I used to be a VERY organised person. Ye ke? Sila tanya sesaper yg kenal... ehh ada ke yang kenal aku luar dan dalam? Mak aku pun tak tau aku senget. :P
Sekarang aku rasa sangat penat. Penat sebab apa? Aku pun tak tau. Pantang ada peluang nak buat sesuatu aktiviti aku akan ngejoin. So berkejar2 la aku ke sana ke mari walaupun aku selalu take my own sweet time. Pastu lambat sampai alasan baik punya. Tapi mind you all, i jarang begitu ya.
I guessed sejak aku keja full time di darat ni yang membuatkan aku pantang ada aktiviti menarik, aku akan ngejoin sebab aku rasa tempoh 5 tahun aku di lautan sepi aku tak penah ada peluang nak buat benda ni semua dan tempoh 5 tahun itu adalah tempoh rumaja yang tenaga aku sangat la berapi2. Tapi sekarang dah kurang berapi. Kena kipas sikit baru bara tu nampak merah. Kepada kawan2 yang tak penah menghabiskan masa yang agak lama (i assumed 5 tahun tu lama k) bekerja di lautan sepi dengan back to back tu mesti tak tau betapa ruginya kehidupan sosial disia2kan.
Sekarang ni di darat, segala peluang aku rebut. Nak buat ini aku pun nak jugak buat. Nak lepak sini sana, aku nak jugak pegi, kawan2 ajak buat aktiviti itu ini aku taknak lepaskan. Tapi aku tak menyesal malah aku seronok. Aku tak merungut tapi aku rasa macam satu kejutan jiwa.
Aku harap by the time aku reach 35 tahun (tua sangat ke aku sekarang) aku dapat satu kepuasan dalam kehidupan sosial yang aku tak penah kecapi masa aku masih muda. Damn.. am I sounds that old? At the same time aku akan all-out untuk mencapai kejayaan dalam usaha merealisasikan impian aku. My priority in life is A BETTER STANDARD OF LIVING.
So minggu ini aku nak rehatkan minda dengan berfikir and re-organise 'planner' kehidupan. Lepas ni ada satu lagi tambahan dalam 'planner' aku yakni kelas2 yang akan aku attend. Yess.. Ai dapat sambung study secara jarak jauh. Happy nya dapat tengok balik formula2 dan rumus2. (Masa study dulu aku suka manipulasi formula untuk dapatkan jawapan dengan cara lain, feeling2 Einstein konon). Dan aku tau masa aku akan terhad kelak but no matter what, i want to give a try. The best of Fanta-G.
Soalan trivia : Fanta takutkan apa?