Showing posts with label Gossips. Show all posts
Showing posts with label Gossips. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

Owhhh.. My boss! U r awesome!

Hello Encik Z... mana ba kamu ni? Asyik2 hilang. Mentang2 ada BB senang la nak balas email kan. Owh.. jangan buruk sangka. Maybe dia busy meeting dengan client. Or entertaint client. Yeah right... Entertain di Golf range. Lepas tu ko suruh aku entertain diorg dengan main golf dengan diorg jugak kan. Walaupun aku ni takde la seterer Encik Z tu tapi aku nak la jugak turun padang. Tapi buat masa ni kalau aku pegi main aku hanya layak di drive range jer. Sebab? Aku tak terer ok!!! Semua orang boleh la pegang and pukul bola tapi menda alah Putter la, Driver la, Fairway la, Iron lagi ada bersaiz2.. terus aku amik baseball bat pukul kepala sendiri *pengsan* Fanta sesuai jadi Caddy jer la.
Tapi Encik Z ni baik cuma dia tak pandai mentoring. Nak buat camne, belajar sendiri jer la. OK boss, bila nak ajar aku supaya leh join Tour ni? Takyah la setaraf dengan Lorena Ochoa ke Paula Creamer ke... Taknak kalah sungguh kau Fanta!

Kalau ada yg mcm ni di range aku rela jadi caddy percuma... hahahha....

Trivia: Caddy tu datang dari perkataan Candy+Daddy or Kandasami-muniandy?

Monday, October 19, 2009

Hidup kembali ceria

Wahh.. semakin ceria ke? Harus beb.. Hidup mesti diteruskan. Begitulah setiap pagi bila bangun tido nak pegi keja aku akan ulang ayat ini disambung dengan ayat, aku mesti jadi kaya. Muahahah...
Mari sini aku nak citer perkara menarik yang berlaku pada diriku last weekend. Kalau ada yang sudi nak tau la kan. Hero-ku Payid sila baca yer..
Bermula Jumaat petang, lepas berjumpa dengan 'potential client' aku pun set a date untuk jumpa dengan blind date aku aka 'potential partner'. But not too soon la aku nak mengakhiri zaman single. Aku nak enjoy dulu being single ni. Di sini aku hanya namakan dia cik L sahaja. Punya lah nervous aku. Harus la babe!!! Macam mana aku boleh contact dia ni. Actually aku ada kawan senget yang prihatin dan mengoffer aku untuk berkenalan dengan cik L ini. Katanya sure ini taste aku. Wah.. tau2 jer taste aku kan. Maka aku sebagai seorang yang gentle-andro pun memulakan ayat yang baik punya untuk berkenalan. Lepas half an hour takde reply so i assumed dia malas la nak layan. Bila aku dah kembali khusyuk dengan keja masuk la sms. Wahh.. riangnya bila si dia cakap ayat introduction aku sangat menarik. Flattered sekejap sebab aku sekali karang jer. Takde la macam tulis then padam then tulis lagi. I am being myself OK. <--- angkat bakul sendiri. Sapa nk tolong angkat? So lepas berbalas sms aku pun set la kalau dia sudi nak have a cup of whatever drink. Dia pun setuju. Memandangkan ofis dia dekat Jalan Sultan Ismail (lokasi rahsia) so aku berjalan kaki la berjumpa si dia ini. Sebelum sampai aku call kawan2 aku ni bertanya sedikit sebanyak pasal dia ni, status, rupa, gaya dan general thing la. Bila dah jumpa, dia ni sangat la best diajak berbual. Sangat senang dan selesa melompat dari satu topik ke satu topik. Tak penah paused kecuali masa nak light roks. Ye lah.. lawyer katakan.. oppss.. Lariikk... (dari saper tak tau?) So lepas blind date yang berjaya itu then blah dengan hati yang berbunga2 (aku la tu kan) Malamnya lepak dengan kawan2 ku yang berwawasan di area Ampang shj. Tengah malamnya lepak dengan big dude ku si Black dan around pukul 3am aku hantar Yan balik rumah kat area Ampang jugak. Plan nya aku nak tido rumah dia jer sebab malas nak balik. Tup2 ada sms masuk lagi. Dari cik L. Dia baru bangun tido sebab tertido semasa buat assignment nya. Aku dengan gentle-andro sekali lagi mengoffer apa2 yang aku boleh buat. Si dia ajak kalau aku dapat teman dia early breakfast. Gigih ni dari Ampang ke Jalan Klang Lama. Mcm tau2 jer jalan kan. Ikut signboard kan ada. Dating la weols dalam keta sambil sesi luahan masalah dengan ex masing2. Dia pun break dgn ex dia lebih kurang dengan aku punya tempoh. Pukul 7am aku pun balik rumah. Tido dengan hati riang ni. Sabtu - 4pm baru aku bangun. Aku pun try call cik L mana la tau dia nak pegi dinner dengan aku ke. Tapi si dia ni tido lagi. So aku pun kemas2 rumah and berjumpa dengan rakan kongsi niaga ku cik K. (Anda tau anda siapa yer) Perjumpaan tidak rasmi yang sekejap di Jusco Equine itu sangat la bermanfaat dan bersemangat aku dibuatnya untuk lebih gigih lagi menyiapkan dan mengumpul data dan apa2 yang patut juga berkaitan mengenai bisnes The Planet aku ni. Thanks cik K sebab memberikan banyak sumber inspirasi. Kita mesti gigih!!!... Lepas meeting dengan cik K aku sepatutnya berjumpa dengan si B mengenai bisnes lain pulak. Wahh.. aku jadi sangat berwawasan di kala ini. On the way ke Sunway, si B ni pulak ada hal lain so kensel la dan kebetulan kawan2 senget (bukan forumer) mengajak aku lepak di Borneo Rainforest. Memandangkan area Sunway jugak maka aku pegi lah berhibur. Aku text cik L kalau dia nak ngejoin. Tapi takde reply. Hurm... Lepas sejam di sana aku nampak kelibat sorg awek ni yang mcm cik L. Punya lah aku angau sampai semua awek aku pandang macam cik L. Bahaya ni cik Fanta G. (Gedik sungguh) So aku pun tanya la kawanku. And diorg senyum2 jer. Rupanya memang cik L pun. Diorg ni keji ok. Cik L sebenarnya tau aku akan datang just dia nak suprisekan aku katanya. Hurm.. motif??? Lepak dengan riang sebab ada orang yang kita suka sampai satu masa tetiba suasana jadi sepi. Music off sebab technical problem. Belum climax lagi dah off. Damn betul la. Tak sempat aku nak berdansa dengan cik Lia. Tapi yang penting climax jugak sbb dapat la kiss kat pipi 2 kali dari si dia. Indahnya dunia. Dia yang nak ok.. I tak minta! Tapi I menerima dengan hati berbunga rafflesia. Well.. begitulah weekend ku. Ahad seperti biasa aku bangun lambat.

