Sunday, March 27, 2011

Kembali bersiaran dari lautan sepi

Last post; end of January 2011. Alah.. baru 2 bulan. Relax la.. tak bersawang lagi kan. Actually takde mende sangat nak update, kecuali hormon extremist aku ni membuak2 nak organize White Water Rafting lagi. Kali ni nak ajak kawan2 sekalian. Sebelum ni dengan budak2 ofis.
Tak tau la kenapa aku takleh nak update blog dari ofis. Dengan facebook dan youtube apatah lagi porn site semua di banned. Salah satu cara untuk mengelak ofis-met (termasuk aku) mengular agaknya. Teettt... salah... tetap jugak mengular mereka tu dengan aktiviti lain. Konon pegi jumpa client tapi bila call tetiba bunyi macam di KL Sentral - ada announcement train ke Rawang. Haaa... motif? jumpa client di KL Sentral ka kamu?? Bijak2...
Owh.. tidak lah aku mahu menceritakan perihal rakan2 sekerja ku dengan aktiviti 'luar keja' mereka itu kerana tiada kepentingan buat ku. Lebih kepada ketidakpuashatian ku terhadap semua site telah di banned. Nevermind.
Pasti ada yang tertanya2 kenapa aku masih berada di lautan sepi padahal aku benci (tidak lah 100%) dengan lautan sepi itu. Sebenarnya kadang2 aku merindui kehidupan di lautan sepi (seperti dulu) dan dengan tugasan ku yang hanya beberapa hari saja kemudian aku kembali ke darat - terus ke KL maka aku tidak keberatan untuk kembali ke lautan sepi sesekali. Terperap saja di ofis akan membuatkan aku lebih banyak idea untuk mengular. Oppps.... SALAH! Aku lah antara pekerja dedikasi kerana aku sanggup back to back job ke lautan sepi dan bekerja dari lautan sepi berurusan dengan clients dari Malaysia/Brunei dan Thailan juga Labuan/Kemaman Bases. Haaa... mana nak carik?? Kalau aku nak mengular pun boss bagi green light lah..
Aku merungut sekarang kerana job tak start lagi dan aku tak buat apa2... This is not right. I'm getting paid to work! Walaweiihh.....

Monday, January 31, 2011

Cuti dan cuti dan sakit gigi

Lepas kembali dari lautan sepi Khamis lalu, Jumaat ingatkan nak merehatkan tulang2 dan jiwa raga yang penat. Pastu baru teringat nak pegi cabut gigi geraham bongsu ku yang selalu menyakitkan bila nak kuar ni. Kerana tak cukup space nak kuar maka ianya tumbuh menyenget sehingga bentuk muka ku dah bersegi ala2 Demi Moore.. ehh menyampah taknak kalah.. :P
So aku pun drive la ke klinik gigi di Pandan Indah. Jauh betoii..
Doktor suggest aku cabut yang selalu sakit then baru the other side. Sebab gigi ku tumbuh senget maka perlukan minor surgery. Minor tak minor jugak la dalam 4-stitches. Persis orang bergaduh dalam bilik operation kerana lepas 7 kali bius pun aku masih rasa sakit. Isk isk.. degil betul gigi tersebut.
Lepas 2 jam setengah berperang dengan doktor, aku pun konon nya nak drive balik rumah dan relax. Penat OK 'berperang' dengan gigi. Tetapi instead of aku membelok ke jalan Kuching aku terus ke Bukit Bintang. Ley? Nak manjakan diri kunun.
PC fair tak penah memboringkan aku. Kalau aku billion-wan dah ku borong Low Yatt tersebut. Anyway, haruslah sambar satu gadget lepas almost 6 bulan tak penah membelikan diri ini apa2. Then aku balik dengan HAPPY... yey..
Anyway, wishing kalian dan kalian semua Happy Holiday! Gong Xi Fa Chai!!

Friday, January 21, 2011

Rindui kamu...

Di kala berjauhan, sangat merindui kamu dan kamu (2 kamu di situ)... Auuww....


Kamu yang satu, saya tau kamu bosan keseorangan kerana jikalau kamu memasak kamu makan sorang2 ditemani kamu yang satu lagi yang sangat nakal itu.

Saya merindui kamu berdua yang manja itu...

Kamu... nanti balik kita pegi jalan2 yer. Heipp.. kamu yang nakal tu takleh ikut.

Tak sabarnya nak balik. (Thats the reason why I takleh berjauhan lama2 dari kamu-kamu)

Alahaiiiii...........

Thursday, January 20, 2011

TAK SUKA!!

Aku sangat tak suka bila aku patut pegi lautan sepi tapi aku kena standby. Standby sehari OK. Berhari2 sangat tak OK! Reasonnya:
1. Bosan OK memerap dalam bilik (dengan internet connection yang siput babi lagi pantas)
2. Aku memerap dalam bilik kerana nak keluar takde kawan2 (2-3 orang kawan2 tu pun keja)
3. Layan movie (ini OK!) tapi layan sampai kematu punggung sangat tak OK!
4. Lambat aku naik... lambat la aku turun.
5. So on.. so on.. malas nak reasoning...
Kalau tau suruh standby sampai 3-4 hari, might as well aku fly a day before kena panggil suruh pegi lautan sepi. (Boleh aku berjimba-jimbaan di KL aja) Sekarang ni aku nak balik alang2 la pulak. Mudahan esok dah naik... stress weeiiii mcm ni.
(Mungkin aku akan sangat happy kalau disuruh standby di Paris ke.. Amsterdam ke.. LA ke..) BINTULU???? Mati kutu gua ok!

Wednesday, January 19, 2011

Borong itu DVD

Bila aku nak ke lautan sepi jer aku akan borong DVD. Kali ni aku borong Nip/Tuck Season 1-7 dan CSI:Miami Season 1-7. Dan tak lupa movie2 baru dan lama. Oppss.. aku pegi bekerja ke menonton DVD ni? Bertambah lagi koleksi di rumah. Janganlah kalian cemburu ya. Nak pinjam bley tapi pandai2 la pulangkan balik lepas enjoy menonton. (Baca: ada yang suka buat harta sendiri tu tak tahan...)
Kerana murah maka jap lagi aku nak pegi usha beberapa season yang ku rasakan layak dibuat koleksi.
Selamat bekerja kalian!