Wednesday, March 31, 2010

Fanta kembali dgn post baru

Selepas setahun tak hapdet.. (tipu!) Baru sebulan, aku rasa blog aku dah takde orang nak singgah. Whatever... thanks kepada yang sudi nak singgah mengharap dapat membaca carutan dan makian dari Fanta kepada sapa? Tak tau.. sapa2 jer yang boleh membangkitkan kemarahan.
Anyway, harini badan sengal lagi sebab semalam pindah rumah. Merasa aku ponteng keja. Nasib baik ofis ni bapa aku ada share (lagi sekali Fanta tipu).
Tak jauh aku pindah. Dari depan ke belakang jer. Eid, mak dah jadi jiran noks! Lepas ni merasa ai selalu skodeng uols.. oppss...
Ingatkan barang aku sikit, punyalah banyak macam orang yang dah berumahtangga. Konsep lif ya. Satu tan lori tak muat. Actually sekali dengan barang housemate aka law-ladyku. Dengan tangan masih tak sembuh lagi maka barang untuk dua orang aku sorang la yang uruskan. Nasib baik la Fanta dah terbiasa keja berat masa di lautan sepi dulu maka tu semua takde masalah disamping dibantu oleh movers.
So lepas ni, sebelum aku ditugaskan dengan jawatan baru dalam company bapakkkk aku yang ada share ini, weols akan menjemput rakan2 sekalian lepak di rumah weols yang buat masa ni si Eric masih busy and belum ada masa nak buat interior design kat rumah weols lagi.. oppss.. (aku la Eric tu). Kalau uols sudi la kannnn...
Anyway, badan sengal2 ni mcm mana yer nak bagi segar semula?

Thursday, March 4, 2010

Food for soul, pls!

Fanta tidak pernah terfikir nak berdiet. Sebab dia pemakan yang sangat enjoy dengan hidangan apa saja except Itallian food. Paling dia suka ialah ulam-ulaman. Daripada kecoh2 terus terdiam mengadap ulaman kegemarannya. Senangkan nak menjinakkan si Fanta? Nah ini tips untuk bakal partner Fanta ya.
Tapi sejak akhir2 ni dia dah kurang makan. Makan pun jamah sedikit sahaja sekadar isi perut. Kenapa dengan Fanta ni? Kalau kawan2 ajak lunch hanya menemani sahaja dan minum air. Bila kawan tanya dia akan cakap dieting. Laju jer mulut tu cakap... tapi dia memang takde selera nak makan. Selalunya kalau dia takde selera nak makan tu atas bbrp sebab lah. Memang diakui Fanta ada masalah, bukan semua orang takkan lari dari masalah ke?
Anyway, hari ni Fanta tak tau nak makan apa jugak. Lunch pun dengan buah betik, ciku dan mango. Ada benda yang merisaukan beliau sebenarnya, as dia sedang berusaha untuk yang terbaik sahaja sekarang.
Kawan2... semoga apa yang kita buat harus dilakukan dengan ikhlas nescaya Tuhan akan memberkati. Amen.

Tuesday, February 23, 2010

Tajuk bosan: BUSY!