Friday, September 11, 2009

Gossip dari Fortune Park!

Haa... tu dia.. Gossip uols. Fortune Park?? Tu la apartment weols stay di Seri Kembangan. Nanti weols buat open house lepas raya (mudahan ada kesempatan.. hehehe...) barulah I bagi peta nak ke sana. Mana2 yang ada Garmin tu just type jer nama apartment... voila! keluar sudah routes yang korang nak. Unless korang dari Uganda lah..
Anyway, semalam aku balik dengan berlengah2 sebab takde orang di rumah, si partner pegi berbuka puasa dgn Zura (housemate/kwn si partner) kat Shah Alam katanya. So I yang dari KL ni pun malas la nak join. Drive balik rumah around 6:30pm sebab nak elak stuck kat jam depan KLCC and Jalan Ampang tu. So sampai umah, kemas2 rumah sikit (banyak sebenarnya) then....zasss...
Terdengar la punya la kuat bunyi orang di bawah seperti melempar2 barang dan berteriak2. Diamati betul2. Yes uolss.. gaduh ok. Berdasarkan butir2 perkataan, nampaknya pasangan Melayu sebab dengar perkataan, mati la, jahanam la, sial la..
So sebab aku ni tak puas hati dengar dari kejauhan maka aku pun keluar sikit dari rumah. In between pintu dan jeriji besi. (Kak Bedah sungguh ok) Tapi bukan aku sahaja yang sibuk menjenguk, ramai lagi rupanya yang dah bertenggek kat koridor laluan depan rumah aku tu. Sebab pergaduhan tu betul2 di tingkat bawah rumah weols. Reminder: Rumah weols tkt. 20 ok! Pergaduhan tu nampaknya terjadi di koridor bawah. Tu diaaa... nak bagitau satu kampung yang laki ko main kayu tiga. Difahamkan perempuan yang dituduh berkayu tiga dengan laki dia tu pun ada kat situ. Mendidih babeeee!!!... (I tak la sampai tengok adegan tu dgn mata sendiri tapi berdasarkan dialog deyols)
Tetiba I jadi seriau. What if... what if pompuan histeria tu terjun? Harus ngeri and weols la saksi. So.. I pun cepat2 masuk dalam rumah.
Tapi pergaduhan masih lagi berterusan cuma lepas 30mins kemudian keadaan nampaknya aman. Mungkin telah dileraikan oleh security guard. Ye lah.. karang tak pasal2 haunted pulak apartment tu. Eeeeee.... minta simpang la!
I bet uols mesti ada yang penah experience jiran gaduh kan. Kalau yang rumah dinding nipis tu memang boleh la tekap telinga kat dinding utk dengar dari rumah sebelah. Ke ada yang penah dengar org 'main'. Ni kat hotel aku selalu la dengar dulu. Hahaha... keji2. Takpe Iols tak puasa.