:10am la camtu termasuk masa aku parking dan jalan ke ofis. Tapi kalau aku gerak dari rumah around 7.00am maka aku akan sampai ofis lagi 5min pukul 8.00am. Lagi lama sebabnya.. semua orang dah keluar rumah dan jalan dah jadi sesak. Punya la sakit hati. Nasib baik la keja aku agak fleksible so aku takde la kena maki boss kalau aku lambat sampai. Sebab boss aku lagi lambat sampai dari aku. Hahaha.. keji tak? Tak keji. Sebenarnya boss aku tak tau dia sampai pukul brp sebab ofis dia di hujung so dia tak nampak aku pun sebenarnya. Hahahhaa.. ni aku merasakan diriku keji.
Anyway, next week semua warga kota dah kembali bertugas. Sure jalan akan jadi sesak seperti sedia kala. Minggu ni memang heaven sangat aku pegi keja. Jalan takde jam yang terlampau. Alangkah bagusnya kalau KL macam ni setiap masa. JANGAN HARAP!!!...

Monday, September 21, 2009

Senget ke?

Seperti biasa wartawan di Malaysia, benda kecik dibesarkan untuk menlariskan penulisannya. Kenal ke saper dalam gambar di atas. Difahamkan aweks tersebut dikenali sebagai Ramona Zamzam. Pernah membintangi filem Nana Tanjung (citer yang membosankan....) Macam tak glamer jer dia ni. Hurm.. takpe.. nasib baik cun. Sekarang ini hangat (hangat ke?) diperkatakan yang awek ni senget? Sebabnya? Ada di antara wartawan ternampak masa si awek ni lepak2 clubbing and kissing2, hugging2. Aik.. wartawan pegi clubbing uols. Lepas tu buat citer artis ni la.. artis tu la.. Sendiri pun sama. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Air apa.. tak tau...
Terpulang lah.. setiap orang ada penilaian mereka sendiri. Senget ni pun macam dah jadi satu trend pulak. Selain nak melariskan diri sendiri yang tenggelam dalam dunia seni so kalau ada cara nak menaikkan nama tu semua dicuba termasuk lah being senget.
Whatever lah...
Saper nak kena hugs dia sila pegi ke bar berikut... sebab dikatakan dia selalu lepak di sana... Barrr... rahsiaaaa... Hehehe.. merasa nak tau kan!

Cuti panjang yang melemaukan

Haduiii.. Semua orang balik beraya ke kampung halaman masing2. Sungguh la kebosanan aku di KL ni. Harapan untuk balik beraya bersama sang partner tidak kesampaian kali ni sebab difahamkan semua adik beradik dia balik and aku taknak mengkalutkan suasana family sedang berkumpul. So aku mengambil keputusan untuk tinggal sorang2 di KL dengan harapan aku akan menggunakan cuti ini sepenuhnya dengan berehat di rumah. Ye lah.. berehat jer la. Gaji pun takde lagi so tak dapat la aku nak shopping2 or joli2.
Nasib la malam Jumaat tersebut kawanku si Syida and husband dia sudi nak teman aku tgk 3D Final Destination. Walaupun citer tersebut hampeh berdasarkan review kawan2 tapi sebab takde benda maka aku tonton jer la.
The next day aku hanya lepak dalam rumah dan online sampai lebam. Sampai dah tak tau nak surf apa dah. Semalam aku mengajak si Feez teman aku tengok wayang citer G-Force 3D. Sakit tengkuk sebab seat yang ada hanya barisan hadapan. Keji. Thanks Feez sebab raya pun u sudi nak temankan diriku ini.
Hari ini pun aku lepak di rumah jer. Layan Astro sampai lebam. Takde citer menarik aku tengok DVD. Abis se-movie aku online balik.
Sesungguhnya cuti ini sangatlah tak produktif, tak tau nak buat apa sampai semua baju2 dalam almari aku seterikakan.
Haduiiii.... bosannn!!!