Halamakkkatak. Fuhhh.. fuhh.. penat membersihkan blog bersawang ini. Punya lah lama daku tak hapdet rupanya. Busy dengan kerjaya, biz dan cinta. Opps.. Cinta in general ya. Fanta masey single lagi. Borang masih ada. Sapa2 berminat tu sila la jemput isi and submit ke email beliau ya.
Bermula dari cuti CNY + Val Day i meronggeng ke Melaka and then ke JB dengan geng senget I si N. Perjalanan tidak membosankan sebab tak bosan la.. apa lagi aku nak explain. Actually a day before tu I berada di Kemaman then sebab taknak jadi manusia tunggul jer so pukul 8pm i terus drive balik KL. Singgah sebentar mengisi perut di R&R Genting Sempah and I terpandang satu couple senget ni. Diorang pun usha2 I jugak tapi sebab perut lapar i just berlalu dan makan dengan rakusnya. Opps... Rupanya diorg tu dak forum. Sebab tak penah jumpa so mesti la si Fanta tak kenal. Sorry uols next time jerit jer nama iols okayy...
Di Melaka, aktiviti sangat best. Walaupun penat tetapi digagahi jua dengan melepek dengan kawan si N ini. Nasib cun and comey ley cuci mata sekali. (Pantang sungguh si Fanta ini) Malam Valentine weols duduk kat kopitiam celebrate dengan chuppa chup dan mee kari. Weols masing2 single so perlu ke sambutan???
The next day bertolak ke JB agak lewat. JB rawwkkk!!! Aweks pun hawwwtt!!! Tu jer.. malas nak komen lebey2.
Kembali ke alam keja. Biasa busy dengan keja I malas nak sexplain. Tapi at the same time i wat small biz nak wat modal and experience buka The Planet idaman. Uols jangan berputus asa ya. Weols akan laksana jua impian ini walaupun agak lambat. Kena buat perancangan baeekk punya!
Lagi satu sekarang ni weols kena pindah rumah sebab tuan rumah sekarang nak jual rumah and i plan nak duduk sendiri jer. Malas dah nak ada housemate. Ley la kalau nak naked2 dalam rumah takde sapa peduli. Oppss...
Tu jer hapdet si Fanta.

Thursday, January 21, 2010

Restless is not Stress!

Fanta sangat kepenatan minggu ini. Tapi dia tidak stress dengan keja or apa saja yang berlaku di sekeliling. Dia just perlukan rehat yang cukup tetapi tidak bermaksud tido yang panjang. Tido dan rehat yang berkualiti itu penting.
Anyway, Fanta is now up for extreme activities. Sila lihat di sebelah (To-Do-List) beliau. Dinyatakan beberapa activities yang Fanta memang nak realisasikan. So oleh yang demikian.. sesiapa yang membaca blog Fanta ini sila roger kalau anda nak ngejoin or ada cadangan nak membawa Fanta beriadah secara extreme. Alang2 restless biar puas hati. Selagi tenaga ini mampu diperah dan di samping menyihatkan badan dan boleh membakar lemak2 ku ini juga ke arah wawasan untuk berhenti menjahanamkan paru2 dan buah pinggang.
Arrghhh... sexcitednya..
Anyway, tak dapat nak update banyak2 sebab Fanta sangat riang nak kembali ke meja dia yang penuh dengan file2 dan documents yang sendiri pun tak faham.. Kusut tapi janji happy. Ley?

Friday, January 15, 2010

Great weekend ahead

Selepas 5 hari bekerja memerah otak dan tenaga especially bila dari ofis aku ni dan kena ke KLCC at least 2 kali sehari kadang2 paling dasat sampai 4 kali sehari sebab nak berjumpa client, naik hangit jugak la ketiak. Dengan itu aku sentiasa membawa deodorant dan perfume mini ke mana2. Kaki lenguh tu takyah cakap la. Nasib baik nyah tak pakai heels kan.. kalau tak merasa asyik singgah Vinci beli heels.. auuww..
Anyway, weekend menjelang lagi dan kali ini aku tidak lagi di Kemaman sebab aku dah di KL. Aku menerima banyak undangan perkahwinan daripada budak2 company lama aku. So aku try to fit in schedule.
Malam ni.. hurm.. RAHSIA!!!!....
Esok busy dengan Exclusive Club members di Tropicana Golf club. Well diorg ni client aku so demi masa depan karier aku maka aku dengan senang hati entertaint diorg ni sebab diorg ni kira sebaya aku dan yang penting.. SENGET!!!...
Ahad banyak KIV list. See how... pendek kata, weekend ni agak pack dan tidak dilupa aku kena bawa Luke (Lucas) pergi spa dan scrub body dia yang dah lebih sebulan tak mandi itu. Kesian Luke. Tercalar badan dia gara2 aku ni yang lalai. Konon terer nak bawa dalam keadaan tingtong. Takpe Luke.. I sayang u lebey...